Dah Lama nak bawa anak anak ke sini tapi asyik tak jadi je. Hari tu alang alang bebudak ni ponteng sekolah ( atas sebab yang tak dapat dielakkan) jadi I pun bawalah diorang.
Harga tiket weekdays adalah lebih murah berbanding weekend.
Kanak-Kanak (3-12) : RM 29
Dewasa : RM 39
Warga Emas : RM 8
Infant : RM 8
Ye wakkk. Baby kenapa bayar. Lebih 3x I Tanya staff2 betul ke baby 11 bulan kenapa bayar? Bukan FREEEEEE ke? 😅
Harga Grip Socks ialah RM 7 sepasang. Mak I yang tak memanjat pun wajib pakai hahahaha. Kalau dah Ada boleh bawa dari rumah. Nasib baby I tak perlu pakai socks😂
Masa I sampai tu bertembung pula dengan group trip dari mana entah. Agak lama beratur. I tak beli online sebab Warga Emas Dan Infant kena beli di kaunter. Tapi staff memang efisien. Sambil que tu dia bawakkan borang untuk kita isi jadi proses di kaunter pantas lah. Alaa declaration form macam biasalah. Kita juga diminta tulis nama, tarikh lahir Dan umur masing-masing.
Masuk je terus jumpa bilik simpan kasut. Nak sewa locker pun boleh
Kat sini Ada 2 tingkat. Macam macam permainanan ada mengikut peringkat umur. Yang paling ramai masuk sini umur sekolah menengah gituhh. Ramai juga datang dengan kawan kawan sebaya. Couple pun ramai.
Abang memang dah aim nak main PS5. Jadi kena book siap siap. Nanticoke cakap je dengan staff nak main game apa dan dia akan check slot paling cepat. Nak book bagi nama je.
Sementara tunggu tu pergilah main permainan lain dulu.
Bilik gaming Dan bilik karaoke ni Ada Kat tingkat atas Dan tingkat bawah. Tingkat atas kurang orang sikit. I tengok bilik karaoke dia pun kosong je.
Next Abang nak main bubble tu. Ala yang macam sumo tu. Yang ni sentiasa Ada je orang que. Biasanya dia lepaskan by group. If you datang group of 6, mainlah berenam. If you datang berdua, mainlah berdua.
Nak main trampoline pun ada. Untuk Abang dan Ash dah boleh main tempat dewasa. Untuk budak kecik 2 tahun macam tu diasingkan. Bagus juga kan.
Ada sekali tu si Abang main PS5 Kat gaming room. Ash main trampoline. I dengan Gegirl lepak Kat bean bag belah depan tu. Sekali toleh je nampak staff perempuan tengah papah Ash. Adoi terkejut I.
Ash sedu sedan menangis. Dia ni jenis kalau nangis susah stop. I memang panic taktahu nak buat apa.
Staff tu minta tolong another staff ambil minyak urut ke apa. Lepas dia check katanya bukan terseliuh. Dia sapukan gel. Sambil pujuk Ash cakap strong boy kan.
Bagus diorang ni well trained.
Rupanya bukanlah terseliuh. Time orang tengah melompat Ash Jalan berdekatan. Jadi rasa pressure Kat kaki. Nasib baik takde apa apa.
I suruh Ash rest sebab kena cari Abang dari gaming room atas bawa ke bawah. Gegirl pula nak duduk dengan Nanny. Aduhh I rasa I lah yang paling penat sebab turun naik uruskan anak anak.
Kat sini multiple entry jadi bolehlah keluar makan jap. Kat belah bawah ada cafe juga kalau nak cuba. I ada intai menu; Nasi Goreng Kampung RM16. Ehemm standard2 lah kan tempat gituh.
Lebih kurang 630pm gitu dah tak ramai orang. Sunyi je.
Syok tengok staff main sesama sendiri. Main PS5, basketball. Takdelah stress, ye tak.
Ada 1 permainan ni, Ninja apa entah namanya. Basically kena lepasi halangan lah. Permainan ni untuk 13 tahun dan ke atas. Kalau bawah 13 tahun kena ditemani dewasa.
Aduhh tak pasal pasal I kena main. Yelah kesian pula kalau tak join. Bila lagi nak datang kan.
Ada part kena turun pakai tali lah, terjun lah. Adoii
Dah halfway main, Ash pula cakap teringin nak join. Ceh tadi kata taknak. So I kena habiskan and masuk lagi sekali (sebab Ash tak boleh masuk sendiri)
Berpeluh juga. Lepas tu sakit sakit badan. Huwaaa
Ada 1 game ni Dance In The Dark kot namanya. Ni the only benda yang Raline enjoy ye hahahaha.
Bukan main Raline dance dental lagu Blackpink.
Mommy nak join juga risau orang kata buang tebiat kang. Syok tengok bebudak muda and couple couple dance.
Berbaloi Ke Bawa Anak?
Well, depends. Kalau 7 tahun ke atas okay lah banyak juga boleh main. Kalau anak korang macam si Gegirl semua benda taknak cuba, payah juga. Menurun perangai Sapa lah tu. Hahahahaha.
Kat belah bawah Ada 1 cafe dan 1 kedai jual snack. Kat atas Ada booth2 jual popcorn (RM7 kot) lepas tu ada jajan. So Mommies., ready duit je lah yeee. Hahahaha
Baby Friendly Ke?
Kat sini tak boleh bawa stroller. Semua stroller park luar ( sebelum scan wristband)
Alhamdulillah lah. Imagine Ada parents jenis menonong tolak stroller macam Kat Danau Kota 🤣.
Kat sini ada
✅ Nursing Room
✅ Nappy Room
Jadi selesa lah kan. Tandas pun Ada 2 tak silap. Atas dan bawah.
Sofa Ada 2 je. Tapi jarang orang duduk. Biasanya bebudak muda ni jalan Sana sini je. Kalau yang bawa orang tua and baby yelah nak duduk. Alhamdulillah Mak selesa duduk sofa.
Kena alert juga. Tengah duduk Ada bola melantun keluar dari jaring 🤣
Area bean bag tu bolehlah bagi baby merangkak.
Comments
Post a Comment