Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Kediaman Tepi Tasik Di Izara @ Bayu Sutera

salah percaturan dan demam

Hi korang. cerita dimulai dengan bekal hari ni. first time bawak bekal nasi goreng for lunch sebab biasanya kan cepat berbau. microwave ada je, tapi I taktahu guna. kah. Ocin pun sama -___- so Mak pesan kena anginkan, kalau tak , berbau lah jawabnya btw Abah kan orang paling gagah dalam rumah tu. Ni beliau dah demam plus body aching, habis kosong fridge. I dengan Ocin mana reti nak shopping groceries. kang alih alih pergi ke bahagian jajan -___- tu kami pakar lah. nak pilih beras kurang hancur lah blablabla memang tak reti. huwaa dah takde lauk T_T okay pasal salah percaturan tu, I nak cerita pasal si Lihin. pepagi buta dah tergolek golek I kan selalu nak kurung Lihin, taknak bagi dia bercampur gaul dengan budak sebaya dia ke apa ke sebab mostly dorang ada siblings yang lebih besar, so cara main macam budak besar. I taknak dorang tolak Lihin and jatuh ke apa ke. hish memang tak lah. so even ada 3,4 bebudak selalu jengah kat pintu rumah , I takkan bagi dorang be

tabiat malas membaca

Hi korang.  Korang pernah tak advertise apa apa. or maybe korang ada online business ke. or korang selalu tengok kat page seller ke  perasan tak kewujudan makhluk malas membaca T_________________T kalau I iklan kan baju blablabla. dah ada ukuran, ditanya lagi size berapa. ya Allah !!!!. dah ada harga siap postage SM/SS atau dalam english WM/EM tetiba ada wassap masuk "baju yang blablabla kalau pos kat Cheras berapa ye?" " so kalau campur postage berapa ?" *istighfar* itu salah satu sebab I on off online business sebab I bukan penyabar. kang kena viral pulak seller biadab kan.  makan bersuap! bukan takleh kira sendiri. baju Rm 40 + RM 9 postage. berapa ?  pastu I kan ada rumah kat Bukit Beruntung. sedara mara siap ajar lagi I iklankan kat website. I bukan tak tahu, dulu kan memang I kerja property agent. tapi I malas nak melayan benda macam ni lah. lagi lagi my parents tak pandai SMS/ Whatsapp ni. kalau mesej pagi, I balik ker

Resepi Ayam Goreng Kunyit Mudah Sedap

Resepi Ayam Goreng Kunyit Mudah Sedap one of my fav untuk dimasak. sebab senang sangat. dulu I geli bila dengar menu ni sebab I terbayang rasa kunyit. Bila tengok Ocin selalu order, I pun jadi hantu jugak. tapi bila dah tahu resepi I dah tak pernah order kat kedai sebab senang sangat. bazir je RM 6.50 gua. hahaha 4 ketul dada ayam- I amek je bahagian yang ada isi 3 batang kacang panjang 1/2 batang carrot 1/2 sudu serbuk kunyit garam bawang besar & bawang putih - nak kena tulis ke? -___- Cara Cara Gaul ayam dengan  serbuk kunyit dan garam, goreng hingga garing. ketepikan Tumis bawang sampai naik minyak, masukkan sayur yang dihiris tadi.  tabur garam. bila sayur dah empuk, masukkan ayam yang dah siap digoreng tadi. siap . p/s: sambil tu rasa lah dulu, terlebih masin ke apa ke. kalau tawar sangat pun tak sedap jugak. hiks  tadaaa. siaplah resepi orang malas. hiks

Ayam Penyet

Hi korang.  dari last week dah sebut sebut Ayam Penyet. lamanya oi tak makan. tapi sekarang my parents tak sihat, abah pun malas keluar, dengan kereta nak rosak rosak manja waktu gaji ni -___- Maira dengan rashes nya . so Abah dengan Maira dok umah la. sian Abah. dia memang suka betul makan Ayam Penyet. tak pernah tolak. kalau tempat lain dia tak berapa gemor. 3 tempat dia suka Kepsi, Ayam Penyet and Murni . hehhee Lambat betul -__- tapi baguslah sebab ayam memang panas lagi, yummy. Actually I paling suka kat Curve tu. Warong Penyet ke apa namanya entah. yang ni second option la. dekat je pun dengan rumah. I ni kira baru nak start makan secara normal la. tapi semalam nafsu membara betul. dapat je ayam terus flatlay dulu. nasik pulak sampai. amek gambar jap pastu zap, terus makan. laki dengan anak pun I tak pedulikkan . hahaha Ocin yang kehulu hilir amek extra plate untuk Lihin, bagi nasik and ayam I macam konfiden lah cakap, nasi dia banyak sangat. I kan maka

BBQ Sg. Gabai

* entry ni terperap dalam draft dah setahun dah -_- so marilah kita teruskan penceritaan , hopefully masih ingat fakta. gambar memang tak banyak sebab masa tu still freehair.  uolls, CNY lepas gi mana ? this year memang banyak cuti berderet kan? tinggal sediakan duit je lah. I memang blur nak pergi mana. first sebab ada problem sikit yang menyebab kan financial jadi senget sebelah. second, I tengah stress pasal PTPTN =.= 3rd, kompem lah mahal. I dah tengok apartment P.D biasa RM 200++ tetiba jadi RM 500. gila kau. makan lagi, petrol. toll. haih. I survey Cameron, mangai yang kat Brinchang macam takde. semua yang stok atas bukit kot yang sampai 1k per night. aiyoo gaji sebulan wehhh. actually boleh try walk in tapi taknak lah amek risiko. Jadi petang tu jugak I terfikir nak barbque cuma tak pasti sungai mana. dulu zaman bercinta selalu kat Ulu Yam. tapi tu bawak diri. ni nak bawak orang tua dan bayi. erk . kemensah memang out la sebab jalan dia ke dalam kan? I tak pernah p

Resepi Ginger Chicken

Hi korang, kita bertemu lagi dalam scheduled entry. gtew I nak share resepi simple dalam dunia ni. dulu dalam blog lama I ada cerita kan I kerja cooking demo. alaa I promote double sided pan actually. ni sebelum wujud Pemanggang Ajaib kot. brand dari Korea. so boss I selalu bekalkan ayam , untuk di bakar dan di demo perap ayam senang je, sambil selfie pun boleh buat Bahan Perapan ( at least 30min before) Sos Hoisin Halia Blackpepper Cara-Cara Lumur sos ke keseluruhan ayam. halia tu hiris macam wedges pastu selit lah kat celah ayam atau di mana mana je lah. yelah ada orang suka ratah halia begitu sahaja.  Kalau korang bakar sekor ayam, memang dah penuh dah double sided pan tu. tapi kalau bakar half je, ada space lagi. boleh lah letak potato sekali. jagung pun boleh. nak tabur blackpepper pun boleh. ikut cita rasa. I bagi basic je . ni pun dah sedap Masa bergantung pada api/suhu kita lah. I pakai api slow. Boss I dah SMS awal awal remind suruh pak

random Thursday #1

Kids, if you guys wonder what your parents actually do at this hour, this is the answer opss now wonder lah orang cakap kerja office ni menggemukkan. dah lah duduk je. pastu bawah aircond sejuk. asyik nak nguyah je. dapat kerepek ke. perghh sedapnya. petang petang ada jual pisang goreng, nasi lemak. sapa nak diet tu say babai lah eheh tu kata kata orang takde displin tau.  okay ni random share je. I terbaca kat Facebook and rasanya bermanfaat untuk dikongsi Tiba tiba I rasa sedih teringat mak abah. senang touching pulak. maklumlah dah jadi mak mak ni kan. 

KRT- conversation suami dan kawan

Tengah scroll newsfeed tengok orang share benda ni. mendidih pulak I. aduhai. kenapalah wujud conversation sebodoh ni kan?Memang I nak mencarut panjang panjang. yelah , kita ni pompuan. kalau tengok pompuan lain sedih , sakit. kita pun rasa lah. tapi pelik wujud manusia macam dua ekor betina tu kan? jadah betul lah menjatuhkan harga diri sendiri. dah lah main dengan random guy. I mean kalau boipreng sendiri tu lain cerita (tidak I tak menghalalkan okey, cuma cerita berbeza) , tapi ni random guy yang kau taktahu latar belakang. entah mamat dadah yang cucuk tu ke, entah laki orang? entah bini dia bunting ke dalam pantang ke? tengah nazak kat labor room ke? adoi siap boleh payung hotel weh. menggelegaknya I -____- hotel paling cikai pun dekat seratus jugak. kaya betul kau. rasanya pelacur lagi bagus, at least dorang henjut sana sini dapat duit silap silap dapat riban. ni dah lah free, tanggung jantan tu lagi. apa modal jantan tu? Tak kisahlah conversation ni betul atau dibuat

Resepi Telur Kentang Hailam

Telur Kentang Hailam credit resepi asal : YnaMeor   Hi korang. wah pepagi dah tepek makanan kan. resepi ni memang sesuai ler sangat untuk budak budak sebab tak pedas langsung. ada rasa blackpepper sikit tapi kita boleh adjust kan. I makan dengan sambal tumis ikan bilis. yummy. memang masuk Bahan - Bahan 2 ulas bawang putih  halia- dihiris 1 biji bawang besar 1 biji kentang  3 biji telur 1 cawan air 1 sudu sos tiram 3 sudu kicap - tak letak pun sedikit lada hitam dan lada sulah garam, gula Cara- Cara 1. Tumis bawang + halia sampai garing. masuk air + kentang 2. Masukkan sos tiram + kicap + gula + garam + lada sulah 3. pecahkan telur. masuk lada hitam SIAP!!! Tadaaa simple kan? sesuai untuk budak budak dan orang yang tak makan pedas. memang sedap.  lunchbox today Today bangun terlewat sikit, mak dah siap rebus macaroni and prepare bahan. I tinggal goreng ja. macam biasa I dah bedal siap siap. so tapau untuk Ocin je. nasi sikit s

Resepi Nasi Goreng Cina Sedap Senang

Morning korang. Ha, semalam I jumpa resepi Nasi Goreng Cina kat Page mana entah. orang dok share share kat newsfeed I ni lah. pastu saja try buat. ni versi cincai sebab I takde minyak bijan and udang/ayam pun takde. memang togel lah. ahh togel janji sedap. Bahan Bahan Tumis (ditumbuk) 2 ulas bawang besar 1 ulas bawang putih satu sudu lada hitam ( I masuk masa tumis sebab I pakai serbuk) 2 cawan nasi mix vege ( I potong dadu carrot dan kacang panjang) 1 sudu sos tiram 1 biji telur gigih betul I potong. sapa tak makan I kecik hati -__- Cara - Cara 1. Tumis bawang yang telah ditumbuk, masukkan sesudu serbuk lada hitam.  2. Bila dah naik bau, pecahkan telur. biarkan dia half cook, lepas tu kacau supaya dia rata. 3. Masukkan mix vege. kalau ada perencah boleh lah masuk time ni jugak 4.Masuk sos tiram. gaul rata. Masukkan nasi, garam dan gula. kena rasa jugak ye sebab takut extra manis kang.  yummy tengok telur pun dah sedap hahaha.

tempat lepak weekend untuk kami

weekend yang bosan teringat kalau masa zaman sekolah, Sabtu ni ialah hari wajib keluar. soalan wajib ditujukan pada member lepak ialah "sabtu ni lepak mana oi?" citt nampak sangat muka lepak kan I ni. nasib I dah kahwin, kalau belum mesti takde orang nak buat menantu. eh eh apesal pulak. anak dia confirm kaki lepak, jangan nak seksis terhadap perempuan pulak. lelaki lepak, perempuan lepak. tapi jaga batas.  kalau zaman Myspace dulu, port lepak famous selain BB Monorel (depan Maybank) haruslah di KLCC. zaman tu mana ada Pavilion lagi. Pavi tu wujud masa I Form 4 kot. tapi jadah lepak Pavi entah, lepak sambil berdiri. hahahaha . I prefer lepak taman KLCC. ada tempat duduk. pastu pegi minum kat mamak Wisma Central atau Pelita. tapi selalunya I prefer tengok movie lah. memang wajib setiap minggu. selalunya memang KLCC kalau nak midnight movie. sekali sekala je ke Sunway , Midvalley or OU. agaknya masa lepak OU tu I ada selisih bahu dengan Ocin tapi waktu tu

wassap penting ke?

Zaman sekarang, zaman whatsapp yang serba canggih ni kan kalau ada orang tak pakai whatsapp korang nak marah ke apa? teknologi is there. yes tapi setiap orang ada hak. I selalu anggap wassap ni sebagai sampingan dan sangat menganggu kehidupan. gtew. ye I ada online biz tapi part time je and bila ada stock memang I akan online 24/7 tapi kalau I takde stock I tak heran pasal wassap. I benci bila orang nak jadikan apps ni sebagai medium formal. okay kita bukan cakap pasal discussion antara ahli jawatankuasa ke. I bagi contoh; attendance. kekadang nyampah jugak orang bagi attendance via whatsapp ni. actually I tak kisah tapi dia kena bertanggungjawab terhadap diri sendirilah. kalau dia wassap I 8am , I tak janji akan baca on the dot. boleh jadi 8pm baru baca. kekadang Ocin amek phone I sebab dia selalu taktahu mana dia letak phone dia. so biarlah dia kan.  kekadang kalau I taknak gangguan , I akan off data. pastu orang cakap, "jadah pakai smartphone off data