Skip to main content

Merintis Harapan: OCREVUS® - Pilihan Rawatan Baharu untuk Pesakit Sklerosis Berbilang

Kenali Potensi dan Emosi Anak Anak | Little Fingers

Rasanya semua ibu bapa sedia maklum kepentingan bonding antara parents dan anak anak. Yelah walaupun kita ni penat bekerja seharian, tapi perlu juga curi-curi masa untuk mengenali si kecil. Bonding ni penting untuk membantu proses pertumbuhan serta pembelajaran anak sedari awal usia.

Satu program ditubuhkan yang dikenali sebagai Little Fingers bertujuan untuk melatih ibu bapa mengupas potensi dan mengenali emosi anak anak  dari usia 5 bulan. Ha, baru baru ini  Little Fingers telah mengadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Little Journey


Majlis Penyampaian Hadiah
Pertandingan Little Journey

Pertandingan ini adalah langkah pertama bagi pihak Little Fingers untuk melihat sendiri feedback dari ibu bapa yang menyertai program ini. Penyertaan yang diterima dari seluruh Malaysia sangat positif dan memberansangkan. Rata rata ibu bapa berpuas hati dengan respon yang diberi oleh anak masing-masing.

ucapan dari Cikgu Ayu

bacaan doa sebelum majlis dimulakan

Teacher Dayah sebagai pengacara majlis
Okay jom tengok ragam sekitar majlis penyampaian hadiah.








perkongsian oleh salah seorang bapa yang berpuas hati dengan perkembangan anak beliau




Pemenang Top 5 Little Journey

Nur Aisyah Hanis bt Mohammad Afiq (2 tahun)
Muhammad Yusuf Arrayyan (2 tahun)
Syarafiya bt Mohd Saif (1 tahun)
Abdul Hakim bin Mohd Farizul (1 tahun)
Dhiya Iyad Iskandar bin Idrus (3 tahun)




Tahniah diucapkan kepada adik adik comel ni. Geram betul tengok telatah masing-masing. Tahniah juga pada parents yang berjaya mengenali karakter dan emosi anak-anak. 


Parents-Child Online Class

Seronok sebenarnya join online class dengan Cikgu Ayu ni. Kalau consistent dengan tugasan yang diberi, insya Allah boleh nampak progress dengan cepat. Di Little Fingers, mereka mengamalkan konsep One To One antara cikgu dan ibu bapa. Ha macam ni lah bagus sebab senang nak faham. Bukan itu saja tau, pembelajaran juga mudah difahami. Paling penting, Cikgu Ayu tak lokek untuk memberi pelbagai tips berguna untuk parents.

Kiranya ni bukan sahaja kelas untuk anak-anak, tetapi juga melatih ibu bapa untuk lebih berdisplin dalam mendidik dan dan memberi masa berkualiti bersama si kecil.

Bzee Bag

Korang mesti pernah dengar tentang Bzee Bag kan? Okay ianya mengandungi aktiviti yang boleh diguna semula. Memang sesuai sangat untuk anak-anak kecil sebab parents hanya perlu bagi arahan yang mudah dan tak perlu pantau mereka. Ha sambil anak anak leka main tu, bolehlah parents buat kerja lain sekejap. 

Kenapa perlu Bzee Bag ni? 

1. Membantu meningkatkan daya fokus
2. Meningkatkan kemahiran motor halus
3. Mengurangkan ketagihan bermain gadjet
4. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti
5. Bonding time bersama anak dengan perkara  berfaedah

Ada 3 kategori
1. Kategori 1 : umur 1-2 tahun
2. Kategori 2 : umur 2-3 tahun
3. Kategori 3 : umur 3-4 tahun





Ha macam mana? Menarik bukan? I memang suggest pada parents yang ada anak kecil berusia 5 bulan hingga 4 tahun untuk join program Little Fingers ni. Bukan sahaja berguna untuk anak, tetapi boleh mendidik kita sebagai parents (especially new parents lah) . Setiap satunya berharga RM 69.90

Akan datang, pihak Little Fingers juga akan memperkenalkan aplikasi Little Fingers di mana latihan online boleh didapati menerusi aplikasi tersebut. Ha lagi senang kan? Tak sabar nak tunggu. Boleh recommend pada followers I yang ada anak kecil

Kalau korang berminat nak dapatkan produk Little Fingers atau nak tahu info lanjut tentang online class, boleh terus hubungi talian 03- 27338560 / 03- 27338561 atau melalui email littlefingers.co@gmail.com

Nak tengok aktiviti yang mereka lakukan? Jom follow social media Little Fingers


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu