Skip to main content

Kediaman Tepi Tasik Di Izara @ Bayu Sutera

Strawberry Farm, Genting Highland & Kepak Ayam Strawberry

 Hari tu I berkesempatan cuti-cuti kat Genting Highlands. Alaa saja je staycation dengan BFF. Pastu ternampak 'Strawberry Farm' , ha apa lagi kami pun nak lah masuk. 



Masa tu weekday so memang tak ramai orang. Okay takpe syok. Tapi kami gelabah jugak sebab kekurangan cash. Aduihh dasar masing masing pemalas nak withdraw duit. Kenapa lah bukan semua tempat pakai cashless kan senang hidup. hahaha. 

Korek punya korek, okay ada jugak duit kertas

Entry Fee: RM15

Dia bagi 1 kupon gambar untuk kami. Kiranya kami entitle untuk 1x Printed Photo. 


Masuk masuk je lalu kebun bunga. Eh kebun ek? Lawa lawa lah bunga. Takleh pegang pun, takleh jalan in between bebunga pun. Cuma tengok je lah kiri kanan -__-






Pastu time tu photographer dia tengah busy entertain 1 family. Bunyi macam 'excited' betul photoh tu agah anak family tu untuk pandang camera. 


Okay fine, kami jalan ke belah atas lah. Ada tanaman strawberry. Nampak la family bawa dua anak, baru keluar dari situ masing masing bawa bakul stoberi. Kami takdelah masuk, takde keje pulak aku nak petik stoberi. Kalau bawa anak ke, maybe boleh lah hahaha. 






Lepas amek beberapa gambar, kami turun balik. Dekat je pun, beberapa anak tangga dah sampai. Dengar family yang bawa anak petik strawberry tu cakap " ni je ke RM15?" . I dengan kawan I tergelak. HAHAHA weh , we thought the same. Ini je ke? Actually I dont know what to expect, tapi tak berbaloi pun


Tapi kami amek je lah gambar bunga bungaan tu. Ingat nak redeem our free printed photo, tapi photog tu jalan kemain laju melepasi kami. Takkan nak stop dia/ jerit pulak kan. 


-___-


So lantakkan dia, kami pergi ke Strawberry Cafe. Cari apa apa manisan ke apa ke. Adalah kiri kanan tu jual jem strawberry dan sebagainya tapi I tak terasa nak beli plus limited cash. aduihh


So korang kalau nak pergi remember to withdraw bebanyak okayy. 


Nak order waffle, tapi macam tak memberangsangkan. So kami decide order Susu Kocak (Milkshake) dan Kepak Ayam Strawberry. Actually terpikat dengan bau ayam goreng tu. Ko tau lah bau ayam digoreng tu aduihh mengiurkan. 

Dah bayar (cash sahaja) kami pun duduk. Mula mula dia hantar milkshake. okay not bad. sebagai seorang pencinta manis, I rasa air dia tak manis, Just nice. Rasa strawberry fresh. 

Kepak Ayam Strawberry sampai. Dalam pinggan tu ada 6 ketul. Bau dah sedap. The taste.. hurmm




Basically korang imagine ayam goreng sapu jem jelah hahahahaha. yelah itu je lah rasa dia nak rasa macam mana lagi. Jenuh jugak lah nak habiskan 3 ketul sorang tu. I rasa kalau Kepak Ayam saja without jem tu lagi yummeh kot. Dia macam lekat lekit kat tekak. Manis manis masam. 



So kalau korang datang ramai, share je lah makan sorang seketul pun okay kot nak buat rasa rasa. 

Lepas habis tu kami terus jalan balik. Ada lagi tanaman bunga, kedai souvenir


Tapi I tak beli apa pun. Menyesal jugak tak beli jem . Dah lah bebudak tu hantu jem. Boleh ratah macam tu je. Tapi takpelah plus I takde cash dah nak buat macam mana

Okay lah pengalaman masuk tempat strawberry. Untuk repeat, maybe I nak bawak my kids je lah kot. Untuk pergi saja saja, memang idok lah. Takde apa pun kat sini -__-

Korang dah pernah sampai ke belum? Meh share cerita korang


Toodles, xoxo 

Comments

  1. Teringin juga nak pergi tapi bila baca review, rata-rata kata x berbaloi dengan harga. So terbantut hajat nak pg. Hehehe. Nak pg Cameron, selalu sesak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu