Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Berbuka Puasa Di Neighbours Cafe, Bukit Indah Ampang

Morning gaisss Korang yang biasa area Ampang mesti pernah nampak kedai ni kn. Ala betul betul depan masjid Bukit Indah. I rasa dah agak lama kedai ni di sini. Cuma I je tak pernah masuk. Depa cakap western dia sedap So hari tu plan la dengan Rara and Bella nak jumpa. Memang paling dekat and strategic la. Rara stuck jem kat AKLEH, makanya I la orang pertama sampai. Jom order Kat sini ada menu special Ramadan tau. Tapi kawan I lagi suka yang menu biasa. Nasib boleh order jugak.  Butter-Full (Buttermilk Chicken) RM 13.90 Meat In Bowl Chicken Papplio Yang dalam mangkuk tu Baby Mashed (Mashed Potato). bau pun dah menggoda oi. Air pulak I order Cookies n Cream Ice Blended (RM 9) Rara bawa 2 anak. Si Bella bawak 1 anak. I je taknak bawak kahkahkah. sebab I tau, I takkan boleh handle. Bebudak ni kalau dah bergabung, meletop pom pom lah jawabnya Ni I boleh lah tolong handle kejap kejap. hahaha Lama dah weh kenal. Dari 2010 rasa

Persiapan Raya | #Part 1

Holla gais korang dah setel ke persiapan raya ni?  I ni sebenarnya dah beli sikit sikit dari awal. First nak elakkan kesesakan, Second , takut jugak poket sesak.  Maklumlah, 7 orang punya woi. Kalau sekaligus nak keluarkan duit pedih jugak. Plus ni tahun pertama I mengangkang di rumah. eh silap. Maksud I, jadi housewife kahkahkah Ha nak cerita ni. Lihin kalau orang tanya Mommy buat apa kat rumah ? or Mommy kerja apa? Dia jawab Mommy kerja tidur. amboi ko hahaha Kalau kenal I, tau lah I lah manusia paling susah tidur sekali. cis , pepandai ko ye Abang. Dah dah, potong duit raya. hahaha This year anak dara pandai dah request itu ini. Beliau nak kasut tinggi uolls sebab nak sama dengan Mommy (aww terharu jap jadi idola anak kahkah). Tapi yelah kasut tinggi memang tak elok. Kita yang dah besar ni pun boleh efek pinggang, ni kan pulak budak budak.  So I guess this is for OOTD je lah.  Maklumnlah anak iolls kan dah ada IG sendiri. hehe korang dah follow belum? Jo

Hadiah untuk Anak-Anak Dari Skiphop

Budak budak memang suka kalau dapat bag comel. Tak kira lah bag jalan atau sekolah. Bila ada bag dia punya excited tu berkali ganda Honestly I sendiri pun geram bila tengok benda comel ni. hiks, so hari tu scroll Lazada and nampak lah satu brand ni; SKIPHOP.  Ya Allah design semua cantik oi. Si Gegirl berkenan dengan Unicorn ni ha. Macam macam ada. Selain backpack, ada lunchbag, set makan ni dan juga botol air. semua comel. Ada corak lain jugak Geram kan? Sesuai la buat hadiah ke reward pencapaian anak anak ke.  Kalau korang berkenan boleh lah terjah Lazada okay. I tak pasti kat mana lagi ada jual. kalau offline maybe boleh try cari di Mothercare Toodles, xoxo

Aktiviti Mother's Day | Personal

Holla Hari tu Mother's Day tengok ramai betul upload gambar anak anak bagi surprise kan. Syoknya. Masa kecik pun selalu I buat macam tu kat my Mom. Walaupun dengan tulisan buruk and kertas macam belachan, Mak tetap simpan. hahaha Bebudak ni kecik lagi so memang tak tahu lah semua tu. Melainkan apaknya nak ajar. tapi takde pun , cis. So I ajar dorang wish (nampak tak Mommy paksa >,< ) lepas tu I ajak beraktiviti. Benda paling senang ialah pizza. Yeayy. Kebetulan ada crust dapat masa event hari tu, bahan lain pun ada so let's start! Mula mula I Google tu pasal topping sebab I totally have no idea nak letak apa. Maklumlah all this while tau order and makan je. Lepas tu ada nampak letak telur. tu kids excited. Okay jugak, cantik jugak kan Seronok pulak depa ni bergilir gilir buat. Ha ni baru lah dipanggil bonding ibu dan anak anak anak gtew. kahkah ko nampak sampai 3x anak? >,< si kecik pun nak buat  Patutnya pakai mozarella kan? Tapi

Kenali Potensi dan Emosi Anak Anak | Little Fingers

Rasanya semua ibu bapa sedia maklum kepentingan bonding antara parents dan anak anak. Yelah walaupun kita ni penat bekerja seharian, tapi perlu juga curi-curi masa untuk mengenali si kecil. Bonding ni penting untuk membantu proses pertumbuhan serta pembelajaran anak sedari awal usia. Satu program ditubuhkan yang dikenali sebagai Little Fingers bertujuan untuk melatih ibu bapa mengupas potensi dan mengenali emosi anak anak  dari usia 5 bulan. Ha, baru baru ini  Little Fingers telah mengadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Little Journey .  Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Little Journey Pertandingan ini adalah langkah pertama bagi pihak Little Fingers untuk melihat sendiri feedback dari ibu bapa yang menyertai program ini. Penyertaan yang diterima dari seluruh Malaysia sangat positif dan memberansangkan. Rata rata ibu bapa berpuas hati dengan respon yang diberi oleh anak masing-masing. ucapan dari Cikgu Ayu bacaan doa sebelum

Berbuka Puasa Di Improv Bistro

Last week Ive decided to try something different for iftar.  Ha kan biasa kalau buka puasa mesti lauk bufet, masakan di rumah ataupun lauk di bazar, kali ni I nak cuba Spanish dishes pulak. Dengar dengar Bistro di KL ada buat hidangan khas untuk buka puasa. Let's try! Improv Bistro ni terletak dalam Wisma Lim Foo Yong, Jalan Raja Chulan . La dekat je . Selalu lalu depan tu tapi tak tahu ada tempat lepak best macam ni. Kalau hari biasa, memang ni jadi 'port' lepak mengopi. Ha , sempena bulan Ramadan ni, mereka menyediakan hidangan untuk iftar. Masuk masuk je dah macam  'wow' sangat. Ambiance yang relax dan casual. Sesuai nak cari suasana baru untuk iftar. Spanish Paella For Iftar? Who's up for Paella? Okay Paella ni ialah hidangan Spanish yang mengandungi nasi, saffron dan seafood. Ianya dimasak bersama di dalam pan. Rasa dia? Haruslah sedap dan berbeza dengan hidangan tempatan kita. Paling penting pencinta seafood wajib try. Korang mest