Skip to main content

Kediaman Tepi Tasik Di Izara @ Bayu Sutera

Belajar Kraf di My Craft Studio Desa Park City

Kanak-kanak memang kuat daya imaginasi. Lebih tinggi daya imaginasi, lebih kreatif pemikiran mereka. Mereka belajar mengenali dunia dengan deria mereka sendiri. Salah satu cara untuk mereka belajar tentang persekitaran ialah dengan art & craft. 

Kalau sebut bab seni ni mesti ramai yang suka. Salah satu cara nak latih ataupun dedahkan anak-anak dengan art & craft ni ialah hantar ke Pusat Seni di bawah bimbingan cikgu terlatih. 

Konsep My Craft Studio

I berkesempatan join grand opening cawangan terbaru My Craft Studio di Desa Park City. Mesti korang familiar dengan nama ni kan? Sebenarnya My Craft Studio ada banyak cawangan seluruh Malaysia. Antaranya Ampang Point & Midvalley (KL) , Permas Jaya (JB), Lintas Plaza (Sabah) dan banyak lagi. Ha no wonder lah sounds familiar kan. 




Bagi yang belum tahu, My Craft Studio menawarkan kelas art & craft yang memberi peluang kepada anak-anak untuk berkreativiti. Bagus tau sebab kita memang kena bagi anak-anak ruang untuk express imaginasi mereka seawal usia 3 tahun.



Terdapat 2 program yang ditawarkan disini iaitu  Nursery Craft Course (NAC) dan Multicutural Craft Course (MCC)

Nursery Craft Course (NAC) [ 3-6 tahun]
Kos pembelajaran dalam program NAC ialah  berasaskan Konsep Montessori di mana mereka fokus pada perkembangan kanak-kanak semasa 'Sensitive Periods'. Material yang digunakan juga  disediakan mengikut keperluan kanak-kanak berdasarkan peringkat umur.

Di dalam program ini, kanak-kanak akan didedahkan dengan 

-kasih sayang dan kesabaran
-mengendalikan objek kecil
-displin dan adab
-perkembangan skill motor
- deria 
-susun & atur 
-mengatur ruang

Menarik bukan? Maknanya NAC bukan sahaja mengasah bakat kraf kanak-kanak tetapi juga mendidik mereka dengan memberi nilai pembelajaran dalam kaedah yang menyeronokkan. Ye lah , kanak-kanak ni kita kena pandai 'tackle' barulah mereka nak fokus dan memahami apa yang kita cuba sampaikan

Multicutural Craft Course (MCC) [7-12 tahun]

MCC merupakan kraftangan yang berasaskan pelbagai budaya di serata dunia. Pada setiap sesi, kanak-kanak diberi peluang untuk memakai seragam juruterbang bersama luggage dan juga memilik passport sendiri yang dikenali sebagai 'Travelling Craft Passport'

Mereka berpeluang menambah pengetahuan am dengan menonton pelbagai klip video mengenai geografi dan sejarah sesuatu tempat. 

Syoknya. I percaya anak-anak akan lebih seronok belajar dan tak sabar nak kembali ke kelas. 

Antara faedah menyertai program MCC 

1- platform terbaik membentuk kebolehan kanak-kanak untuk mencipta dan mengasa minda yang kreatif

2. berpeluang meneroka dan belajar menghormati budaya dari negara lain

3. kerja kraf bagus untuk kanak-kanak memerhati dan memperbaiki kordinasi mata dan tangan. 


Kenapa Kraf Baik Untuk Kanak-Kanak?

1.Mengasah Skill Kraf dan Merangsang Deria 


2. Bertindak Sebagai Terapi Psikologi


3. Membantu Mengimbangkan Perkembangan Otak


4. Menggalakkan daya kreativiti anak


5.Membentuk personaliti  kanak-kanak



Konsep Buku Bergambar & Melancong Untuk Kanak-Kanak

Di sini mereka mengamalkan konsep buku bergambar. Cara ini lebih unik dan efektif bagi menarik minat kanak-kanak. Kanak-kanak akan terdedah dengan cerita yang lebih menarik dan juga pelbagai budaya. 

Kedua konsep ini sangat berguna terutama ketika mengajar toddler yang masih belum pandai membaca. 

Unik kan? I pun tertarik dengan konsep yang mereka gunakan. Macam ni lah baru kanak-kanak focus dan berminat untuk belajar. 


Kat sini ada lebih kurang 12 pelajar dalam dan beberapa cikgu dalam 1 kelas. Biasanya kanak-kanak  diberi arahan dan mereka akan cuba untuk hasilkan kraf sendiri mengikut kreativiti. Bahan yang digunakan pula agak menarik seperti Polestrine, Rock Clay, Eva Foam Art dan banyak lagi. 


Seronok I tengok anak-anak cuba siapkan kraf mereka. Usaha sendiri tau tanpa bantuan sesiapa. Tapi jangan risau sebab cikgu cikgu sentiasa monitor di dalam kelas. 

Pegang painting brush ni pun salah satu cara mengasah motor skill anak-anak kecil. 





Honestly ni pengalaman pertama Gegirl 'bermain' dengan painting brush. But look at her, dia dapat pegang dengan baik atas bantuan cikgu. 

Seronok pulak dorang bermain dengan warna. Kat sini memang kanak-kanak diberi kebebasan untuk mengekperesikan imaginasi mereka. Hidung bentuk tiga segi ke, tangan ada 3 ke semua pun boleh. 




Cikgu cikgu kat sini semua child-friendly. So memang tak perlu risau kalau inii pertama kali anak korang join art class. Mereka akan bimbing dan cuba bantu mana yang boleh. Selebihnya kena berdikari lah. 





See, seronok anak-anak I dengan hasil craft sendiri. Trust me , balik je rumah non-stop cerita kat Atok dan Nanny tau. 


Konsep Reward

Kat sini juga mengamalkan konsep reward di mana kanak-kanak yang berjaya complete aktiviti akan diberi stamp. Dah dapat kumpul semua, bolehlah redeem apa apa contohnya neck pillow ke, pencil case ke. Menarik bukan?


Contact Info

Menarik kan? Selain dari mengisi masa lapang anak, boleh juga kita biarkan anak-anak kita belajar dan meneroka sesuatu yang baru dengan kawan kawan sebaya. Paling penting sambil belajar sambil berseronok



Address

My Craft Studio @ Desa Park City
FF33A, First Floor
The Waterfront @ Parkcity
No  Persiaran Residen
Desa Park City
55200 Kuala Lumpur

Cont
Whatsapp

Facebook


Don't forget to share your kids experience with art & craft . Have fun!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu