Skip to main content

Kediaman Tepi Tasik Di Izara @ Bayu Sutera

Pemeriksaan Kaki Percuma di JennOrtho Mid Valley


Pernah tak terfikir nak buat pemeriksaan kesihatan kaki?

Hari tu I berkesempatan singgah ke JennOrtho yang terletak di Level 2, Mid Valley Megamall. Banyak betul design kasut . Semua cantik dan up to date. Menariknya, ianya bukan kedai kasut yang biasa tau. 


Kat JennOrtho ni korang boleh buat pemeriksaan kaki secara percuma. Siap ada Free Live Consultation lagi. Ha maknanya korang boleh tahu apa masalah kaki korang on the spot, dapatkan penerangan lebih jelas dari doctor pakar dan dapat solution atau suggestion yang bersesuaian. 

Yelah macam I, boleh dikatakan kerap memakai kasut tinggi. Kalau pemilihan kasut pula, I lebih pentingkan luaran dari keselesaan. Padahal sebenarnya, ianya boleh mengundang penyakit lain seperti sakit tumit, sakit belakang dan sebagainya. 


Apa Itu Flat Feet? 

I percaya ramai yang jarang dengar term ni kan? Flat feet atau telapak kaki datar adalah bentuk kaki dengan bahagian tengah tapak kaki terlalu rendah. Kiranya kalau berdiri, kaki akan menjadi rata. Takde lengkuk. Kaki juga boleh terarah keluar. 

Antara gejala flat feet adalah seperti sakit kaki, sakit buku lali, kebas dan kasut akan menjadi haus. 

Mungkin ramai antara kita mengalami gejala tapi kita tak pernah terfikir pun. 

Kepentingan Insole

Ramai tak sedar kepentingan insole kan? Even I sendiri pada awalnya tak pernah terfikir apa pentingnya insole ni. Kalau korang nak tahu insole atau pelapik kaki yang sesuai boleh memberi sokongan pada tapak kaki kita. Tak kiralah tapak kaki kita ni normal atau bermasalah, insole mampu memberi sokongan dan membentuk tapak kaki yang cantik selain memberi keselesaan kepada tapak kaki.


Pemeriksaan Kaki Percuma



Macam I cakap awal tadi, JennOrtho menawarkan pemeriksaan percuma. So korang bolehlah bawa family ke sini. I memang recommend untuk korang bawa anak-anak buat pemeriksaan dan kenalpasti masalah yang ada. Bukan apa, lebih baik dirawat dari kecil supaya tak timbul masalah di kemudian hari.



Kat sini ada pelbagai jenis insole mengikut masalah kaki. Nak customized pun boleh mengikut keperluan individu tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. 


Pakar Orthotic 

Tadi I ada mention consultion dengan pakar kan. Ha bukan calang calang tau . Pakar yang dimaksudkan ialah Dato Dr Edmund Lee iaitu Orthotist & Prosthetics yang terkenal di Malaysia.



Beliau juga seorang yang friendly, mesra kanak-kanak dan tidak lokek dengan ilmu. Tanya je apa, semua dia akan jawab dan explain satu per satu. 

Promosi di JennOrtho





Sekarang ni ada promosi up to 50% tau. Selain tu customer jugak akan dapat
•free follow up review
•warranty percuma 48 bulan
•free all adjustment

Ha menarik kan. So gais tunggu apa lagi . Jom ke JennOrtho sekarang . 

Kalau nak tengok video I buat pemeriksaan kaki, boleh check out youtube channel I di Mumbling Cici 



Location: 

JennOrtho
S011 2nd Floor
Mid Valley Megamall

10am-10pm

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu