Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Dos Pertama Pfizer Di Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah Ampang

 Holla gais.

So alkisahnya Abah ni takmo daftar for vaxx sampailah Mak dah complete her second dose, barulah Abah kata okay.

Register 5/7, dapat appointment 13/7. Uishh cepat gila. 

Mula-mula dapat tu I macam "alamak dekatnya" . Yelah kalau dapat jauh bolehlah I menghantar. Tak dapat berjalan dapat drive jauh jauh pun happy. HAHAHAH

Walaupun sangat dekat, maybe less than 2KM tapi I tetap guna Waze. Dah bertahun tak masuk kampung sebelah, tak tahu belah mana ada Dewan Orang Ramai tuu. Waze bawa I pusing lalu depan Flat Taman Industri, Flat Sri Intan lepas tu pusing balik..? Hek elehh baik jalan terus je tadi -__- apoo

I risau sangat bab parking tapi tak payah risau. Korang tengok betapa luasnya tempat ni ha. Takdelah jauh sangat nak jalan, I tak paham kenapa orang pilih park tepi jalan? Its FREE gais. 



Whole process was smooth. Memang tampal  besau besau NO PHOTO/ NO VIDEO so I patuh. HAHAHA. Ingat macam nak ambil gambar Abah ke kerusi pun, rasa seram pulak sebab staff ramai dan tempat ni sempit tak macam exhibition centre tu. I rasa kat sini korang korek hidung pun orang boleh nampak eh ehh hahaha k gurau.

Mula mula kita masuk entrance tu, someone akan check appointment lepas tu suruh scan macam biasa. Next masuk dalam dan beratur (sambil duduk. Orang depan bangun kita pun sama bangun dan beralih). Dia akan tanya ada sakit apa apa ke alahan ke. Then next counter.  

Bagi form dan dia suruh cari meja untuk isi (pen disediakan but better bring your own pen lah). And I bawa tau Abah dapat Pfizer. wuuu. yelah sebab dia tak tulis, mana lah tau dapat apa. 

Next lagi dia check form betul ke tidak. and next dia akan mintak IC.

From one station to another station memang sangat dekat, selangkah je weh hahaha. So lepas last station, kena que masuk dewan. (sambil duduk lah)

And kat sini masa nak masuk ada staff tanya I (I dont know why meee, ramai lagi bawa penjaga)

"berapa orang nak vaccine?"
"Ayah sorang"
"Okay kalau Ayah je masuk sorang boleh?"
" Boleh je, tapi MySejahtera dekat I"
"Ohh pasal tu takpe. Nanti akan ada sukarelawan tolong update manually"
"I see, kalau macam tu okaylah"

So Abah masuk sorang (I tak pasti berapa kaunter kat dalam tu before vaccine) and I disuruh tunggu di pintu keluar

Ni lah pintu keluar, ada khemah, kerusi. DEPAN TANDAS GAIS! hahahahaha



Sekejap je pun. Cuma yelah dia tak macam Mines tu ber-ekon. Ni basah jugak lah ketiak duduk bawah khemah -_- walaupun baru lepas hujan. 

Whole process yang I cerita tadi semua bawah khemah ye. Ni ha khemah yang I cakap. Tu photobooth dia. pelik betul hahahah. I pilih photobooth dekat dengan pintu keluar. 

gambar ni macam pelik sebab I guna wide-angle camera. hahah I pun terkejut kenapa postur badan Abah lain


Actually I risau lah just in case takde update ke macam mana I nak contact diorang tapi balik tu I tengok dah update di MySejahtera app. Yeayy. Next appointment bulan 8. 


To be honest, I suka PPV Mega yang besau besau tu sebab macam lagi selesa. Lepas tu ada alasan nak drive jauh jauh wakakaka. Tapi I tahu, buat kat tempat dekat dekat macam ni menyenangkan lebih lebih lagi pada yang takde transport sendiri atau susah tinggal anak dan sebagainya. 

Tadi pun ramai warga emas, ada yang berkerusi roda dan ada jugak ibu mengandung.

Ramai betul staff/ RELA jaga, walau tengah gerimis tadi

Thanks korang! you guys awesome!

Comments

  1. Nak tanya...mcm mana cara register utk walk in ni ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Adn,

      Kat sini takde walk in.

      Tapi mengikut yang I baca, kalau nak walk in boleh terus ke PPV yang disenaraikan mengikut golongan umur

      Datang je terus dan bawa
      1) Kad Pengenalan
      2) Bukti lokasi bermastautin (contoh: bil utiliti etc)
      3) Individu komorbid sila bawa surat doc

      Paling penting kena check dulu PPV mana yang buka untuk walk in sebab bukan semua tempat bagi kemudahan tu rasanya

      Sumber rujukan: https://edubestari.com/vaksinasi-walk-in/

      Delete
  2. Hi, ayah saya oku duduk kerusi roda, nak tanya mau register dulu atau pun terus walk in untuk vaksin dose 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, mimta maaf saya tak pasti untuk yang belum register.

      Walau bagaimanapun, saya rasa lebih baik encik/cik call dulu sebab ada PPV yang hanya terima walk in 2nd dose sekaranng.

      Dan setahu saya PPV Kg Ampang Indah ni memang tak terima walk in :(

      Stay safe ye

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu