Assalam everyone
Lama rasanya takde personal entry. Actually tak sempat. Sekarang I focus kat IG and Youtube. kalau ada kerja blog kenalah menaip di cyber cafe.
Happy 2020 everyone!!!
2019 I teruk. Sangat teruk I can say paling teruk dalam sejarah hidup I
Azam 2020 I cuma nak fokus pada hidup I, no longer happykan orang sampai hati I terseksa. Of course happykan makpak dan anak anak I 3 ketul tu je
Awal 2020 ni sama je macam hujung 2019 hari tu. Cuma maybe sebab I dah amalkan sikap 'pergi mampus' , so okay sikittttt lah. Harapnya getting better. I kena extra kuat demi anak anak. Betul ke betul?
hehehe
Daily Routine?
Kalau korang follow IG Story I, mesti korang perasan this year kerja I jadi supir untuk anak anak kan? Ha Ha Ha , This is what I wanted all this while.Selalu cakap seronoknya dapat amek hantar anak sekolah, seronoknya dapat luangkan masa dengan anak anak.
Don't get me wrong, I tak pernah rendahkan surirumah or cakap surirumah ni senang. Cuma I rasa ianya akan jadi satu benda yang seronok. Paham takkkk ? hahaa
Tapi bila dah dapat? Ya Rabbi, penat sangat. extra penat dari kerja front desk sorang hahaha. Keluar masuk keluar masuk amek hantar anak. Sorang sekolah sana, sorang sekolah sini. Nasib lah kira dekat jugak. Dahlah rumah flat, kena tunggu lift, kena cari car park. Dulu time freehair mesti I keluar dengan singlet dan boxer je. Tapi since dah pakai tudung kenalah cari baju proper, match dengan tudung proper, nak belit shawl lagi, nak tarik eyeliner panjang panjang lagi. Eh? banyak pulak kerja aku hahaha
Actually I tak tahu berapa lama I jadi housewife. Kalau 'something' happen this year maybe I kembali kerja? Maybe? Jangan offer I buat sale kat tempat korang yee, I takmau hahaha.
Anak-Anak?
Bebudak ni kalau Mak sendiri ajar memang ngade kan. Patutlah dengar kalau cikgu sendiri pun, akan hantar anak pergi tusyen or belajar dengan cikgu lain. Ngade lain macam
Of course I tak push Lihin and Gegirl. Tapi dalam masa sama I taknak ketinggalan. Ajar la jugak sikit sikit especially benda yang bersangkut paut dengan kehidupan. Gitcheww
Cuti Sekolah?
Wah sekejap jee dah nak cuti panjang sempena CNY lepas tu masuk Februari. Korang dah siap untuk raya? Fuhh memang ramai mengeluh kan, baru je berhabis untuk anak masuk sekolah, sekarang dah kena bersiap untuk raya pulak. Kejap betul masa berlalu .
Korang dah plan nak kemana mana ke cuti sekolah ni? Kalau last minute macam ni cari hotel memang semua fully book kan. I takdelah plan kemana , cuma ada wedding je. Kalau tidur hotel pun cari bajet hotel je.
Okay I think sampai sini je first bebelan I untuk tahun 2020 ni. Yeayy
Toodles, xoxo
Happy New Year! Semoga semua impian kamu untuk tahun 2020 tercapai
ReplyDelete