Skip to main content

Kediaman Tepi Tasik Di Izara @ Bayu Sutera

Ayam Gangjeong | Menu Baru Di Marrybrown

Kancheong nak melancong dan food hunting di luar negara? Ha meh kita Gangjeong dulu di Marrybrown.


Marrybrown kembali dengan menu baru inspirasi dari Korea.Ha tak dapat makan makanan Korea, kita bawa makanan ala ala Korea ke Malaysia. 

Dengan konsep mengelillingi dunia, Marrybrown berhasrat untuk memperkenalkan makanan dari pelbagai pelusuk dunia dan perhentian yang pertama ialah  dengan budaya yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia iaitu Korea. Marrybrown membawakan Ayam Ganjeong yang disaluti sos pedas manis. Aduh , 2 rasa yang digabungkan dengan baik semestinya kena dengan citarasa semua orang. 

Antara pilihan untuk menu baru kali ini iaitu

a. Gangjeong Rice Bowl Combo- from RM11.90
b. Gangjeong Burger Combo- from RM15.90
c. 2-pc Gangjeong Chicken Combo- from RM17.90
d. 3-pc Gangjeong Chicken Combo- from RM21.90
e. Gangjeong Box- from RM25.80

Korang boleh pilih  untuk menikmati sama ada dua atau tiga ketul ayam dari Kombo Ayam Gangjeong yang bermula dengan harga RM 17.90. Prefer burger? Ha don't worry, ada juga burger yang dihidangkan dengan charcoal bun iaitu Kombo Burger Gangjeong yang bermula dengan harga RM 15.90. Semua kombo ini disajikan dengan Potato Wedges dan segelas Coca-Cola® Rasa Asli. 

Bagi mereka yang mahu menikmati kedua-dua Ayam Gangjeong dan Gangjeong Burger, Gangjeong Box adalah pilihan yang tepat. Set kombo ini dilengkapkan dengan Burger Gangjeong dan dua ketul Ayam Gangjeong, juga termasuk segelas Coca-Cola® Rasa Asli dan Potato Wedges, yang berharga RM 25.80.Those yang prefer makan nasi macam I ni ha, bolehlah mencuba Marrybrown Rice Bowl. Bermula dengan harga RM 11.90, Kombo Gangjeong Rice Bowl didatangkan dengan nasi kukus dan potongan ayam. 



I dah cuba ketiga-tiga menu ni dan semua menepati citarasa. Paling I suka nasi lah sebab I kan 'rice people' hahaha. 

Ada lebih kurang 1,000 yang dah pre-order dari jualan 4.4 Shopee yang lalu. Fuhh so korang pun jangan lepaskan peluang mencuba Ayam Gangjeong ni bermula dari 8 April 2021. 

Untuk maklumat lanjut, boleh follow Marrybrown di laman sosial mereka.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu