Skip to main content

Kediaman Tepi Tasik Di Izara @ Bayu Sutera

Gegirl Bagitahu Ada Budak Lelaki Pegang Dia Punya?


So memang kebiasaan Gegirl akan cerita apa jadi kat sekolah. Ada budak taknak makan, ada budak jatuh longkang, ada budak kena marah. Tadi macam biasa bercerita lepas tu dia cakap 

"Mommy tadi kawan Abang pegang kote Gegirl"

(I tak ajar sebutan yang betul utk private part. Kote/ Siput ni pun orang tua mana ajar sibuk je grrr. But I remind her jangan sebut word tu depan orang. Mommy jugak malu nanti)

I terkejut gila. I tanya Abang betul ke? Abang kata ye. Berkali kali I ulang. Abang kata dia tengah makan kat dapur time tu, so dia taktahu tapi kawan dia yang bagitahu sendiri. 

Time tu I fikir nak marah je. weh tak kelakar lah main pegang pegang orang punya. I tanya Gegirl what happen next? Gegirl sambil gelak cakap 

"Gegirl pun pegang dia punya"

aduh. time ni memang I terjerit jerit. I nak rekod, tapi dorang dok gelak gelak

Sila Bertenang

Ye, dalam situasi macam ni kena bertenang. I hantar Whatsapp panjang kat cikgu dia clarify pasal ni. I cakap lah I faham budak budak ni kekadang tak tahu benda tu salah, cuma I nak tahu betul ke benda ni jadi atau anak I buat cerita? 



Dalam masa yang sama I cerita kat kawan kawan I mintak pendapat. According to them, probably budak tu dah terbiasa dia rumah. Mungkin ahli keluarga (makcik pakcik atok nenek) bergurau senda dengan pegang private part tu. Jadi dia pun rasa benda ni tak salah dan kelakar. 

Yelah kita anggap dorang ni budak, tak tahu apa apa. Tapi budak sekarang ni bijak 'meniru' dan praktis balik di sekolah. haih

Nanny being Nanny, dia kata jangan bagitahu cikgu nanti takut kecoh. Better I jumpa budak tu and bagi warning. Tapi I risau I takleh kawal diri, kang penyepak I bagi kat dia. Jadi I decide text cikgu personally. Kang text dalam group memang bertumbuk lah dengan makpak lain. 


Cikgu Balas Whatsapp

Honestly I suka dengan cara cikgu ni handle. Nampaklah dia alert sebenarnya dengan student kelas. Kesian pulak cikgu, sepasang mata nak kena perhatikan 25-27 orang budak yang tengah melasak. 


Memang hari ni sesi pagi dan petang bercampur. Sebab petang tu Cikgu Tbk Kemas ada meeting jadi semua sesi petang kena datang pagi. 

See cikgu tu sendiri cakap si Naqeeb nakal. aduh. jenis hyper lah tu. 



Terus terang I rasa bersalah nak mesej cikgu macam ni. Banyak lagi kerja dia kan. Tapi I tak boleh diamkan je. Kalau jumpa budak tu pun, bukan dia paham. Nak jumpa parents pun, I tak tahu parents dia jenis macam mana kan. Kang dibuatnya dia menangkan anak, memang peranglah. adoiyai

I anggap si Naqeeb ni tak tahu apa yang dia buat salah. I nak Gegirl and Naqeeb serta Lihin tahu benda ni salah. 


sempat lagi puji Cikgu. Tapi dia memang lembut and anak anak I suka dia 

Tapi kalau jadi lagi lepas ni, takde nak mesej mesej dah. Memang I lancar perang dalam kawasan sekolah tu jugak. Ko nak raba anak aku? Meh raba tapak kasut aku dulu. Grr


Ajar Anak Menjerit ?

Terus terang I tak tekankan bab ni kat anak anak I. I taught them about private part before, tapi takdelah secara terperinci. Sebab I ingatkan awal lagi untuk dorang tahu semua ni. 

Jadi tadi terus I pesan apa yang tak boleh tunjuk orang/ tak bagi orang pegang/ tak boleh pegang orang punya. 

1) Berdosa/ Allah marah
2) Polis tangkap

I juga pesan sapa yang boleh sentuh. Mommy Ayah Atok Nanny. Tu pun sebab nak cebok. kalau tak macam mana pulak kan

I dah lama didik dorang jangan mandi sekali. Tapi tu lah, kalau balik kampung/ pergi rumah sedara mara, benda ni diperlekehkan je. siap boleh perli I balik. Konon kecik lagi, tak tahu malu, zaman dulu blablablabla lanjio. 

Haihh susah. cuba jangan sibuk orang nak didik anak. 

Selain tu, I pesan kat dorang kalau ada orang selain dari kami ber- empat yang sentuh dada/private part/ punggung dorang, I suruh dorang jerit sekuat kuat hati sampai cikgu/ penjaga dan polis dengar. Ha over tau. Tapi I memang nak dia jerit. Jangan takut takut

Nanti I nak ajar dia bukan semua orang boleh cium pipi/mulut/muka dia. No No. Dulu bolehlah masa baby semua geram la konon asyik nak cium. Ni dah besar panjang takde alasan kiss kiss anak orang.

Abang Lebih Pemalu

Sebenarnya kalau nak diikutkan, Lihin lebih pemalu dari Gegirl. Acaner ni anak lelaki malu, perempuan sebaliknya. Eh , Ash yang kecik tu pun malu. Bayangkan, lepas cebok nak pakai diapers kat ruang tamu and pintu terbukak, Ash akan kepit kaki dia sampailah kami tutup pintu. Pernah jugak mandi kolam KLCC, I pakaikan seluar lubang lubang untuk dia dan bukakkan diapers. Obviously boleh nampak lah 'anu' dia. Menangis sambil tutup pakai tangan. adoi

Berbanding dengan Gegirl, aduhai. Dari bilik air, bogel je lari sampai kedepan. Kami yang mengejar dia. Kalau pintu / grill terbuka Nanny sidai kain, dia slumber lah keluar bogel bogel tu sampai kami terjerit jerit. dia buat derk. 

Kalau I pesan jangan mandi sama, time Abang tengah mandi dia intai. Dah kenapa -__-


Youtube Bahaya ?

I selalu dengar orang cakap Youtube bahaya sebab ada adult content. Tapi I tak endah sangat sebab anak anak I jarang tengok Youtube. 

Recently I bagi jugak tengok kat PC sebab takde aktiviti lain di rumah. Abang pandai handle semua. Sekali I sit down together , I nampak dia tengah tengok Spiderman Big Butt. Memanglah takde aksi lucah tapi dia tunjukkan Spiderman dengan punggung dan boobs besar Eii geli pulak aku.

Glad Abang ni faham bahasa, bila I cakap tak elok yang ni, dia tukar. Fuhh ni lagi bahaya. Jahat dorang yang buat ni. 


Besar tanggungjawab Mak Bapak ni kan. Or I have to say tanggungjawab Mak. Ocin ni jenis bersikap takpe lah, takde lah, biarlah. aduh. Parents I pulak masih 'duduk' di zaman lampau lagi. dia anggap dulu dan sekarang sama. huwa nak nangis. Jadi I lah kena gigih buat semua ni. Bila I cakap itu ini, dikatanya gelabah lah apa lah. Tapi memang kena gelabah lah kan, I yang beranak kan depa. 



Korang yang anak dah besar besar, macam mana korang mulakan 'pendidikan' macam ni ye? Ajar di rumah atau sekolah? apa korang namakan private part ye? atau nak terus panggil penis/ vagina? kalau dalam Bahasa (since their mother tongue is Bahasa) nak panggil apa?

Thanks for sharing

Toodles, xoxo 







Comments

  1. Youtube is very dangerous kak untuk young kids. kadang2 iklan yang interval tu pun promote website tah pape..
    Allahuakhbar seram baca. yes these kids r too young maybe x faham benda x elok tapi kena betulkan dari skrng. semoga dipermudahkan semua dan baik2 saja..

    ReplyDelete
  2. Bahaya zaman sekarang ni. Budak-budak belajar dari apa yg mereka nampak. Syukur Cici cepat dan matang bertindak. Semoga kita semua jauhkan perkara tak diingini ni buat anak-anak.

    ReplyDelete
  3. Dunia tanpa sempadan aka YouTube Ni mmg bahaya. Betul tindakan mummy ajar menjerit.. bahaya budak2 skrg

    ReplyDelete
  4. mmg seram skrg ni...i dari dulu dah didik anak2 i, baik si adik, abang atau si junior tu mmg i cakap sesapa yg sentuh private part terus bgtau mama, takde sesapa boleh sentuh atau cikgu bagi hukuman tanggalkan seluar pun adalah hukuman yang tak betul...serius, skrg ni susah nak percaya sesapa, kita sendiri kena banyak doa moga2 anak2 kita dijauhkan dari anasir2 jahat manusia...

    ReplyDelete
  5. Hurmmm..cici! you take a good action. Bagus highligt kan isu ni terus ke cikgu. I pun agreed yang mungkin kat rumah dah terbiasa bergurau macam tuh kan. Tapi kita as a parent tak leh biarkan benda macam ni happened. Nowadays budak-budak pun dah tau beromen bagai. Nauzubillah..I kat rumah kadang2 guna word yang penis / vagina tuh. Tapi susah nak biasakan since dari kecik smpi ke besor lah guna perkataan yang dah didengari itu. Apa pun..I setuju...kita kena gelabah ayam. Tak leh dok relaks macam takde apa2. Kena amik tahu dan pantau walau sekecil benda pun. Moga anak2 kita sentiasa dilindungi ALLAH daripada melakukan benda2 yang tak elok. Teruskan pantau anak-anak dan keep make du'a to ALLAH.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu