Skip to main content

Harga Tiket Weekday NextGen Theme Park One Utama

Percuma Pakej Umrah Dengan Setiap Pembelian Unit Bayu Sutera

 Bayu Sutera memperkenalkan projek perumahan terbaru iaitu Izara II dan Elonia III @ Bayu Sutera. Kedua dua kediaman yang terletak di Bandar Sri Sendayan ini menawarkan konsep rumah pintar dan eksklusif serta pelbagai kemudahan menarik untuk penduduk.

 
Lebih menarik, pembeli unit rumah di sini berpeluang mendapatkan pakej Umrah secara percuma. Alhamdulillah, satu inisiatif yang baik daripada pihak pemaju.


 

 
Bayu Sutera yang terletak di Bandar Sri Sendayan mempunyai keluasan 216 ekar yang menempatkan kawasan kediaman, taman rekreasi dan juga hub perniagaan. Fasa 1 Bayu Sutera telah dilancarkan pada tahun 2021 dan habis dijual dalam waktu yang singkat. Ini membuktikan orang ramai memberi kepercayaan kepada pihak developer.
 
Bayu Sutera memperkenalkan projek perumahan terbaru mereka iaitu Izara II @ Bayu Sutera yang mempunyi 171 unit dan juga Elonia III @ Bayu Sutera yang mempunyai 38 unit sahaja. Kediaman tepi tasik terbaharu ini dilengkapi dengan ciri rumah pintar seperti set kunci digital, modul pencahayaan, kawalan suara dan juga Aircond IR Blaster.
 
Unit rumah double storey link homes ini mempunyai keluasan 2,315 kaki persegi dan saiz lot 20 x 70.
Kediaman ini menawarkan konsep susun atur terbuka dengan 4 bilik tidur yang luas dan 4 bilik air en suite. Ruang tamu luas dan serba boleh sesuai untuk dijadikan tempat berkumpul bersama ahli keluarga.
 


 
Setiap pembelian unit rumah di Izara II dan Elonia III @ Bayu Sutera layak mendapat pakej Umrah untuk dua orang bernilai RM 8,000 setiap satu. Pakej ini termasuklah tiket penerbangan, hidangan penuh dan juga penginapan 11 hari 10 malam di Arab Saudi. Jemaah Umrah juga akan dibawa melawat tapak penting seperti Muzium Al Wahyu di Makkah. Selain itu, pakej ini juga menawarkan faedah tambahan seperti Kursus Umrah, Kit Umrah, air Zam Zam dan bimbingan Mutawif yang berpengalaman.
 



 
Kempen Bayu Sutera, Umrah bersama ini  berlangsung dari 20 Mei - 20 Ogos 2024. Kempen ini khusus untuk pembeli kediaman Izara II dan Elonia II unit Bumi sahaja.
 
Bayu Sutera menawarkan ciri komuniti yang unggul. Antaranya ialah enklaf selamat dengan pagar keselamatan tinggi dan pos pengawal. Penduduk Bayu Sutera juga boleh beriadah bersama yang tersayang di taman tasik seluas 3 ekar.  Beruntung penduduk di sini sebab dah disediakan taman penduduk, laluan berjogging, taman permainan, laluan refleksologi, gelanggang badminton dan banyak lagi. Banyak kemudahan disediakan, patutlah Matrix Concepts ni terima anugerah StarProperty Awards untuk The Cornerstone Award- Best Landed Development (Excellence) 2024
 




 
Selain dari kemudahan riadah untuk penduduk, turut disediakan Bayu Biz iaitu pembangunan hub komersial terbaru di Bayu Sutera. Lokasi strategic berdekatan dengan kediaman dan menjadiakan Bayu Biz hub pusat untuk perniagaan, membeli belah dan aktiviti sosial dalam komuniti.
 
Lokasi Bayu Sutera juga berhampiran dengan pelbagai tarikan dan kemudahan seperti Sekolah Global Matrix, Rumah Kelab d'Tempat Country Club, X Park Sendayan dan SendayanMerchant Square. Kawasan matang dengan kemudahan cukup akan memudahkan aktiviti seharian dan meningkatkan kualiti hidup. Contohnya lebih mudah nak hantar anak sekolah kerana terletak berhampiran dengan rumah. Selain itu terdapat banyak peluang pekerjaan dan menjana pendapatan.
 




 
Bayu Sutera menawarkan pakej jualan yang menarik serta bayaran muka yang rendah. Pembeli juga layak menikmati yuran guaman percuma dan dan duti seten ke atas SPA dan pinjaman. Semua pembeli Bayu Sutera juga berpeluang menikmati keahlian d'Tempat Country Club dengan percuma
 




 
Memiliki rumah idaman ialah impian semua orang. Menunaikan Umrah bersama tersayang ialah impian setiap umat Islam. Kenapa perlu memilih kalau boleh dapat kedua- duanya sekali kan. Dunia dapat, akhirat pun dapat. Insya Allah.
 
Bagi yang berminat boleh layari laman web umrahbersama.bayusutera.com/4 Jom rebut peluang untuk miliki rumah idaman sekaligus menunaikan Umrah di Tanah Suci.







Comments

  1. Bertuah bagi mereka yang membeli rumah di sini. Beli rumah dapat tunai Umrah ..

    ReplyDelete
  2. Meriah betul offer rumah nie. Siap dapat pakej umrah lengkap. Berbaloi!

    ReplyDelete
  3. Bestlahhh offer depa this time . Boleh dapat Pakej Umrah lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu