Skip to main content

Kediaman Tepi Tasik Di Izara @ Bayu Sutera

Berbuka Puasa Bersama Artis Kegemaran Di Klang Parade

Kalau weekend je mesti tercari cari tempat untuk bawa keluarga berbuka kan? Ha apa kata 19 Mei ni korang bawa keluarga dan kawan kawan ke Klang Parade. Korang jangan risau sebab ada macam macam pilihan untuk berbuka puasa. Sambil sambil tu boleh lah ajak Cik Abang shopping. ehem

Kilauan Aidilfitri 

Guys, Kalau korang peminat setia Ayda Jebat, Nabila Razali dan Nana Sheme, korang wajib serbu Klang Parade pada 19 Mei ini.  jangan lepaskan peluang berjumpa dan beramah mesra dengan artis artis kesayangan korang. Mana lah tau boleh ajak selfie kan. 

Adik adik pun mesti excited sebab boleh jumpa dengan idola kecil korang seperti Alyzza, Wafiy dan Bea pun ada 


Pilihan Menarik Berbuka Puasa

Kalau bab cari tempat makan je mesti masing masing buntu dan tak tahu nak makan mana kan? Ha kat Klang Parade ni ada macam-macam uolls. Nando's ni memang pilihan family la kan. Kalau nak fast food, ada Texas Chicken. Ha lepas tu sambil jalan jalan boleh layan Tealive. wuu sedapnya.



 Aduh sedapnyaa



Tapi kalau korang prefer berbuka dengan nasi, jangan risau sebab ada foodcourt yang menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti masakan Thai, Claypot dan juga Western


Shopping Persiapan Raya 

Kan I cakap kat Klang Parade ni macam macam ada. Bukan je pilihan makanan yang pelbagai, tapi juga syurga shopping. Yeayy

Ada banyak kedai kedai besar di sini seperti pasaraya Econsave , Kamdar dan juga barangan rumah SSF

Ha mesti suka para Mak Mak dan isteri isteri. Yelah one-stop-centre. semua benda ada di bawah 1 bumbung


Ha ni kalau Mak I nampak memang berjam jam lah pilih kain kat dalam tu. Maklumlah banyak pilihan, rambang mata dibuatnya 


Wah SSF. Ni kalau masuk sini kena heret laki sekali. Banyak benda best. Maklumlah nak Raya kan, mesti semua benda nak baru.



Beraya dengan Koleksi Baru


Ha yang ni memang menarik. Korang boleh redeem mangkuk koleksi mangkuk cantik ni dengan pembelian RM 200 ke atas dalam satu resit. Ha, menarik kan?

Okay guys. Banyak kan aktiviti yang korang boleh buat di Klang Parade. So jangan lupa bawa family beramai-ramai datang hari Ahad, 19 Mei 2019. Sambil makan, sambil shopping dan berhibur


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu