Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Kolam Renang Mahkota Hotel Melaka

  I pernah buat review pasal hotel ni dulu Mahkota Hotel Melaka  . Memang I suka benau hotel ni sebab swimming pool selain harga affordable dan location. so kalau anak anak korang pencinta air ( who dont wehh) silalah ke Kolam Renang Mahkota Hotel Melaka      Kat kolam yang I masuk ni baju bebas. Baby pakai baju tidur pun berendam . Kalau nak lebih luas sila ke kolam sebelah sana tapi in proper swimming attire ye       Tak dalam sangat. so just nice untuk kids.    Pagi takde orang sangat so memang syok la kids berlari lari. dengan Mommy sekali join lari tau Yes , favourite. I kalau balik Melaka memang akan survey Mahkota Hotel ni. Bebudak happy, Mommy pun happy. hiks   

Random Thursday: Hilang Sesuatu

  Dulu I pernah hampir hilang 'sesuatu' yang paling I anggap bernilai dalam hidup. Konon nyawa lah tu. Dah memang takde nampak jalan yang terang untuk kembali dapatkan 'sesuatu' itu.   Tapi I doa doa dan terus doa. I memang percaya dengan doa. walaupun I zaman free hair, tapi I percaya Allah ada.     Lepas solat Fardhu, I solat sunat, solat Hajat, baca Yassin. setiap kali lepas solat memang akan baca Yassin. sikit lagi nak hafal.   Akhirnya Allah bagi balik apa yang I nak. Magic kan? Padahal 'sesuatu' tu dah pergi jauh mustahil kembali. ala macam orang mati hidup balik lah. tapi dia belum mati lagi time tu. hahaha   Dah memang mustahil tapi kuasa Allah lagi hebat. Dia yang membolak-balik kan hati seseorang   Tapi tu lah kan. Time kita nak , bukan main berusaha. Bila dah dapat, hampeh pulak. Allah dah bagi apa kita nak, kita lupa pulak bersyukur. Konon dah bahagia sangat. Dah cukup la konon. Sampai masa Allah tarik satu per satu nikmat ya

Eid 2017 Cici & Family

*macam tajuk cerita kartun pulak. hahahaha   Selamat Hari Raya! Hari hari hari raya. Hati hati jalan raya       okay uolls macam mana raya so far? hamboi penuh newsfeed I dengan #ootdraya uolls. I je kelibut sikit tak dapat ber-ootd.   Okay untuk first day raya, kami ke rumah mertua I lepas tu jalan raya kat rumah jiran jiran and saudara mara. Malam jugaklah sampai Ampang. Kepenatan bebudak tu. I extra penat lah. Tau jelah Maira tu kalau Atok Nanny takde dorang buat perangai. ada ke patut ajak I tawaf rumah orang. Masuk pintu dapur keluar pintu depan. -__-   sorry lah uolls bertampal pulak dahi tu hahaha. iolls bukan hipstur tau pakai tudung nampak jambul   my SiL buat rendang tak pedas. syok je Lihin makan. Nanny orang Melakau, memang kuat pedas -__-     Eid Day 2   Second day balik Melaka. Ocin tak ikut sebab ada hal. So I agak berdebar lah, yelah apa apa sapa nak ganti bapak I drive. Berkali kali pesan ubat semput, cermin mata and blablab

Typical Malaysian Property Promo | Skyworld Property

 You guys familiar tak dengan property roadshow? Biasanya mesti salesman/salesgirl dia hot lady/ handsome guy kan? haruslah kata nak attract orang datang tengok rumah. Penampilan penting uolls. Lepas tu ada macam macam cara dorang buat untuk convince orang beli rumah tu. Okay ni I nak share satu video Typical Malaysian Property Promo | Skyworld Property  . ahaha memang best. rugi oi tak tengok. ada banyak scene best and kelakar. I ada share kat Facebook hari tu. Tergelak-gelak kawan kawan I. hahahhaa        Di sini I nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua readers and followers I Pssstt.. if you guys tengah cari rumah, boleh intai Sky Wold Development. Best oi rumah dorang. Masuk rumah contoh dia macam rasa tak nak keluar pulak. hahahaha       

Homestay Murah Dan Dekat Dengan Legoland | Homestay Avira

Holla, okay ni entry untuk homestay kami masa di Johor. Kalau kalau you guys mencari Homestay Murah Dan Dekat Dengan Legoland maybe you guys can consider this lah   Rumah banglo 3 bilik dan 2 bathroom. Lengkap dengan alatan masak dapur, pinggan cawan cutleries, wash machine , dryer, iron. eh semua lah ada Lengkap semua dengan harga RM 1200 untuk 4 hari 3 malam. Murah kan?   Pada I kalau datang sekeluarga, memang dah terlebih selesa dah ni. Boleh beli lauk and masak sendiri, tak gitchew. Ocin ada plan nak macam tu tapi tapi tu lah, kalau dia yang nak masak takpe jugak. hahaha.   Memang besar. Rumah banglo kan? Tengoklah ruang tamu memang cukup selesa. Ni kalau tinggal seminggu pun takpe besau kan dapur and ruang makan? just nice kalau I angkut makpak I sekali ni. Tapi tulah, akibat ketidak puas hati pada janji manis Ocin, I bersikap agak introvert. grrr. I berkurung dalam bilik je. Plus I demam+flu kan. susah borak sebab dahlah hidung sumbat takleh nafas, teli

Baju Raya Sedondon Di Bintang Fashion

Dah siap beli baju raya ke? Excited I semalam I pergi Tesco Ampang semata-mata nak cari Bintang Fashion ni ha. murah sangat woi. Tapi ramainya orang Ya Rabbi -__-         Yang I suka kat sini, semuanya organized. Memang senang nak cari baju sedondon. Dari baju melayu, kurung dan baju anak anak semua ada warna sama. Nampak kat belakang tu baju untuk baya baya Maira? kat situ bukan main taknak ukur lah apa lah, sampai rumah dah try taknak bukak -__- baju casual pun ada. kalau kalau balik kampung, jumpa sepupu sepapat memang melayang lah baju kurung. so better beli baju casual ni ha.    memang one stop centre lah. Semua ada di satu tempat   Baju kurung in-da house yoo. Mula mula ingat nak amek jubah. Tapi tengok kurung pun okay. Lama tak pakai baju kurung -__- I amek size S. Nasib ngam ngam uolls. Kalau tak kena sambung puasa lah jawabnya    Ni antara pilihan baju melayu. Cekak Musang ada, Teluk Belanga ada.   Memang ramai orang bersesak