Skip to main content

Kediaman Tepi Tasik Di Izara @ Bayu Sutera

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye). Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai
 
Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.
 
 
I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap
 
"kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"
 
Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ
 
Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tunjuk I chalet and sapu sapu sikit
 
 
Dia bagi chalet no 2 dari tepi. Ya Allah terima kasih lah dek. I memang puas hati sangat dengan chalet ni. Strategic lah.
 
 
 
I tak letak high expectation lah, kira boleh lah kan dengan harga yang I rasa murah sangat tu. Dia tak sediakan tong sampah di setiap chalet. Kena bawak plastic sampah sendirian berhad ye
 
 

 


I berani bawa dorang di tepi tepi tu je. Ada macam batu kat tepi tu so berdiri situ lah. Rasanya air dia paras dada kot. I try cecah kaki tapi tak jejak dasar so takpelah. Ada je budak mandi, yang pandai berenang lah. 


Abah siap siap untuk BBQ. Nak sewa tempat BBQ tu RM 10. Arang bawa sendiri. I pakai arang 3 tahun lepas kahkahkah. Nasib baik cukup cukup je 




Sian anak Mommy. Nak sangat tidur hotel, hotel buat hal pulak. Grrr. Takpela, anak lelaki Mommy didik back to nature gtew


 

 
Ramai jugak yang panjat belah atas tu. I tak berani aihh.
 

Kami bawa tak banyak pun. Ayam, lamb, sosej, nugget, daging burger. 





Parents sediakanlah duit kecik. Seharian I kat sana adalah dalam 3,4 kali penjual aiskrim datang. So yang ni RM 2.50 satu. Nampak je besar kan, padahal scoop dia besau sudu je 0,0 


My hero enjoying their ice cream



Lepas tu menggigil sejuk pulak. Lol. Oh ye dalam chalet disediakan dua bantal dan dua tilam bujang. Agak agak tak selera tu bolehlah bawak lapik/comforter sendiri ye. 

 
Tapi tingkap dia takleh tutup pulak. So nak tukar baju kena suruh Lihin pegangkan tingkap. kahkah jadah betul. Lupa nak cakap dengan si Heri.


 

Rumah sebelah ada buaian. Slumber je bebudak ni ke sana


Chalet opposite chalet kami. Cantik kan?



Seronok lah konsep makan macam ni. Boleh makan sambil dengar bunyi air terjun. Atok sempat lelap sekejap. Kalau bentang tilam kat luar lagi syok kan

 
Okay dah siap. So ni lah menu kami. Kenyang jugak siap boleh bawa balik lagi.




 
Ni kalau photoshoot pun syok kan. Ala ala rumah kampong gtew. and yeah kaki gua berbelang. ada 3 warna =.='' macam mana nak bagi sekata ni? 


 
 so kerja kami dari 9am- 5pm tu makan berendam tidur. makan berendam melentang. aduh syokknya. 


 
 Dah sampai 5pm tu kelam kabut kemas sebab ada orang nak stay untuk malam and dorang berkenan dengan chalet kami. adoi. hahaha ada jugak orang nak bermalam ye. Tapi dia takde budak, okay lah. group remaja saja.
 
Apa pun memang enjoy. Kalau korang berminat nak rasai alam semulajadi, nak rasa tidur depan air terjun ke meh lah datang sini. Boleh whatsapp
 
Heri - 019 206 0175
 
Chalet RM 60 ( 9am- 5pm)
Additional - add RM 15
 
additional charge ni untuk lebih dari 1 family. Kiranya kalau korang book 1 chalet tapi nak bawak parents,ipar duai so silalah tambah RM 15
 
Mandi sahaja RM 3/per person

BBQ - RM 10 (tong & jarring)
 
Toilet ni jauh dari chalet kami and I tak cuba tengok pun. Dari jauh dah Nampak semacam kahkah. adoiyai. Tapi ramai je orang pergi sana. Surau pun ada belah belakang. Have fun uolls.
 
ada jugak chalet lain kalau nak. orang kata Teratak Angah paling cantik. Tapi nak booking payah oi
 

 
 
Toodles xoxo
 
 
 

 


Comments

  1. Kemensah ni memang best.. LeYa first pegi haru tu pun teruja dgn keindahan alam semulajadi die

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Leya. Tak sangka ada tempat macam ni , bebetul tepi highway. hehehe

      Delete
    2. celi chalet ni mmg dekat ngn air terjun ea?

      Delete
  2. bestnya berkelah mcm ni... kt kampung saya di kedah pun ada.. rumah chalet tepi air terjun dan setiap chalet ada kolam privasi.. berendam lah air selama mana kita nak... syokkk sejuk air bukit...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali lepak di air terjun memang best kan. tak leh bayangkan waktu malam. mesti sejuk menggigil

      Delete
    2. Boleh saya tahu chalet kedah tu kat area mana? blh ws saya 0102873870

      Delete
  3. Mandi rm3 tu mandi dalam toilet ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan. mandi dalam sungai tu lah dia caj rm3. toilet free rasanya

      Delete
  4. Pernah pergi sini satu kelas masa belajar.. memang best.. hehe.. cuma tempat je cam tak syok skit.. tapi mandi best. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mandi sungai memang best. kalau nak bandingkan Kemensah dengan Gabai, rasanya Gabai lagi cantik. tapi sana first come first serve. kalau nak port baik kena datang lepas Subuh. Itu pun gazebo kena share dengan orang. nak bbq pun orang lalu lalang T_T

      Delete
  5. Lama tak baca blog you Cici. Tergelak-gelak i baca cerita ni. Part tingkap tuh paling lawak. Nasib Lihin dah besar boleh tolong pegangkan itu jendela. Toilet die semacam macam mane? adakah macam pintu nya senget nak tercabut? HAHAHHA! Seronok tengok parents you babe. Masih sihat lagi..Alhamdulillah...lepas mandi sejuk dan lapo. Serbu terus makanan. memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai babe tu lah lama tak jalan jalan kat blog you jugak.ahaa tu masa nak tukar baju mandi. time nak tukar baju kering I kena pegang sendiri. imagine pls sebelah tangan pegang tingkap sebelah sarung seluar -,-''

      entahlah babe, toilet dia papan macam nak runtuh. macam papan nak tercabut dia lapiskan >,< ke design special ke taktahulah sebab I tengok dari jauh. hahah.

      Alhamdulillah babe. tu lah sementara sihat I nak angkut dorang jalan kemana saja yang termampu. hehehe

      Delete
  6. wow back to nature sgt nih..hihi tapi nampak best juga chalet tepi sungai kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. sesekali ajar bebudak masuk hutan. selalu tengok konkrit je >,<

      Delete
  7. tak tahu pulak tengah-tengah KL ada air terjun macam ni. Selalu pergi belah-belah Hulu Langat je. Sekali balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh Hulu Langat. suka jugak ke sana lagi lagi Gabai. cantik waterfall dia.

      Delete
  8. babe...i pun tak pernah datang lagi,even sekankang kera je dari rumah i ni,tapi tengok air tu dengan musim hujan sekarang ni sure gigil sojuk giler ni,tengok lihin dah basah-basah sojuk makan aiskrim pun wahh kemain,babe..suka tengok abah u main masak-masak tu..huhu lapor i tengok,apapun happy family sangat i tengok.Moga parents u sihat selalu ya babe,and anak-anak u pun..muahh comel sangat semuanya

    ReplyDelete
  9. anak-anak la paling seronok kalau mandi sungai..walaupun dah sejuk gigil-gigil, tetap nak berendam..

    ReplyDelete
  10. Toilet dia okay ke tak sbenarnya 😂

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. nampak best tempat ni, bolehlah nanti pergi situ

    ReplyDelete
  13. teringin nak kesini... tak berkesempatan lagi...

    ReplyDelete
  14. dekat je dgn umah ciknur
    tapi rasa baru penah dtg sini berkelah sekali je kot
    bestt jga kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n