Pengalaman di Sandee Room. Hatyai

Hola gais

Lepas je book flight ticket ke Hatyai, I terus cari hotel. Memang aim nak yang murah and kalau boleh nak walking distance ke semua tempat. Gtew

Kalau tengok yang famous mestilah The Train Hotel dan Lee Garden. Tapi entah macam tak berkenan. so kita cuba cari lain

Search kat Booking.com, jumpa lah Sandee Room. Harga not bad. Try cari review blog takde. adoi. Tapi baca review kat site okay, so pasrah lah. I memang taknak letak apa apa high expectation dengan harga macam tu. Janji private bathroom, sudahlah.

Hotel kami terletak di corner lot macam ni. Walking distance from Odean Mall

Memang sangat dekat. Mall ni lebih kurang macam Sogo lah gtew. Lepas tu sederet tu juga ada 7E, farmasi, Watson; eh kira dekat dengan semua lah

Walau terletak tepi jalan macam ni, tak dengar bunyi bising langsung. Bahagia lah korang tidur. Untuk I tak lah sebab I suka bising T_T

Yang signboard kuning tu Restoran muslim food. Ha senang kan nak dapat makanan. 


Masuk je hotel ni, lalu cafe . I tak tahu dari pukul berapa sampai pukul berapa. Tapi cun lah kan kalau tergerak nak minum air ke apa ke takyah keluar tempat lain

Harga not bad jugak. Idok ler mahal. Sama je macam kat luar. 

Air panas ada kat lobby tu, bawa lah flask/mug sendiri turun ye. Hujung lagi ada lift.

Kat sini pakai kunci. Kad hanya untuk on letrik lah. Kalau korang tinggal lebih 1 malam dan nak suruh kemas, kena tinggal kunci kat reception.Btw front line dia guna slang slang Kelantan gitu. 


Kami ambil Standard Room THB 650 per night. Bila sampai je, receptionist tu kata takut tak muat sebab ada Lihin hahahah. memang time book I tulis 2 pax je.  Tapi I memang siap sedia ready extra cash, just in case dia suruh bayar extra kepala kan

Dia suruh upgrade bilik. Patut kena tambah THB 100 per night tapi dia bagi half price. Baiknya. 

Not bad bilik dia. Aircond sejuk. Ada plug nak charge bagai. Ada tempat hang baju, meja kecik, fridge dan tv kecik. Dapat siaran TV 3 uolls. Sempat lah kami layan Mak Cun. 

Yang kelakar si Dina ni, memalam buta dia layan Misteri Nusantara. Ha memang aku bukak Youtube surah surah la malam tu. kahkah nampak tak I penakut macam mana.


Macam biasa , ada sediakan toiletries. Lawa weh botol dia. Nasib 2 malam, so sorang amek 1 set hahaha. I memang suka kumpul toiletries especially botol unik macam ni. Padahal kalau staycation, I prefer bawa sabun sendiri hahaha


Bilik selesa, aircond cun, comforter pun syok sangat. By the way, bilik ni takde window. Yang lain tak tahu lah. Pastu kalau hujan selebat lebat alam pun kami tak dengar -__-

Overall memang puas hati. Berbaloi dengan apa yang kita bayor.


Korang kalau yang ala ala backpack memang recommend la dok sini. Murah, tepi jalan. Kira strategic

Tapi kalau korang datang dengan family, ramai kids ataupun orang tua, bagi I tak sesuai lah. Sebab jarang nampak TukTuk lalu depan ni. Korang kena jalan sikit. Paling senang area Odean Mall lah, even kalau korang naik Mini Van dari airport pun, turun situ. Naik TukTuk pun dia turunkan situ landmark nya

Nak ke train station pun dekat sangat. 3 Min katanya. Tapi I jalan 5 min ler, gagaga

Toodles,xoxo

Comments

  1. Better kannn stay dekat dengan semua tempat. Tak kisah murah ke mahal ke.. Yang penting ada tempat tidur selesa, pressure air yang kuat kat toilet dah memadai hehehe. Haritu i stay dekat Anytime @ 24 Resort. Pun best jugak.

    ReplyDelete
  2. main concern kalo cari accommodation pun memang nak cari yang private bathroom. itu sangatla penting..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts