Diam tak diam dah seminggu berpuasa. Mesti ramai sedang buat persiapan untuk Hari Raya kan. Nak cari baju sedondon sekeluarga, barangan rumah, nak beli karpet baru ke. ehh.
Baru-baru ni I berkesempatan ke KWC Fashion Wholesale yang terletak di tengah kota. To be honest, ini merupakan kali pertama I menjejakkan kaki di sini. Selama ni selalu dengar cerita dari kawan-kawan yang suka beli kelengkapan Hari Raya di sini. Dah datang sini baru I tau kenapa ramai orang suka shopping di KWC FashionWholesale.
I tau agak susah bagi kita yang bertudung ni nak dapatkan pakaian muslimah yang affordable dan dalam masa yang sama trendy. Yelah kita pun nak nampak fashionable walaupun bertudung tak gitu?
Jangan risau sebab di KWC Fashion Wholesale menawarkan pelbagai jenis design baju yang menutup aurat, sopan dan dalam masa yang sama up-to-date.
Cakap je nak baju jenis macam mana; kebaya, baju kurung, baju modern atau jubah semua ada di sini. Tudung pun ada banyak pilihan. Rambang mata dibuatnya.
Kadang-kadang pening nak cari baju untuk seisi keluarga. Dah jumpa baju yang berkenan, tak matching dengan baju suami pulak. Lepas tu kena cari baju anak-anak pulak. Nak kena bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain tu leceh betul..
Tapi di KWC Fashion Wholesale korang boleh dapatkan baju baju sekeluarga di bawah satu bumbung. Baju Kurung, Baju Melayu ataupun Kurta, bahagian kanak-kanak semua ada dijual di sini. Nak cari baju sedondon sekeluarga pun senang.
3. Barangan Rumah Dan Aksesori
Menariknya di sini, KWC Fashion Wholesale bukan sahaja menawarkan pakaian tetapi juga barangan kelengkapan yang lain seperti aksesori, hiasan rumah, pelbagai jenis lampu dan karpet.
Perlukan aksesori sebagai pelengkap gaya? Jangan risau sebab ada banyak kedai menjual aksesori seperti tali pinggang, brooch, aksesori wanita, beg tangan dan banyak lagi.
Maklumlah nama pun Raya, mestilah semua nak baru dan nampak bergaya.
Nak hias rumah? Tak perlu buang masa ke tempat lain sebab ada banyak pilihan di sini. Harga pun dah tentunya affordable dan wallet-friendly.
4. Dilengkapi Kemudahan
Biasanya sebelum ke satu satu tempat, mesti kita nak tahu tempat tu ada surau ke tandas ke. Yelah kalau dah nama pun bershopping seharian, mesti dari pagi hingga ke lewat petang tak sedar masa berlalu.
Jangan risau sebab KWC Fashion Wholesale dilengkapi surau, tandas dan bilik bayi yang selesa. Mesin ATM dan Money Changer juga disediakan disini.
Food court juga beroperasi seperti biasa. Selain itu ada juga kiosk menjual makanan dan minuman di setiap tingkat. Ha mana lah tahu bagi yang membawa anak kecil, mesti cepat penat dan dahaga kan. Bolehlah 'upah' anak-anak dengan aiskrim dan sebagainya. Mesti diorang suka!
KWC Fashion Wholesale menawarkan lebih 1,500 ruang parking, 12 lif pengunjung dan eskalator senang akses ke parking.
5. Berdekatan Dengan Pengangkutan Awam
Macam I mention awal-awal tadi, KWC Fashion Wholesale terletak di tengah kota. Kalau malas nak drive, boleh juga gunakan public transport sama ada LRT Ampang Line atau Monorel dan berhenti di Hang Tuah Station. Hanya 8 minit sahaja dari stesen.Mudah bukan?
"Mekar Di Aidilfitri" Di KWC Fashion Wholesale
Ha macam mana? Baru tengok gambar dah rambang mata kan? I pun rasa nak pergi sekali lagi bawa ahli keluarga yang lain pula. Tak puas shopping hari tu.
Ha untuk korang yang nak menang baucer, jom sertai peraduan menarik ni
Peraduan KWC Style Rayaku OOTD
Hanya perlu bergambar di KWC dan rebut peluang menangi baucar tunai yang lumayan.
Cara-Cara
1. Tangkap gambar di KWC Fashion Wholesale
2.Muat naik di Facebook & tag 3 rakan
3. Gunakan hashtag #KWCStyleRayaku #KWCFashionWholesale
4. Pastikan pos anda 'public'
BAUCAR TUNAI UNTUK DIMENANGI
Hadiah Utama: RM1,000 x 1 pemenang
Hadiah Saguhati: RM200 x 10 pemenang
Selain itu korang juga boleh dapatkan hadiah menarik dari KWC Fashion Wholesale dengan menyertai Aktiviti Belanja & Tebus
1.Belanja RM200,tebus Set Pelangi Penyedut Minuman
2. Belanja RM400,tebus Bakul Kuih/Pengisar Buahan Mini/Mini Speaker
KWC Fashion Wholesale dibuka awal dari 9am-8pm bermula 24 April hingga 12 May 2021.
Waktu operasi biasa ialah
10am-8pm (Jumaat, Sabtu & Cuti Umum)
10am-7pm (Ahad-Khamis)
Fuhh banyak betul benda menarik. Jangan lepaskan peluang membeli-belah persiapan raya sambil menangi hadiah menarik. Follow media sosial mereka untuk update terkini.
Facebook: KCW Fashion Wholesale
Instagram: @kcwfashionwholesale
Website: www.kenangacity.com.my
Comments
Post a Comment