Minggu lepas I berkesempatan menghadiri majlis pelancaran AEON MALL's Holiday Season- Merrier Christmas Ever. Sambutan ini juga akan disertai oleh 27 AEON MALL yang bakal memaparkan konsep unik seperti DC Chibi Super Heroes dan set up Christmas Market
DC Chibi Super Heroes ialah versi miniature karakter DC seperti Batman, Superman, Wonder Woman, The Flash dan banyak lagi.
Versi miniature ni memang comel dengan mata kecil, kepala besar dan badan bersaiz kecil, nampak attractive dan sesuai untuk peminat dewasa atau kanak kanak.
Karakter DC ini juga membawa kembali nostalgia, sesuai dengan semangat Krismas yang bakal tiba.
Mengapa Pilih Tema DC Chibi Superheroes
Tema ini dipilih kerana sesuai dengan pelbagai generasi terutama yang membesar dengan watak watak DC. Selain menggamit memori dan nampak Instagramable, tema ini juga mampu menarik perhatian 'collector' yang berminat dengan watak DC Superheroes. Pendek kata DC Chibi Superheroes mempunyai populariti yang kuat di Malaysia terutama di kalangan families dang young adult.
Signature Icon: Giant DC Chibi Super Heroes Inflatable Statue
Kalau singgah ke AEON Mall Shah Alam ni jangan lupa bergambar dengan iconic inflatable DC Chibi Super Heroes statue.
Statue ni exclusive di sini sempena kempen Hari Natal. Jadi jangan lepaskan peluang bergambar.
Ada banyak booth menjual barangan seperti mainan dan baju baju.
Jangan lupa bawa keluarga dan kawan kawan membeli belah di AEON Mall. Banyak promosi menarik dan boleh bergambar kenangan bersama keluarga






Comments
Post a Comment