7 Lokasi Wajib Anda Pergi Ketika Di Phuket


Dah hujung tahun ni, mesti korang dah plan banyak benda dengan family dan juga kawan-kawan kan. Kalau macam I, plan nak ke negara berdekatan sahaja disebabkan kekangan masa. Jangan tak tahu, negara berdekatan pun banyak yang cantik cantik antaranya Thailand.

7 Lokasi Wajib Anda Pergi ketika di Phuket

Kalau disebut tentang destinasi percutian yang popular di Thailand, sudah tentu Krabi, Bankok, Chiang Mai, Phuket dan banyak lagi destinasi menarik yang menjadi salah satu tarikan yang terhangat dipasaran. Mana tidaknya, keindahan dan keunikan yang terdapat di sana semuanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jadi di sini saya akan kongsikan 10 lokasi yang menarik untuk anda kunjungi jika Phuket menjadi destinasi percutian anda.
Jika anda taktau, Phuket merupakan satu pulau yang terbesar bagi negara Thailand. Selain Krabi, pelancong juga kebanyakkannya memilih Phuket sebagai destinasi pelancongan berkonsepkan pantai. Pemandangan yang indah dan menakjudkan dari persisir pantai sudah tentu dapat menambat hati setiap pelancong yang datang.
Jadi jika anda sudah merancang untuk ke Phuket, anda boleh terus survey tiket kapal terbang yang menawarkan penerbangan yang murah dari Cathay Pacific flight booking yang disediakan oleh Traveloka ni. Last time saya survey di laman web tersebut, dapat juga flights to Bangkok promotion.Jadi tak salah anda survey dulu tiket flight dalam web tu, kalau kena dengan bajet, boleh terus book.
Jadi mari lah kita ke 7 lokasi terhangat yang ada kat Phuket ni.
Pantai Karon


Pantai Karon ni merupakan pantai yang paling panjang yang ada kat Phuket dan ia adalah antara pantai yang paling popular yang dikunjugi oleh pelancong dari luar negara. Anda boleh berkelah di pantai ni. Terdapat juga restoran-restoran yang menawarkan makanan seafood yang sedap serta cenderamata yang anda boleh beli untuk dibawa pulang.
Tiger Kingdom

Kalau anda pergi zoo, pernah terbayang tak yang anda boleh memegang dan bergambar dengan cik belang? Siapa lagi kalau bukan harimau belang. Haa. Yang ni menarik. Kalau anda memang teringin nak pegang dan bergambar dengan cik belang ni, anda boleh ke Tiger Kingdom. Bayaran masuk sekitar 800 – 3500 baht sahaja. Kalau takut nak pegang yang besar, yang kecik comel pun ada juga.
Phuket Trickeye Museum
credit image: Online Phuket
Trickeye museum ni lebih kurang sama sahaja seperti 3D muzium yang ada di mana-mana negara. Gambar yang dilukis seakan-akan seperti reality. Apa yang berbezanya ialah jenis lukisan itu sahaja. So kalau anda nak rasa 3D mzium kat Phuket, boleh la ke sini okay.
Phi Phi Island

Nak tau tak dalam banyak-banyak pualu di Asia Tenggara, pulau apa yang paling cantik? Ini lah pulaunya. Phi Phi Island. Keindahan flora dan fauna yang terdapat di pulau ini, dikelilingi pla dengan ;autan biru yang cantik, terumbu karang yang boleh dilihat dari permukaan laut, sudah tentu membuatkan anda terpesona. Untuk ke pulau ni, anda boleh menaiki speed boat ataupun feri yang disediakan. Tiket boleh didapati di agensi pelancongan yang banyak di sekitar pantai.

James Bond Island
credit image
Kalau dah ke Phuket, James Bond Island adalah salah satu pulau yang anda wajib pergi untuk bergambar. Berlatarbelakangkan satu batu membentuk seperti pulau kecil di tengah-tengah lautan. Dengan pemandangan sekeliling yang dipenuhi flora dan fauna, banyak jurugambar dari luar negara datang untuk menghasilkan gambar yang sangat cantik.
Prompthep Cape
credit image: Phuket.com
Keindahan mathari terbenam boleh dilihat dari puncak bukit ini. Walaupun tiada aktiviti yang menarik utnuk dilakukan, hanya bergambar sahaja, tetapi ia bukan satu penghalang untuk pelancong ke sini. Bergambar di viewpoint ini merupakan satu kepuasan bagi ramai pelancong dan juga jurugambar professional. Pemandangan seperti di atas kertas lukisan ini telah banyak menambat hati pelancong. Kemudahan seperti tempat parking, tandas dan gerai menjual cenderamata juga disediakan di sini.
Flying Hanuman
credit image

Bukan setakat mempunyai pantai-pantai yang cantik, Phuket juga ada menyediakan aktiviti outdoor bag pelancong yang gemarkan melakukan aktiviti lasak semasa bercuti. Anda yang sukakan outdoor activity, boleh datang ke Flying Hanuman ni untuk merasa zipline di Phuket. Semasa melakukan aktiviti ini, anda boleh melihat keindahan Phuket dari sisi atas dimana ianya sangat mengujakan. Harga tiket untuk melakukan aktiviti ini adlaah dari 1500 – 3500 baht sahaja.
Itu lah dia. Selesai sahaja 7 lokasi menarik yang anda boleh kunjungi di Phuket. Terdapat banyak lagi lokasi yang menarik dan yang I kongsikan ini adalah untuk merangkumi semua jenis aktiviti yang ditawarkan di Phuket. Jika anda nak melawat ke pantai sahaja, tentu rugi sebab banyak lagi aktiviti yang boleh dijalankan di Phuket. Jadi sampai di sini sahaja perkongsian I. Jika ada info yang menarik lagi, I akan share lagi di sini.

Semoga bermanfaat untuk percutian korang. Enjoy your holiday yahhh

Jumpa lagi. Byeee

Comments

Popular Posts