Tahun ni rasa jarang betul scroll app book hotel. Actually last minute Ocin cakap dia akan cuti 1-4 Oct, kelam kabut I cari hotel terdekat.
Masa mula mula tengok, I tak pasti mana exact location tau. Cari review di blog macam takde yang latest. Search di FB & IG, macam tak banyak info. Last last pasrah je lah. I booked Two-Bedroom Junior Suite.
Waktu check in agak awal. 2pm woww. Lokasi agak tersorok sikit. Takde lah tepi jalan sangat. Kalau menapak ke KLCC mau basah ketiak tu hahaha.
Masa sampai tak busy sangat. Ada 2 orang check in sebelum I. I memang doa dan harap tak ramai sebab I nak bagi kids mandi pool puas puas. Sian anak lama tak jumpa pool hahaha.
Smooth check in.
Me: Sorry, deposit berapa ye?
Recep: smoking?
Me: Nope
Recep: in that case, no need
Ohhh macam tu ye.
Dapat bilik tingkat 18. Sunyiiiiii je. Agak malap. Ni kalau I sorang confirm berlari ni, tak dan jalan dah. Hahahaah.
Masuk unit kitorang, WOWWWW
Cantik kan. Buka je pintu, belah kanan ialah kabinet lengkap dengan dapur, sink, microwave dan peti sejuk. Mesin basuh dan dryer ada jugak.
Belah kiri ialah dining room.
GambR di atas ialah ruang tamu. Bab TV tak pasti ada berapa channel.
Pintu belah kiri ialah main bedroom dengan katil Queen. Ada TV juga gais.
Bilik kedua pun ada attached bathroom. Cuma katil single. Cuba korang teka anak I nak tidur ke sorang? LOL
Pool
Pool terletak di tingkat atas sekali iaitu Level 24. Kena book ye anak anak. 45 min per slot. Lepas check in sila lah ke level atas untuk booking.
(INFO:Sini ada 4 lift, untuk access ke pool tu kena guna Lift 3 atau 4. Sebab I guna Lift 5 & 6, kami tak boleh keluar kat situ hahahha)
Pada I pool Oasia ni takde lah besar sangat. Tapi disebabkan tak ramai orang, rasa syokkkk je berendam gitu.
I tak tahulah memang tak ramai menginap sini atau orang yang dok sini tak minat pool ke hahaha.
I bertuah sebab dapat bawa kids mandi 3 kali. First, lepas check in I terus book 3pm. Bahang oii takde orang langsung.
Second I book 7am. Lagi lah tak de orang. Terketar - ketar anak anak mamdi hahaha. Puas lebih 45 min sampai next slot datang.
Third, sebab next slot tu sempat bertegur sapa dengan I, katanya anak anak confirm tak puas dan dia book slot 11am jugak, I pun apa lagi sajalah intai ada kosong tak. Untung, tengok 10am kosong sebab ada yang cancel, so I tulis room number kat situ.
Demi anak gais . Janji tak rampas hak orang ehhh tiberr
Sini takde kids pool ye. Staff pesan kalau anak anak korang tak reti swim, boleh bawa pelampung atau main kat tangga je. (Tapi I rasa tangga tu bahaya jugak)
Kedalaman 1.2 M. Untuk I pun sampai dada gais. I dah lah tak reti berenang apatah lagi menyelam hahhaha
Kat sini ada disediakan pool towel jugak.
Overall, I puas hati sangat kat sini. Worth to repeat and will repeat soon. Hehe.
Harga: RM 350 per night (more or less I dah lupa)
Thumbs Up
✅ Layanan Mesra Staff
✅ Free Parking
✅ Spacious Room/ Unit
✅ Kebersihan Tip Top
✅ Lift Laju
✅ Wifi laju
✅ Water pressure baekkkk.
Thumbs Down
❌ laluan parking sempit nak mampus. Untuk pemandu gelabah macam I macam krikk krikk
❌ takde view langsung dari tingkap bilik. Nampak KH Tower je
❌ No bath tub. So kalau yang suka main bubble ke, mesti kecewa haha. I tak suka sangat bathtub cuma kalau tak dapat main pool sebab hujan, I bagi anak berendam dalam tu lerr.
Disclaimer: Review ini ialah berdasarkan pengalaman peribadi I sendiri pada waktu dan tarikh I menginap di sini
airasia Super App
Mula-mula I booked hotel lain untuk 3-4 Oct. Sekali bila perasan points airasia I asyik burn je, I decide untuk book guna airasia super app tu. I redeem semua points yang ada, dapatlah jimat RM 150.
Ni 1st time I guna app airasia untuk book hotel. Rasanya harga lebih kurang dengan platform lain (sorry tak focus sangat bab harga) tapi I suka sebab boleh redeem point. Korang dah try?
Okay gais sampai sini je. Thanks for reading
Toodles, xoxo
Lama tak pergi bercuti. Sekarang ni mampu browse je tempat-tempat percutian. Hotel dia cantik sangat. Duduk situ pun okay hahaha
ReplyDelete