Skip to main content

Kediaman Tepi Tasik Di Izara @ Bayu Sutera

Beli Barangan Basah di Segi Fresh Mart

Holla gais!

Aktiviti mingguan I macam biasalah shopping barang dapur dan lauk untuk seminggu. Memang prefer beli seminggu terus sebab malas nak keluar dah. Plus bazir masa je kalau keluar hari hari ye tak. 


Mak selalu ajak pergi Segi Fresh Mart je sebab sana murah, banyak pilihan paling penting segar.  I rasa banyak juga cawangan Segi ni antaranya Ampang, Subang, Kayu Ara eh banyak lagi lah. Tempat korang ada tak?



Korang tahu kami sekeluarga ni memang pencinta ayam kan? Ha menu wajib harus lah ayam. Anak -anak I tu hari hari makan ayam goreng pun takpe tau. 

Biasa untuk seminggu I beli 2-3 ekor. Siap potong. senang. Balik rumah tinggal bersihkan dan simpan je. 


Tengok Mak tu , dah start rambang mata lah tu. HAHAHA 

Kami kat rumah tu memang favourite Ikan Mabong, Kerisi, Siakap and Tenggiri. Memang kira wajib ada lah

Nasib baik kat Segi Fresh Mart ni senang nak dapat semua tu. 



Ni ha area buah. My kids especially Lihin memang kuat makan buah. Kalau beli memang kena beli kuantiti banyak weh, kalau tak, sekali makan je habis.

Tu oren tu besau besau jugak cuma RM 1.30 sebijik. Cun lah kan. Selalu I beli 12 biji macam tu so sorang 4. Tak payah nak berebut -__- . Tu baru cakap pasal satu jenis buah. Belum epal lah, watermelon lah, buah naga lah. adoiyai. Anak bertuah, pandai je dia tunjuk apa dia nak. 


Abah suka betul beli sayur berdaun kat sini. 'Gemuk' dan segar katanya. Harga pun boleh tahan. Ni kalau Abah ikut nii memang sini lah port dia tuju dulu. 



Kemain Lihin nak belajar pilih bawang uolls. Baguslah tu, nanti boleh jadi lelaki bertanggungjawab dan pandai berdikari. Eh gitchew. Jangan pandai membawang je ye. 




Si Gegirl ni tak reti menyabo nak makan jagung. I cakap nak kena bayar dulu lepas tu balik rumah I bakar lah. Dia ingat benda tu dah siap boleh ratah. Ha makan, makan

Jagung dia besar besar, potong 3 bahagian pun puas makan weh. Aduh sambil type ni teringat pulak jagung siap sapu mentega lepas tu bakar. Bau dia naik. Adoi. Tak boleh jadi ni. Weekend depan nak ajak Mak borong jagung lagi lah. 


Barangan kat sini banyak. Lengkap semua . Paling penting kemas dan tersusun. Senang nak cari.  Lauk mentah 1 bahagian, sayur semua diletak di satu bahagian. Rasa selesa nak tengok tengok barang. 

Paling penting lantai kering dan tak lecak. 
 



Anggur murah oi. Menyesal beli 2 gugus je tadi. Manis manis and besar pulak tu. 

Si Lihin tu kalau boleh dalam kete nak ngam semua dah. 





Yeayy dah siap shopping 1 troli. Time ni Mak mana entah , ada lah tu benda dia nak tambah hahaha

Tak ingat berapa tapi tiap kali belanja memang lebih kurang RM 100 je untuk seminggu. Senang dah siap siap bajet. Maklumlah kita family besar uolls, kenalah berjimat cermat amalan mulia , paling penting berkualiti untuk orang tersayang. Gitchew



 Korang suka beli barangan basah kat mana pulak?

Toodles, xoxo 


Comments

  1. Kalau la kat Seremban ada Segi Fresh ni kan best....

    ReplyDelete
  2. Mudahnya macam ni..boleh berbelanja dengan sepuasnya hatikan..seronok sangat.Lagi bila tengok semua segar..lagi bersemangat.

    ReplyDelete
  3. Nampak fresh barang-barang basah dia. Tapi xde yang dekat dengan rumah.

    ReplyDelete
  4. Sayangnya Segi Fresh Mart nie takde dekat area rumah myra. barang dia semua nampak segar.

    ReplyDelete
  5. heaven soping situ.. last week pon repeat shoping barang basah kat segi.. mujurr dekat dengan rumah..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu