Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Happy 2020 Korang!

Assalam everyone Lama rasanya takde personal entry. Actually tak sempat. Sekarang I focus kat IG and Youtube. kalau ada kerja blog kenalah menaip di cyber cafe. Happy 2020 everyone!!! 2019 I teruk. Sangat teruk I can say paling teruk dalam sejarah hidup I Azam 2020 I cuma nak fokus pada hidup I, no longer happykan orang sampai hati I terseksa. Of course happykan makpak dan anak anak I 3 ketul tu je Awal 2020 ni sama je macam hujung 2019 hari tu. Cuma maybe sebab I dah amalkan sikap 'pergi mampus' , so okay sikittttt lah. Harapnya getting better. I kena extra kuat demi anak anak. Betul ke betul? hehehe  Daily Routine? Kalau korang follow IG Story I, mesti korang perasan this year kerja I jadi supir untuk anak anak kan? Ha Ha Ha , This is what I wanted all this while.Selalu cakap seronoknya dapat amek hantar anak sekolah, seronoknya dapat luangkan masa dengan anak anak.  Don't get me wrong, I tak pernah rendahkan surirumah or cakap s

Selidik Kesahihan Sebelum Berkongsi- MelakaKini

Holla Hari tu ada reporter dari Melaka Kini contact I untuk topik ' Fake News' . Terkejut cheq. Tapi I okay je sebab topiknya pun memang ada kena mengena dengan bidang I. Wah bidang gitchew.  Baca Artikel Penuh: Melaka Kini So ingat gais, kalau ternampak apa apa perkongsian  (social media share) tak kisah lah dari Facebook ke Whatsapp ke silalah selidik dulu I selalunya kalau benda tu takde melibatkan I/ hidup I, I memang akan ignore. Contoh bantuan perubatan untuk blablabla. Ha which is I tau I golongan takde kena mengena I ignore je lah. Tapi kalau benda tu ada berkaitan, let say perihal anak masuk sekolah tiba tiba viral ada sistem baru ke apa ke ha haruslah I Google segala tempat mencari info. I benda benda berantai ni kurang percaya. I lagi suka cari di website rasmi ataupun tunggu portal akhbar yang update. Ha barulah reliable.  I tau ada sesetengahnya takleh dikawal. Contohnya warga emas yang jenis suka copy paste. Aduh takkan nak d

Corn Strip Sedap Dari Mission Food

Rip, Strip and Skip The Dip Ha amenda tu ? Dah macam rap pulak kan Ha gais actually I tengah happy sebab Mission Food ada Corn Strip baru . Ada 3 perasa kegemaran yang memang uumppphhh sangat.  3 Perisa Kebabomm Memang kebabom lah sebab ketiga tiga sedap. I dah try 3 sekali tau. - Tom Yum - Peri Peri - Spicy Szechuan Seafood I paling suka rasa Spicy Szechuan Seafood . Sedap sangat dan menepati citarasa I  Perisa Kegemaran Rakyat Malaysia  Tom Yum ni rasa dia ala ala Thai Food giteww.  Ada manis, masin, masam dan pedas. Ala ala masak tomyam tu ada rasa limau purut,lengkuas, lime juice dan sos ikan. One bite je korang boleh rasa sensasi tu. Peri Peri pulak ada rasa citrus dan lime. Ha sesuai la kalau korang jenis suka rasa tangy tangy gitchewww. Untuk penggemar rasa peppercorn pedas, serbuk chili, seafood dan spices korang boleh cuba Szechuan Spicy Seafood . Yumms sedappp oii Semestinya kesemua ni perisa kegemaran rakyat Malaysia, kan?

Jom Makan Fortune Burger Di Marrybrown

Hey jom makan burger!!! Ha musim perayaan dan cuti panjang ni semestinya kita nak habiskan masa dengan keluarga dan orang tersayang kan. Ye lah masa ni lah nak makan makan dan habiskan masa bersama .  Jom bawa yang tersayang ke Marrybrown sebab ada burger best wehhh Let's Kongsi Fortune With Fortune Burger Yes, sekarang Marrybrown ada Fortune Burger . Korang boleh pilih mengikut citarasa sama ada blackpepper ataupun cheese.  Boleh imagine tak patty burger dimasak crispy di luar dan lembut di dalam, rasa patty yang penuh juicy. Fuhh. Gigitan pertama tu ibarat cinta pertama lah.  Bagi pencinta blackpepper, taraa rasa sos blackpepper digandingkan dengan cendawan dan bawang. Fuh ngam. Memang gandingan mantap.  Bagi pencinta cheese, this is totally for you gais. sos Cheeese dengan salad yang crunchy dan segar. Memang favourite anak-anak I lah ni.  Paling penting, keduanya diapit oleh sesame bun yang fresh dan lembut. Baru lah layaannn.  Se

Dr Sheva Erage Gel Untuk Kulit Cantik

Setiap wanita impikan kulit wajah cantik, tegang dan licin. Kadang-kadang kita sanggup habiskan ribuan ringgit untuk cuba pelbagai jenis rawatan dan produk tapi tak sesuai malahan lebih teruk lagi Personally I lebih suka produk yang berasaskan bahan semulajadi. Sekurang-kurangnya kita tahu ianya diperbuat dari apa dan sumber utama produk tersebut Baru baru ini I diperkenalkan dengan satu produk dari Jepun iaitu Dr Sheva. Berasaskan sumber semulajadi iaitu ikan tuna, produk ini memang kaya dengan kolagen.  Kebaikan Ikan Tuna I rasa kebanyakkan dari kita tahu yang ikan tuna memang banyak kebaikan bukan sahaja kesihatan dalaman tapi juga untuk kecantikan kulit wajah. Ha jangan tak tahu ikan tuna kaya dengan nutrisi dan protein yang diperlukan kulit tau. Dan sekurang-kurangnya kita tahu produk ini diperbuat dari sumber yang dipercayai Kepentingan Elastin Untuk Tubuh Dan Kulit Semakin meningkat usia. ketegangan kulit semakin hilang dan mula kendur. Ini adala

Buah-Buahan Musim Panas Australia | Kempen Taste Australia

Siapa pencinta buah-buahan segar Australia kat sini? Musim panas Australia kembali lagi. Seperti tahun tahun sebelumnya, para peminat buahan segar musim panas dari Australia pastinya menunggu waktu ini. Ha time ni lah kita berpeluang merasai pelbagai jenis buah-buahan seperti peaches, plum, nectarines dan apricots.  Pada I sendiri, rasa buah-buahan Australia ni memang agak unik. Ia lebih segar, juicy dan lebih manis. Mungkin ianya disebabkan oleh iklim dan musim panas yang berbeza dengan tempat lain. Ha no wonder lah buah-buahnya segar dan enak   Nikmati Dengan Pelbagai Cara Korang prefer makan buah macam mana? Ada orang jenis suka makan macam tu je. Ada yang suka buat jem dan makan dengan roti. Yumms sedapnya.  Bukan tu je kalau korang nak tambahkan dalam hidangan seperti campuran dalam salad ataupun baking, grilled, nak buat puri untuk anak anak atau nak buat jeruk, semua boleh.  Ha nak buat dessert pun cun jugak lagi lagi nak dekat musim perayaa

unifi Travel Pass- Pelan Data Tanpa Had Untuk Pelancong

Selalu kalau pergi travel, mesti nak cari SIM pack yang berkualiti dan berbaloi kan? Maklumlah kat negara orang , penting untuk mempunyai internet yang laju. Senang nak search info penting.  Para pelancong antarabangsa yang berkunjung ke Malaysia kini boleh mendaftar unifi Travel Pass, iaitu SIM pelancong bagi menikmati data berkelajuan tinggi tanpa had, sambungan ke wifi dan rancangan TV kegemaran anda Tawaran istimewa ini direalisasikan menerusi kerjasama di antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Tourism Malaysia untuk kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020, sejajar dengan komitmen untuk mencapai 30 juta kedatangan pengunjung dan RM 100 bilion perbelanjaan pelancong pada tahun 2020. Di bawah kerjasama yang terjalin, TM menerusi jenama Konvergens utamanya-unifi- memperkenalkan pelan unifi Mobile istimewa dikenali sebagai unifi Travel Pass. Pelancong bebas berhubung menggunakan data kelajuan tinggi tanpa had, akses kepada wifi tanpa had seluru negara menerusi wifi@unif

Minum Kopi Terbaik Di Qulu Qulu

Helloo gais, any KopiMonster here? Hari tu I saja lah nak try minuman dari Qulu Qulu. One of the reason ialah sebab I curious apa benda lah ni. Nama pun catchy. Comel ada, kelakar pun ada.  Rupanya Qulu Qulu ni ialah home-grown kopi-based brand.Yes, tak sangka ianya dari  ilham Malaysian sendiri. Unik Dan Menarik Bukan saja nama kedai Qulu Qulu tu menarik, tetapi nama menu pun comel comel tau. Cuba korang tengok menu di bawah. Semua catchy, senang diingati dan paling penting buat kita curious nak tahu rasa tu. Personally, I suka sangat perasa Cornella. Gabungan rasa Kopi, Corn, Caramel,Milk,Gula Melaka & Kopi Boba ni memang unik Masa mula-mula tu I memang tak dapat bayangkan bila corn bercampur dengan kopi? err risau jugak tak sedap. Tapi sekali sip,perghh ngam rasa dia tau. Memang semua campuran tu blend dengan baik sekali Selain tu I ada juga try Lemona; iaitu campuran Kopi, Lemon dan Soda. Sangat refreshing. Sesuailah waktu panas maca