The Labs di Bukit Bintang City Centre (BBCC), dengan kerjasama M&M Creations Holdings Sdn. Bhd., mempersembahkan The Labs: Artist Series, sebuah program kreatif selama empat bulan yang meraikan bakat kreatif tempatan Malaysia dan mengubah The Labs menjadi sebuah platform yang menggabungkan seni, harta intelek (IP), teknologi, runcit dan pengalaman interaktif untuk pengunjung. Berlangsung dari Ogos 2026 hingga Disember 2027, Artist Series menghimpunkan empat IP Malaysia; Pasaroly, Guji Guji, The Good Boisss dan Oh! Doodlez , bersama mural artist Jefr Studio dan Novak Batik. Setiap artis membawa identiti kreatif tersendiri menerusi instalasi fizikal, pengalaman digital imersif, mural, koleksi merchandise dan pelbagai aktiviti interaktif yang berlangsung di sekitar The Labs. Empat IP, Empat Bab Kreatif Setiap IP menjadi fokus untuk musim perayaan yang berbeza sepanjang program ini: Pasaroly — Merdeka & Hari Malaysia Guji Guji — Mid-Autumn ("Meet Me On The Moon") The...