Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Merintis Harapan: OCREVUS® - Pilihan Rawatan Baharu untuk Pesakit Sklerosis Berbilang

Gegirl Bagitahu Ada Budak Lelaki Pegang Dia Punya?

So memang kebiasaan Gegirl akan cerita apa jadi kat sekolah. Ada budak taknak makan, ada budak jatuh longkang, ada budak kena marah. Tadi macam biasa bercerita lepas tu dia cakap  "Mommy tadi kawan Abang pegang kote Gegirl" (I tak ajar sebutan yang betul utk private part. Kote/ Siput ni pun orang tua mana ajar sibuk je grrr. But I remind her jangan sebut word tu depan orang. Mommy jugak malu nanti) I terkejut gila. I tanya Abang betul ke? Abang kata ye. Berkali kali I ulang. Abang kata dia tengah makan kat dapur time tu, so dia taktahu tapi kawan dia yang bagitahu sendiri.  Time tu I fikir nak marah je. weh tak kelakar lah main pegang pegang orang punya. I tanya Gegirl what happen next? Gegirl sambil gelak cakap  "Gegirl pun pegang dia punya" aduh. time ni memang I terjerit jerit. I nak rekod, tapi dorang dok gelak gelak Sila Bertenang Ye, dalam situasi macam ni kena bertenang. I hantar Whatsapp panjang kat cikgu dia clarify pasal

OOTD Dengan Baju Doraemon

Hey guys. as promised, I nak share gambar OOTD I dengan baju baju Doraemon dari LoL My Town hari tu.  Terlepas post tu? Meh baca sini Beli Tshirt Doraemon Yang Original   Fabrik memang sangat comfy. Kata pun 100% cotton kan. I siap pakai cardigan di luar tapi masih lagi selesa. Jangan salah faham, semua design memang short sleeve. I lapiskan dengan baju lengan panjang di dalam. Dan I ambil Men cutting. So tak ikut shape badan sangat.  Yang penting maintain comel gtew Korang boleh usha IG mereka atau terus ke store berdekatan okay. Banyak lagi design comel dan menarik   Toodles, xoxo

Makan di Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit

Pernah tak dengar Ayam Goreng Kunyit Mat Rock I rasa ni kira famous jugak lah, memang favourite kebanyakkan orang tak kira bangsa dan agama gtew hehe Selalunya I beli di trak je . Merata jugak lokasi trak ni antaranya Jalan Yap Kwan Seng (opposite Ambank) lepas tu di Tapak dan juga opposite Berjaya Times Square Ha kali ni nak cuba makan di kedai dia pula. Lama dah dengar orang cakap pasal kedai ni, tapi malas betoi sebab jarang lalu area situ hahaa. ala dekat dekat dengan sekolah Aminuddin Baki tu.  Ni lepas hantar bebudak sekolah, ajaklah Atok pergi singgah kejap. Plus, I memang taknak bertembung dengan orang keluar lunch. Confirm ramai Mula mula macam was was lah, sebab masa search kat Waze tu siap keluar review 'slow service'. Canggih betoi nak review zaman ni kan haha. Tapi I macam takpela kalau slow pun, takde rushing parking hampeh Time sampai tu ada lah 3,4 pasangan pelanggan. Tapi pekerja ramai weh. Sampai segan nak snap gambo. semua b

Ulang Tahun Media Sosial | Dah Berapa Umur Media Sosial Korang?

Hi gais. Pernah tak check berapa lama korang dah pakai social media ni?  Facebook (2008) 21.01.19 I dapat notification katanya I dah join FB ni 11 tahun lalu. LOL. cepatnyaa So maknanya masa tu umur I 17 tahun lah? Tahun 2008. I sendiri tak ingat. Rasanya ikut trend je kot. Time tu masih active Myspace lagi. So bila orang sebut sebut pasal Facebook , I register je lah. Padahal blur apakejadahlah Facebook ni. Its abit ... err not abit lah but so much different from Myspace. Dengan wall , status update bagai. Memang pelik. Rasanya I pernah terkomen kat conversation orang kot. Contoh ada mamat tu say Hi kat wall kawan I, and ianya appear kat I punya newsfeed. Dia tanya umur berapa duduk mana, so I pergi jawab. Kahkah malu ler. And zaman tu kalau nak borak, kita takkan berbalas komen macam sekarang. Macam I nak borak dengan si A, I akan tulis kat wall dia. Dia nak reply/ jawab kat I, dia pergi kat wall I. kira kalau nak stalk orang time tu memang payah , kena gigih

120119 | Random Weekend

Popular Post : Mandi Manda Di Kolam KLCC (2016) Santai Weekend (2016) Haluuu, tengah kerja ke tu? Kahkah soalan mintak penampar kan? Last few weeks, I bawa kids pergi kolam KLCC. Lama benau tak bawak depa mandi kolam. Pergi naik train, ha memang suka lah dorang. Naik bas+ train. Actually rumah I ke KLCC dekat je tapi sebab naik public transport kan, kena tukar tukar pulak jadi lama Bawa 2 ketul ni je. Tak larat aih bawa Ash. Plus I dengan my mom je.  Ni pun I siap bayar tambang depa walaupun kecik lagi. Dahlah kat train kena tambang dewasa T-T takde special rate lol. Bukan apa, I segan jugak bila bawa anak berderet pastu orang pandang. Kita conquer seat kan. So ni I bayo, apa apa I can fight "dorang bayo tambang" kahkah. I tak duduk takpe, bebudak ni I bagi duduk seat masing masing.  I sampai kira pagi jugaklah. Konon nak gerak pukul 8am, hurm nan hadoo. Dengan dengan I terlajak bangun. Tapi kira okay, awal lah jugak macam beach girl pulak I tengo

Beli T-Shirt Doraemon Yang Original Di LOL MyTown

Hi everyone. I ni memang peminat setia Doraemon. Kiranya I memang membesar dengan kartun ni lah. Segala komik, siri TV semua I suka. I percaya ada di antara kita ni memang peminat dan pengumpul tegar barangan Doraemon kan? Ha kalau collector ni, feeling dia lain macam tu. Semua benda wajib Original uolls. Tak main beli yang cetak rompak ni Jadi I nak introduce korang kat satu kedai ni; LOL yang terletak di MyTown. Ianya merupakan official store untuk T-Shirt Doraemon.  Masuk masuk je mesti excited , sebab banyak sangat design comel dan menarik untuk korang pilih Men Section I prefer Men shirt sebab lebih longgar. Al maklumlah hijabista kan *flip shawl*. Tapi kalau korang suka yang ada ladies cutting, dont worry okay I ada snap gambar khas untuk korang. nampak tak cameraman I kurang inci kahkahkah Kain cotton memang sedap pegang. Harga pun super affordable .  Kids Section Comel tak baju yang Lihin pegang tu? Ha yang tu T-shirt untuk kid

Susah Senang Hidup Lepas Kahwin| Personal

Kenangan Baru Kahwin Sambil sambil tu nak jugak throwback kenangan I time baru kahwin. I pernah cerita kan I memang tak tahu masak. Tahap petik gas stove tu pun tak pernah. Jadi baru kahwin ( lepas nikah duduk rumah I, lepas tu pindah Damansara)  Tak silap I masa tu Ocin tak kerja. I pun tak kerja. kahkah . Kira freelance freelance je lah. So kalau takde job, memang burung hantu lah kami  Ocin ni idok lah pandai sangat masak. Tapi takat 'nak hidup' ni boleh lah. So dia akan masak nasi, pastu kami beli lauk. Mahal weh memang terasa mahal.  Ni kira mewah lah boleh beli 2 ekor ikan. kalau tak kekadang share je. Makan sekadar alas perut kan. I ni nak masak air buat air masak pun tak tahu. so air pun kena beli. lol. Pastu kami ada kucing tau. Biasa bahagian kepala tu I akan bagi dia. sobs I ingat ayat Ocin "kalau you tahu masak kan best, boleh beli lauk masak buat makan pagi sampai malam. Jimat sikit" grr geram pulak. ko dah tahu a

Cabaran 10 Tahun Di Media Sosial | Random

Wah hari ni meriah timeline dengan alkisah #10yearschallenge ye Ada yang upload gambar kenangan sendiri/ family/ kawan kawan, ada yang upload gambar main main (I la salah sorangnya) dan ada jugak yang dok perli. Lol Muka Cici 10 Tahun Lepas? Lol. Okay joking .  I takde risau mahupun segan upload gambar lama. Im pretty sure I 'kempis' sikit tapi tu lah takde satu pun gambo bertudung. Wahduh sabor je lah. Maka ini je lah yang boleh. Btw ni artis Meghan Nicole. I pun tak kenal artis mana hahah. Dulu kawan Ocin cakap muka dia macam I . kahkah. So kita amek gambo dia je lah Flashback 10 Tahun Lepas 10 tahun lepas , umur I 18 tahun. I rasa ni umur yang orang paling suka lah sebab dah 'legal' . eh jap. legal umur 21 kan? ah apa apa lah tapi im sure ramai menunggu sebab happy habis sekolah. Habis SPM I start kerja part time promoter for few month. March 2009 I kena pergi PLKN lol. Balik tu dalam June 2009 I rehat jap and further study July 2

Teman Baik Bayi Anda | Osh & Piper

Bukan senang nak pastikan anak-anak dapat perlindungan sebaiknya. Trust me, dah jadi Mak ni kalau boleh semua benda nak bagi yang terbaik untuk anak.  Contohnya dalam pemilihan sabun mandi. Kulit bayi ni sensitive dan sangat lembut. Oleh itu, kita kena peka dalam memilih. Antara banyak banyak jenama di pasaran, I paling suka Osh & Piper Head To Toe Wash. yeza boleh dijadikan sabun dan juga syampu. 2 in 1 uolls. - Tidak membahayakan alam sekitar (eco- friendly) - Tidak berminyak dan sangat mudah dibersihkan - Diformulasi sempurna agar tidak memedihkan mata - 100% selamat - Tiada bahan kimia, Tiada Paraben dan Tiada Minyak Mineral - Mengandungi bahan yang disahkan ECOCERT - Bahan bahan diasaskan dari tumbuh- tumbuhan - 5.5 p.H/ sesuai untuk kulit bayi dan kulit sensitive - 2 in 1 syampu dan juga sabun badan - sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan dan semua peringkat umur Berbanding orang dewasa, kulit bayi ni rapuh dan mudah menyerap air . Ia