Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Kediaman Tepi Tasik Di Izara @ Bayu Sutera

We Are Pho Everyone di Phostreet

Vietnamese Food, anyone? Kalau sebut makanan Vietnam, mesti dah terbayang Beef Noodle yang famous tu, tak lupa juga Vietnam Spring Rolls yang jadi all time favourite kan.  Ha sekarang ni kalau rindu makanan Vietnam, tak payah susah payah terbang ke sana. Korang boleh dapatkan authentic Vietnamese Food di Phostreet Restoran ni ada 6 cawangan dan salah satunya di Mytown. Ha memang port lepak I sekeluarga lah. Suka ambiance restaurant ni yang sangat selesa. Paling penting child-friendly sebab ada baby-chair dan ruang yang selesa. Taklah risau anak-anak rimas. Kat sini ada pelbagai menu lazat dari Vietnam dari noodles hinggalah ke street snacks. Aduh terliur tengok gambar gambar makanan ni Pho Beef Combination Pho Beef Combination atau dikenali sebagai Beef Noodles direneh selama 8 jam dan dihidangkan bersama rice noodles yang diimport dari Vietnam. Kalau korang tengok, isi memang tak kedekut. Puas makan. Dalam tu ada handmade beefball, beef slice, shank, ten

Saychiizu Malaysia | Roti Bakar Unicorn Cantik dan Sedap

Holla gais Korang mesti pernah tengok roti viral ni kan. Biasalah typical Malaysian macam I, nampak tempat viral haruslah pergi.  Actually dah berbulan jugak lah. I ni cukup bercinta nak ke Midvalley, tapi gagahi juga pergi seawal 10am++ sebab taknak bersesak. Time sampai around 10.30am memang takde orang lagi. Yeayy!! Okay so kat sini korang boleh pilih ikut citarasa masing-masing. I memang dah aim 'Unicorn Fruit Toast' sebab colorful and Instagram-able gtew. Agak mahal berbanding yang lain, Tapi kang pilih warna lain tak nampak pulak waktu tarik, kahkah.  Ada kombo jugak di mana korang boleh ambil 1 toast+ 1 cheese drink = RM 15  So I pilih Peach. Kira yang atas tu cheese lah. ala ala Chizu di Sunway Pyramid tu . So sapa yang tiru sapa ni? hahaha Tapi kan, I bayar RM 18 untuk set ni. But I dont bother ask why -__- So total RM32+. For me I ambil single je. Share je lah air dengan Lihin. Anak gua tu pulak, aduh mulut mak nenek. Dia nak air

Skin Tightening Cream Untuk Hilangkan Selulit | All About Coco

Kalau sebut pasal perut menggeleber dan buncit , rasanya kebanyakkan perempuan akan alami benda yang sama tak kiralah sebelum atau selepas bersalin. Lepas bersalin anak no 3, rasanya makin obvious pulak. Sumpah stress.  I ada terbaca pasal 1 produk ni. Nampak menarik paling penting berasaskan bahan alami. I ni kalau benda benda semulajadi ni memang laju je nak try. Skin Tightening Cream -  Memulihkan Ketegangan Kulit Krim ini menggabungkan bahan semulajadi yang memberikan khasiat awet muda dan keremajaan kulit, serta merta dapat menghaluskan garisan dan menjadikan kulit lebih lembut. Kalau korang boleh tengok tekstur krim ni sangat 'thick' dan paling penting mudah diserap. Kulit korang serta merta akan rasa lembut dan 'moist'. Secara tak langsung, kulit tubuh akan nampak lebih sihat dan awet muda.  Khasiat Skin Tightening Cream I percaya semua orang idamkan kulit dan tubuh yang cantik especially mak mak yang baru lepas bersalin. Ye la

Pengalaman di Sandee Room. Hatyai

Hola gais Lepas je book flight ticket ke Hatyai, I terus cari hotel. Memang aim nak yang murah and kalau boleh nak walking distance ke semua tempat. Gtew Kalau tengok yang famous mestilah The Train Hotel dan Lee Garden. Tapi entah macam tak berkenan. so kita cuba cari lain Search kat Booking.com, jumpa lah Sandee Room. Harga not bad. Try cari review blog takde. adoi. Tapi baca review kat site okay, so pasrah lah. I memang taknak letak apa apa high expectation dengan harga macam tu. Janji private bathroom, sudahlah. Hotel kami terletak di corner lot macam ni. Walking distance from Odean Mall Memang sangat dekat. Mall ni lebih kurang macam Sogo lah gtew. Lepas tu sederet tu juga ada 7E, farmasi, Watson; eh kira dekat dengan semua lah Walau terletak tepi jalan macam ni, tak dengar bunyi bising langsung. Bahagia lah korang tidur. Untuk I tak lah sebab I suka bising T_T Yang signboard kuning tu Restoran muslim food. Ha senang kan nak dapat makanan.  Masu

SaSa Beauty Around The World

Siapa yang tak kenal dengan kedai Sasa kan, Memang dah well known dan establish. Kalau sebut je Sasa dah terbayang pelbagai jenis skincare, barangan makeup dan juga wangian. So hari tu I join event Sasa sempena kempen Beauty Around The Wold. Ha maknanya ada pelbagai barangan dari pelbagai negara ada kat sini. Wow tak sabarnya. Wangian dari Princesse ni memang wangi dan sangat lembut. Botol pun nampak cantik dan mewah.  Barangan Nightlabs ni berasal dari Malaysia. I ada berkenan dengan makeup remover dan peeling gel dia. Nanti I share ye Kat sini juga disediakan pelbagai aktiviti dan mainan. Ha stress aku main benda ni tak lepas lepas Cantik kan lipstick ni? Ia berubah warna mengikut suhu badan kita.  I loveee this! I memang dah lama stop warnakan kuku. Tapi kekadang teringin nak kuku panjang and lawa lawa. So yang ni memang cun lah. Bila nak photoshoot boleh pakai.  Honestly I baru tahu Mercedez-Benz ada perfume tau. Ive tried thei

Lepak Family Mart Lepas Balik Sekolah | Random

Hari tu balik sekolah saja lah I ajak depa lepak kat Family Mart. Tak pernah lagi duduk kat dalam ni, selalu beli dan belah je Niat asalnya nak jumpa BFF I si Jue ni. Dia baru balik mengajar Taekwando and nak pass souvenir Hatyai sekali Tengoklah muka Gegirl tu. Macam dah telan ailio tengok makanan. Tapi bukannya makan sangat pun Aiskem baru tu. Not bad jugak. Memula decide beli 2, so kalau kids taknak kami yang dewasa ni habiskan. Sekali depa cakap sodapp. LOL tak merasa lah kami nasib dah jilat sikit Suka pulak korang kan lepak lepak macam ni. Kalau tengok dari harga, sesekali boleh la woi. Yelah boleh tahan harga jajan kat sini, coklat pun extra vaganza harga dia Tapi selesa lah sebab ada aircond, ada plug. HEHEHE Okay tu je. Nanti ada masa lepak lagi okay.  Korang pernah ke lepak dalam ni? Ke korang jenis macam I; beli dan belah? Toodles, xoxo 

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap