Skip to main content

Kediaman Tepi Tasik Di Izara @ Bayu Sutera

Pencinta Durian Boleh Dapatkan Durian RM 0.66 Di Shopee


Tiada perubahan terlalu sukar bagi Raja Buah 
Durian serendah RM0.66 semasa 6.6 Super Sale, peniaga beralih ke Shopee untuk menjangkau pengguna



Menikmati makanan di gerai tepi jalan dengan menjamah isi berwarna kuning lembut berkrim benar-benar merupakan satu pengalaman yang menarik. Musim durian sudah bermula tetapi aktiviti yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat ini kini dilarang di Malaysia untuk membendung penularan wabak Covid-19. 

Walau bagaimanapun, sekatan tersebut tidak melemahkan semangat penjual durian dan pengguna dengan beralih ke atas talian untuk mendapatkan bekalan Raja Buah yang berterusan. Shopee juga mengalami trend baharu serta menarik ini dan mendapati bahawa platformnya telah secara organik menarik petani yang menanam durian dari seluruh negara dalam pada mereka menawarkan D24, Musang King, XO, Hor Lor, Udang Merah dan banyak lagi atas talian. Ramai juga yang menjadi kreatif dengan kempen mereka sendiri seperti Duduk Rumah, Makan Durian untuk kekal relevan.

Covid-19 dilihat memberi kesan buruk kepada perniagaan dalam banyak sudut selain penjualan. Shan Cheng Durian yang biasanya menerima pelancong di ladang seluas 12 hektar di Balik Pulau, Pulau Pinang mendedahkan bahawa penularan virus telah menyebabkan pelancong untuk tidak lagi mengunjungi ladang tersebut. Kini, ketika mereka mencari cara baharu bagi menjual hasil tanaman mereka, mereka juga harus memikirkan kaedah inovatif demi memastikan durian yang dihasilkan kekal segar dan enak. "Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan ketika melakukan penjualan atas talian. Kesegaran durian adalah salah satu daripadanya. Untuk memastikan pelanggan mendapat kualiti terbaik, kami mengumpul durian dari ladang pada waktu pagi, membuka dan membungkus semula ke dalam kotak serta menyimpan dalam bekas vakum sebelum penghantaran dilakukan pada hari yang sama. Dengan begitu banyak penjual atas talian yang bersaing untuk penjualan, ia bergantung kepada kualiti, perkhidmatan dan harga untuk memenangi hati orang ramai,” kata Leow E Shuen, Pengasas Bersama dan Pengurus Perniagaan Shan Cheng Durian Penang.



Bagi Mountain Cat Durian, penularan Covid-19 memberi impak kepada penjualan produk diproses seperti durian puff dan aiskrim durian sebanyak 50%. Ini disebabkan oleh permintaan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang rendah daripada sektor bakeri dan konfeksionari, serta peniaga makanan dan minuman. Syarikat yang berpusat di Puchong ini yang mempunyai ladang seluas 20 hektar di Broga, Negeri Sembilan, juga mengalami cabaran kewangan daripada perbelanjaan overhed seperti pekerja dan komitmen kilang. "Dengan penjualan luar talian dan B2B kami terjejas ketika kenaikan tekanan kos, kami menyedari sudah tiba masanya bagi kami untuk meneroka model luar talian-ke-atas talian untuk mengekalkan perniagaan dan memastikan durian kami tidak dibazirkan. Sebelum menjual secara atas talian, kami hanya mempunyai beberapa pesanan dalam sebulan; tetapi sekarang di Shopee, kami menerima pesanan setiap hari. Keadaan semasa merupakan pembuka mata bagi kami - ini menunjukkan kepada kami bahawa kami tidak boleh berpuas hati dengan pendekatan kami dengan mengabaikan dunia digital,” kata Ma Tuck Mun, pengasas Mountain CatIsi Musang King pada masa ini merupakan produk terlaris mereka di Shopee.

Shopee mendedahkan selanjutnya bahawa pencarian kata kunci untuk "durian" di platformnya juga mula menjadi trend, menandakan minat pengguna ketika musim durian bermula. Dalam usaha untuk membantu penjual durian mengekalkan pendapatan mereka dan rakyat Malaysia mendapatkan durian kegemaran mereka, Shopee akan menampilkan Shan Cheng Durian dan Mountain Cat, bersama dengan 500 penjual durian dan buah-buahan lain dalam 6.6 Super Sale yang berlangsung dari sekarang hingga 6 Jun 2020. Buah durian akan dijual dalam Jualan Kilat Shocking Sale pada harga RM0.66 dengan diskaun tambahan 10% di kedai untuk penjual terpilih sepanjang kempen.

"Kesan Covid-19 telah diterjemahkan ke dalam banyak aspek lain dalam kehidupan kita selain kesihatan. Ia telah menghalang kita daripada melakukan aktiviti kegemaran seperti merapatkan hubungan persahabatan dan kekeluargaan sambil makan durian. Namun, itu tidak bermakna kita tidak dapat menikmati durian atau memberi buah ini kepada orang yang kita sayangi. Dengan lebih banyak penjual durian yang menjual atas talian, rakyat Malaysia dapat membelinya daripada platform kami untuk dinikmati di rumah dengan selamat. Tambahan pula, penjual tempatan kita memerlukan sokongan berterusan demi ekonomi kita. Itulah sebabnya selain menampilkannya dalam kempen kami seperti 6.6 Super Sale, Shopee komited untuk memastikan platform kami adalah kos efektif. Kami juga menasihati semua penjual agar memastikan bahawa mereka dapat memenuhi pesanan - bekalan, pembungkusan dan logistik - sebelum menjual. Kami memahami bahawa ini mungkin agak sukar bagi penjual yang pertama kali menjual secara atas talian dan disebabkan itu, kami menugaskan pasukan khusus untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Mereka dapat menghubungi kami di http://tiny.cc/shopeefresh dan kami akan menghubungi mereka,” nasihat Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Untuk penjimatan lebih banyak lagi bagi pelbagai jenis produk, tawaran bermula daripada hanya RM0.66; nikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM16 serta dapatkan baucar RM6 setiap hari pada 6.6 Super Sale ini.

6.6 Shopee Live Festival juga akan diadakan yang menampilkan bintang pop Taiwan Alien Huang, Emma Wu, Tiffany Hsu, Sam Tseng dan Blaire Chang serta bintang tempatan Nabila Razali, Pongpong, Shalma Eliana dan Yonnyboii. Kemuncak sesi ini akan dibintangi ratu pop Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 6 Jun. Pengguna juga boleh bermain Shopee PolyShopee Treasure BoxShopee CatchFlip & Match dan banyak lagi untuk terus berhibur.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu