Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Berbuka Puasa Di The Pearl Kuala Lumpur


Tinggal lebih kurang 4 minggu je lagi sebelum Ramadhan menjelma. Korang dah plan ke nak bawa keluarga berbuka di mana?

Macam I kan, walau sibuk macam mana pun memang akan luangkan at least sekali untuk bawa keluarga makan luar. Barulah erat silaturrahim gtew. So kali ni I nak suggest satu hotel yang menawarkan Ramadhan Buffet dengan harga yang murah.

Sajian Warisan Nusantara- The Pearl Kuala Lumpur

Hotel 4 Bintang ni terletak di Jalan Klang Lama. Memang lokasi strategic lah sebab ianya diantara bandaraya Kuala Lumpur dengan Petaling Jaya. 

Bertemakan Sajian Warisan Nusantara, korang akan dihidangkan dengan  lebih 100 menu dari dalam dan luar negara. Fuhh


Korang sebut je teringin nak berbuka dengan apa? Ha yelah ada orang suka berbuka dengan nasi berlauk. Ada orang prefer pasta atau western. Ada pula suka kuih muih. Ha kat sini semuanya ada. Kambing Bakar? Ayam Bakar? Roast Beef? wajib ada!




Banyak betul pilihan air. Kalau korang tak gemar air sejuk, ada juga pilihan air panas seperti Teh Tarik untuk korang. Ha sesuai lah ni bawak Atok dengan Nanny. Dorang kalau makan luar mesti cari air panas. 


Siapa kat sini suka cari Gulai Kawah waktu bulan Ramadhan? yumms. sedapnya. Ni sambil type pun telan air liur dah. Must-Try okayy


Antara menu yang ada disini ialah Shellout, Mutton Biryani, Gulai Kawah, Murtabak dan Roti Jala serta banyak lagi.


Teringin nak hirup makanan berkuah seperti Kari Laksa dan Mi Kari? Don't worry semuanya sentiasa panas untuk korang. Nampak tak asap tu? Fuhh . 


Kalau korang ni jenis tak boleh makan berat berat, don't worry okay. Ada jugak kaunter Fajitas kat sini. Siap boleh buat sendiri okay. ha letaklah banyak mana lamb korang nak. Yumms. 

Selain Fajitas, ada juga kaunter sandwich. 



Teringin nak makan seafood segar? Ha sini ada Mussel,Cray Fish, Bamboo Clams dan banyak lagi. Semua nampak menyelerakan sampai I rambang mata tak tahu nak pilih yang mana dulu.



Ha kan I cakap ada pelbagai pilihan. Kat Gerai Goreng Gorengan ni korang boleh dapat Mee Goreng, Samosa, Spring Roll, Onion Ring, Karipap dan banyak lagi lah. 


Ni kalau bawa laki I, memang benda ni lah dia serbu dulu. Selain satay celup, satay bakar pun ada pilihan Ayam dan Daging. sedap oi makan panas panas dengan kuah dia. Fuh



Bagi penggemar manisan macam I, kalau berbuka memang cari dessert dulu. Rasa macam lembik je kalau seharian tak dapat benda manis. 

Kat sini dessert dia memang umpphh. Trust me , you will love this. I ni cerewet sikit bab kek ni. Kalau tekak dah kata sedap, maka memang akan jadi favorite lah. 







Kids Friendly

Antara sebab I berkenan sangat dengan The Pearl Kuala Lumpur ni ialah ianya KIDS FRIENDLY . ha. selalu hotel ada sediakan kids menu, tapi takde pulak sediakan kids setting. Maklumlah budak tengah melasak, tak berkenan betul I kalau pakai pinggan kaca bunyi kelentang kelentung. Jadinya kat sini, pihak hotel sediakan cutlery for them. yeah!

Untuk makanan pulak, banyak je pilihan untuk dorang.Macam Gegirl makan Kurma Telur tu, bertambah okay. Lepas tu ada kuih muih,sandwich, sosej eh banyak lagi lah. Don't worry, I'm sure anak anak akan enjoy makanan kat sini. Korang pun boleh nikmati buka puasa dengan senang hati. Tak gitu Mommies?


Kat sini memang berbaloi and I recommend pada sesiapa yang nak bawa keluarga dan kawan kawan  berbuka puasa. Lokasi strategic, harga berpatutan, and I love the ambiance. Luas dan selesa. Takdelah risau terlanggar orang kiri kanan. Sambil makan, korang juga akan dihidangkan dengan Traditional Ghazal band. Ha menarik bukan

Harga cuma RM 72++ (adult) dan RM 35++ (child). Boleh Whatsapp +6016-331 9375 atau call +603-7983 1111 ext 3205


Korang boleh layan video kat bawah ni okay. Mungkin ada yang I tak sempat ambil gambar. Ha kalau dah mereceik air liur tu, maknanya dah boleh start plan date yang sesuai untuk berbuka puasa di The Pearl Kuala Lumpur , lepas tu terus book tau



Toodles, xoxo


Comments

  1. Semua menu nampak sedap tuu. Bagus ada kids friendly boleh berbuka dengan tenang kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu