Sebagai seorang ibu, isteri dan anak I rasa bertanggungjawab untuk jaga kesihatan setiap orang dalam keluarga.
Maklumlah penyakit ni datang tanpa mengira usia. Kita kenamula cipta kesedaran dari awal lagi.Baru baru ni I berkesempatan ke Simplifying Diabetes With Digital Solution anjuran Roche.
Antara penyebab diabetes ialah gaya hidup yang kurang sihat.
Kalau ada antara ahli keluarga yang menghidap diabetes bolehsuggest mereka untuk menggunakan integrated Personalised Diabetes Management (iPDM). Ini adalah 1 pendekatan yangdapat membantu memudahkan rejimen diabetes harian individu yang menghidap diabetes.
Pengurusan diabetes ni agak rumit dan berbeza mengikut keperluan individu. Jadi dengan adanya teknologi modenmacam ni, individu yang menghidap diabetes serta caregiverakan lebih faham dan alert.
Pendekatan yang disediakan ni mampu diakses oleh setiaporang. Ini termasuk pengurusan diabetes seperti monitorglukosa darah di rumah, temujanji akan datang dan jugamaklum balas daripada doktor dan jururawat.
Pendekatan iPDM ini juga mampu mewujudkan jaringan yangmenghubungkan antara individu menghidap diabetes, caregivers dan pekerja kesihatan professional.
Apabila BGM dihubungkan ke aplikasi pengurusan diabetes ianya memudahkan pekerja kesihatan memberi maklumat danterapi sewajarnya kepada individu menghidap diabetes dancaregiver.
Bukan mudah menjalani hidup sebagai individu yangmenghidap diabetes. Oleh itu orang sekeliling memainkanperanan penting dalam memberi sokong moral dan emosi. Caregiver atau ahli keluarga terdekat sepatutnya memberipengaruh yang baik dalam menjalani kehidupan yang lebihsihat. Dengan cara ini ianya akan mengurangkan bebanindividu menghidap diabetes dan juga sistem kesihatan sediaada.
Comments
Post a Comment