Pernah tak transit di sesebuah negara tapi tak tahu nak buat apa? Ha korang yang kaki travel mesti boleh relate dengan situasi ni kan. Bila dah berpeluang singgah di negara tu takkan lah nak duduk di aiport je, mesti nak ambil peluang jalan jalan di tempat menarik.
Pengalaman Menyaksikan Bandaraya Kuala Lumpur
Tak lengkap percutian di Asia kalau tak melawat bandar besar Kuala Lumpur. Ha jangan risau pasal pengangkutan sebab sekarang ni Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bekerjasama dengan KL Hop-On Hop-Off demi kemudahan pada para pelancong dengan menyediakan pakej Discover Kuala Lumpur
Inisiatif Discover Kuala Lumpur ini juga mendapat sokongan dari Malaysia Airports sebagai usaha mereka mempromosikan kemasukan pelancong. Dah ada pakej macam ni, para pelancong dapat masuk ke pusat bandar dengan lebih mudah. Sambil-sambil tunggu transit/next flight tu dapatlah para pelancong melihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur. Mana lah tahu mereka berkenan nak kembali ke Malaysia untuk destinasi seterusnya.
Bas Hop-On Hop-Off ni masih mengekalkan konsep yang sama di mana para pelancong boleh turun atau menaiki bas dari mana mana hentian yang disukai dan voucher tiket sah dalam masa 24 jam.Jangan risau sebab ada penerangan yang akan diberi dalam Bahasa Inggeris.

Pakej Garden Route & City Route
Pakej ni terbahagi kepada dua; Garden Route & City Route. Kedua-duanya mengambil masa lebih kurang 2 jam bergantung kepada keadaan trafik. Para pelancong bebas memilih dan merancang perjalanan mereka bergantung pada waktu penerbangan seterusnya. Mudah kan kalau ada pakej yang fleksibel macam ni. Takdelah terganggu waktu perjalanan seterusnya.
Bagi pelancong yang berminat nak 'meneroka' Garden Route, mereka boleh terus ke hentian nombor 16 yang terletak di luar pintu masuk KL Sentral. Route ini akan membawa penumpang ke 15 lokasi bermula dari Muzium Negara dan melalui beberapa tarikan seperti Bangunan Perdana, Masjid Jamek dan Kampung Baru.
Kalau teringin nak merasai route lain boleh je. Boleh ke hentian Bukit Bintang dan join trip untuk City Route. Tapi kena pastikan korang ada lebih 10-jam waktu transit lah.
Untuk City Route pula, para pelancong akan dibawa ke 11 tarikan urban utama termasuk Bangunan Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur. Kalau nak merasai pengalaman beli-belah di Chinatown pun boleh tau.
Untuk maklumat lanjut atau pembelian , korang boleh lawati webiste rasmi HoHo bas
Hop-On Hop-Off

teringin nak naik hop on hop off bus, selalu nmpk foreigner je byk naik..hihi
ReplyDeletebtw done follow #156
ReplyDelete