Skip to main content

Kempen Tasneem Prihatin Membantu 500 Ibu Mengandung

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais!

Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ

I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan 

So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor. 


Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa. 



Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je. 

Kat sini please lah bawak pen. Siap kena bebel lagi sebab dah besar besar tapi tak bawa pen. Hahaha mana I tau kena isi isi ni. 

Lepas isi, kami kena berpecah lah ke tempat masing masing. Macam I, Sesi 1 maknanya kena buat RPK dulu. adoi. Time ni lah I lupa rupa tali sawat macam mana hgahahaa

Takdelah lama menunggu tapi sebab nervous kan. Dia punya peluh lain macam. But dont worry, takde lah bahang ke apa ke. Sampai turn I, macam biasa lah explain itu ini. Tapi officer tu dengar ke tak I pun taktahu hahah. Lantaklah kan janji lulus. Alhamdulillah that part. 

Segan sikit part ni dia suruh check bonet. Tapi I tak tahu nak bukak bonet Axia macam mana. LOL. Ngamuk cikgu I kalau tau, buka bonet pun susah hahaha

So next tunggu turn naik bukit. Bila dia dah sebut nombor dia akan assign la kereta mana 1 kita kena guna. Kereta I dapat depan sekali. Everything okay sampai lah officer atas bukit panggil untuk naik

"auto, naik sekarang"

Pap!! takleh turunkan brake. Lol. Kelakar tak tapi memang woi I tak dapat gerakkan handbrake tu. Kan kena tarik sikit ke atas lepas tu picit baru turun ke bawah tapi sumpah memang tak boleh. Penat orang kat atas tu jerit I masih terkial kial. Last last ada officer dari Imkeda yang incharge tu, dia tanya kenapa ? I cakap lah takleh turunkan brake. Dia kata

"La , pakai 2 tangan dek. Kudrat tu kudrat"

-__-

Okay nasib baik. 

Next buat Ramp. Okay macam biasa. Lepas Ramp tu dia akan jerit parking mana kita akan pergi. Kan ada 6 petak parking tapi untuk Auto pakai petak 1 & 5 je. 

To be honest I banyak pakai 1. Plus sambil duduk di pondok menunggu tadi I dok aim petak 1 je. Kira konfiden lah ni. Sekali dia suruh I pergi petak 5. LOL 

JPJ bertugas duduk kat pondok. Ada 2 orang and dorang monitor petak 4,5,6. Kira kita tunggu arahan baru bergerak lah. 

I yakin dah pulas ikut step sebaiknya tapi entah macam mana, gedebuk! Langgar divider weh

Officer tu pun suruh I tarik handbrake, and turun dari kereta. Lepas tu dia suruh tengok belakang. 

"Macam mana awak boleh langgar divider? Tengok cermin tak?"

"Tengok, Encik"

"Hurmm ni mesti awak tengok cermin kanan je. Cermin kiri and cermin belakang tak tengok"

I sengih je lah. Betul jugak tu. Dia pun dah boleh agak kat mana silap I. 

I kena naik ke pondok dia untuk sign surat. Surat I gagal lah hahaha. Sambil tu sempat borak

"Awak kerja apa?"

"Saya tak kerja , Encik"

"Ish awak ni. Dah lah tak kerja, gagal pulak tu"

-___-

"Alaa Encik, jangan lah cakap macam tu. Apa kena mengena pulakk"

"Ha ye lah sebab awak gagal lah saya cakap. Kalau awak lulus, saya tak cakap"

LOL. Tergelak gelak I. walaupun muka macam garang, sekali jerit suara kemain lantang tapi bab borak okay lah kan. Cuma kesalahan I dah memang mandatori, I pun pasrah lah

Next I kena menapak ke pondok sebelah sana untuk Ujian Jalan Raya. Pergh!!!

Ujian Jalan Raya

Sambil menunggu turn, banyak lah gelagat. Ada yang keluar kereta dengan senyuman, ada yang muka takde perasaan. Perasaan I? adoi dah gedebak gedebuk. Dok pikir nak RSM lagi

Ada sorang ni kesian betul. Kereta dia betul betul kat tepi divider so maknanya dia nak belok kanan dia kena amek side sikit lah. Maybe nervous ke apa main tekan minyak dengan lajunya, sebelah tayar naik atas divider. Serta merta officer tu suruh tukar tempat duduk. 

I pulak yang sedih. Orang tengah nervous , macam macam boleh jadi weh. Tapi tu lah, on the other side, membahayakan orang lain pulak. 

Sampai turn I. Jeng Jeng Jeng. 

Masuk masuk kereta I bagi salam. Lepas tu blur jap nak buat apa -__-. Terus I cover and mintak izin buat RSM

"saya buat RSM dulu ye encik"

Dengar dia jawab "emm" So I assume boleh lah kan

I pun dok lah bebel. Tapi tu lah rasa macam lupa betulkan cermin belah sana. HAHAHAH. 

Lepas tu I dah tak tahu nak belek apa, I mintak izin jalan. 

"saya start jalan ye"

Again, dengar dia "ermm"

sambil nak mula gerak I tanya lah 

"Nak ikut jalan mana ye Encik"

Dia kata "awak jalan dulu, nanti saya bagitahu"

I pun mulalah jalan dengan penuh kesopanan, time tu lah ada orang jalan terkedek atas bukit tu la apa lah.

Paling penting, time berhenti simpang korang WAJIB tarik handbrake and berhenti. Kalau boleh jangan lah sekejap sangat. Tengok kiri kanan kiri puas puas walaupun ko tau jalan jalan kosong. MANDATORI weh. Kena yang okay, dia warning lah. Kalau tak, memang failed terus. Padahal kesalahan kecik and ikut logic je kan. HAHAHA maklumlah kita tengah exam mana boleh ikut logic

Apa pun I berjaya bawa balik kereta. Maksudnya I LULUS jalan raya. Alhamdulillah syukur sangat. Cuma kena repeat si Litar la ni. adoi. 


Balik tu I memang nak terus bayar je tau. geram hahaha. Tapi kena sediakan document pulak. So the next day, I datang office Saza Bukit Indah tu and bayar RM 180 berserta copy IC & Lesen . Nak suruh akak tu book kan date repeat JPJ. Tak silap I next ialah bulan 9.

I pun tak tahu I akan publish entry ni bila =p HAHAHAH

Anyway, kalau korang nak ambil lesen area Ampang try sekolah yang I pergi ni. Cikgu sporting je. Boleh ketawa bersama gitew sampai lupa nak bagi signal, nak tengok cermin lepas tu kena tegur LOL. Nasib tegur pun lemah lembut.  Tu lah yang penting kan. I ni jenis takleh kena marah nanti I menangis.

KAHKAHKAH.

Sekolah Memandu Saza

Office: 012 - 703 7345
Cikgu Fizzi : 012 - 709 7345

Korang boleh call/ whatsapp nombor tu. 1 tu no office, another 1 nombor cikgu yang ajar I terus. Lagi cepat kot contact dia. Anyway, ni bukan paid review tau HAHAHAH so any question refer kat depa je.

Okay dah I nak pergi tengok youtube Cara Cara Parking. LOL.

Toodles, xoxo 

Comments

  1. Takpe mommu, cuba lagi...dont give up k

    ReplyDelete
  2. takpe sis. bole cuba lagi. goodluckk okayy

    ReplyDelete
  3. Hai, jumpa balik blog ni. Haha.
    Dedebar baca sampai habis sebab tahu macam mana debarannya nak ambik test ni. Apapun, good luck tau utk ujian seterusnya.

    ReplyDelete
  4. Tak apa Cici.. cuba lagi Kak Sue pun dua tiga kali gagal parking, sedih betul.. kereta yang guna untuk test tu semua stok keras kejang.. hahaha.. dah lah manual.. stress kejap..

    ReplyDelete
  5. Betul ke tahun nii klau gagal litar dh takyah repeat..repeat jlan raya jr

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish tak pernah dengar pulak.

      kalau ye bagus jugak ye. hahaha. tapi actually litar memang lagi susah dari jalan

      Delete
  6. Kalau tak lulus dlm litar,maknanya tak boleh test atas jalanraya la.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je , takde masalah pun. Kalau sebaliknya pun boleh.

      kiranya masa repeat nanti , cuma perlu repeat yang kita gagal je

      Delete
    2. Maksudnya kalau gagal parking ulang parking je yg lain takyah

      Delete
    3. tak!

      kalau gagal parking, kena mula semua . start dari check kereta (apa nama dah lupa) lepas tu bukit, ramp, parking, 3 penjuru dan seterusnya/

      Delete
    4. bayaran repeat pun tetap sama ke ?

      Delete
    5. hi Hairahh,

      sama je tak silap. cuma mungkin lain sekolah lain bayaran.

      Delete
  7. Boleh cuba lagi sis.. jangan putus asa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayy dah ada lesen hahah. dapat bulan 1o 2019 , lepas tu dah hari hari kena drive amek hantar anak sekolah T+T

      Delete
  8. Nk tnya btul k law gagal 1 tempat dlm litar kne ulang smua tmpt

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum sy nk tny, normally klau kt nk repeat,Kos Dya biasa berapa yea?sy pn sama mcm awk ,gagal dkt parking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.

      hmm macam yang I tulis tu, RM 180 .

      Tapi mungkin lain sekolah/ tempat lain harga kot. Kena check dengan sek memandu tu lah.

      Harap membantu and all the best :)

      Delete
  11. Eh sama la experience.. 1st jpj test: Prk dengan rsm.. Litar pulak.., Dah confident, tengah berdoa untuk dapat parking no 1 sebab biasa buat yang tu, masa belajar pun cikgu suruh buat yang 1 sbb yang lain tu, garisan dan petanda tak tepat.

    Sekali time beratur(dalam kereta) orang tu suruh buat parking no 2. I dah fikir, no 2 lah yang I taknak, sebab yang tu je jalam dia paling sempit and rumit. Nak masuk simpang parking, tayar belakang langgar divider. Jpj 3² gelak, cikgu saya pun aduhhh je. (Tp bukan gelak kutuk la, I pun gelak je la sekali, salah I mandatory kan). I boleh ulang lagi time lain free, cuma family dah disappointed dengan I �� semua benda tak boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imkeda Cheras ke babe? hehee

      bab divider tu hampeh kan, maklumlah kita tak reti agak sangat. pastu masuk pulak time nervous. dalam otak nak ingat cara nak masuk, cara nak keluar. hahaha

      so bila repeat tu? all the best ye :)

      Delete
  12. 1/12 haritu test jpj. Litar gagal tapi frustnya dah akhir2 dekat selekoh Z & nak keluar ternaik benteng tayar belakang, masa tu nak nangis sangat rasa �� tapi jalanraya lulus Alhamdulillah, 8/12 ni repeat litar takut2 jugak lagi tapi semoga kalini ada rezeki untuk lulus. Doakan untuk saya ye ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi NS.

      betu tu frust failed litar ni lagi lagi dah nak habis. So mcm mana repeat tu? Harap dah lulus.

      Delete
  13. saya pun baru jugak gagal jpj utk bhgian litar..dah laa dekat tiga penjuru, huhu..sedih rasa...tapi alhamdullillah saya lulus dkat jln raya even byk kli marah dgn jpj๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 penjuru tu memang mendebarkan ye. heheh adoii kenapa Abang JPJ tu marah -__- takpelah all the best utk repeat nanti

      Delete
  14. Samalah...saya gagal kat litar kat 3 penjuru..confident pusing stereng kena line kuning..nasiblah..dah ngn jpj sebelum pkp..eh..gagal pulak..xtawlah bila repeat test

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah repeat belum? hehehe cepat cepat tau kang kalau lama sangat hilang mood . Silap silap lupa segala step.

      good luck

      Delete
  15. Doakan saya test jpt 15/4 ni, semoga lulus litar dan jalan raya. Dah start rasa takut ni๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa takut sambil Google baca experience orang ye? hahaha been there, done that

      semoga dipermudahkan urusan awak, semoga lulus ye litar dan jalan raya ye. Lepas tu boleh enjoy driving. <3

      Delete
  16. Sis kalau fail kat litar, ada extra lesson untuk pandu di litar dgn instructor lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya takde. kalau nak kena ambil extra class.

      Tapi apa pun tanya sekolah dulu. Sebab kadang kadang ada extra hours. Contohnya bayaran sebelum ni untuk kelas memandu 16 jam, tapi baru belajar 14 jam je. so ada lebih 2 jam kat situ kan.

      Jadi dapat lah belajar free untuk 2 jam.

      Kalau nak lebih lama, kena ambil extra class lah.

      Bayaran bergantung kat sekolah dan tak silap ada minimum hours. maknanya tak bolehlah belajar sejam je , maybe kena ambil 3 jam terus

      Ha , apa apa pun tanya sekolah dulu, ada extra hours tak. Good luck!

      Delete
  17. alamakkk i ada test selasa ni!! nervous gile sbb i tak igt litar jalan raya tu sgt kalau kirakan kite tanya jpj tu kann agaknya fail tak eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. You lupa jalan 1 2,3 tu ke?

      Biasanya officer baik je dan boleh lebih kurang tapi tgk orang jugak ๐Ÿ˜…. Boleh je cuba tanya. Kalau dia bagi tahu kira nasib baik la kan hehehe

      All the best!

      Delete
    2. Huhu saya pun susah nak ingat jalan, ingat² lupa.. lusa jpj,doakan saya

      Terima kasih atas perkongsian❤️

      Delete
    3. All the best. Semoga dipermudahkan urusan awak ๐Ÿงก

      Delete
  18. 28hb ni repeat jalan raya. Org biasa gagal litar. Saya gagal jalan raya, litar cemerlang. Kes gagal kat jalan raya, ada satu persimpangan bukit tu saya x benti, terus jalan sebab nervous nk kena benti kat bukit haha, rugi, lagi 50% nk abiskan jalan raya. Rezeki nk pegang lesen belum sampai lagi. Ntah igt lagi ke tak step. Test aritu bulan 4, repeat bulan 10 oii lockdown punya pasal adehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh berbulan juga tinggal. All the best utk repeat nanti. Kalau ada masa jalan jalan kat area situ ke bagi refresh balik. Hehe.

      Delete
  19. 20/10/21-Gagal Di litar Z last elemen sbb tayar belakang langgar divider,ya Allah so frust taktau NK ckp apa dah!Dgn 15/10 haritu kena ragut hilang phone...Ujian betul untuk saya,apa pun saya tetap redha and terima kenyataan dgn apa berlaku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhh dah nak habis dah. Faham perasaa frust tu. Cepat repeat ye, takut lupa kang. All the best.

      Semoga dimurahkan rezeki boleh beli phone baru cepat. Amin

      Delete
  20. abe kie dulu pun belajar memandu di Imkeda AU3. Test di Wangsa Maju. Selama ni berlatih guna kereta Datsun. Dua hari sebelum test tetiba cikgu bgtahu test nanti guna Iswara plak! Mujur sempat practice esoknya. Alhamdulillah lulus. Tu kisah thn 1995...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu