Hari cuti ingat nak masak gempak sikit. contoh nasi ayam. err gempak lah tu hahahha. Tapi gua ketiduran -_- sian Mak bersilat sorang sorang. Abah keluar pulak tu. so dah petang baru bangun nak desfrost ayam lagi. ni kira first time masak lambat lah. perap ayam pun 5-10 min je Menu hari ini Ayam Goreng Berempah Pucuk Paku Masak Lemak Air Zapple Rancak pulak minum air gas bulan puasa ni ye. -_- cawan paling kecik ialah cawan I. sebab takut sakit perut kang. tak minum kang nyesal pulak. hehehe RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH BLEND *6 batang serai *2 tongkol lengkuas *3 sudu serbuk kunyit *4 labu bawang merah PERAP * 5 sudu cili blend * 3 sudu rempah kari Campurkan bahan blend dan bahan perap. Pastu perap lah selama mana korang nak. then silalah goreng. senang gila kan. semenjak ada resepi ni I memang tak pakai resepi yang pepanjang dah tu. Bau dia memang sedap hokeyy. Malam dalam pukul 10pm I pergi bantai minum Nescafe ...