Skip to main content

SAFI YOUTH GOLD RETINOL | Produk Penjagaan Wajah Anti- Penuaan Terbaik

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

 Haloooo


Hari tu lepas fetch Abang and Gegirl dari sekolah I terus bawa Raline pergi cucuk. Nasiblah tak ramai patient di klinik Dr. Iqbal macam selalu. Agaknya ramai masih beraya lah kot eh.

Cuma kali ni lama sikit sebab Raline kena refer Fisio untuk tepuk kahak tu. Sian si Abang Gegirl Ash dah lapar. Hujan lebat pula kat luar. Makanya kami lepak cafe dulu.

Tak silap I cafe baru ni. Tak ramai orang. 


I ordet 3 Double Cheese Burger dan 3 Watermelon Juice = RM 120

Standard harga cafe lah kan. Cuma I tak berkenan konsep kena order di kaunter dan kena ambil sendiri ni hahahaha. 




Lapar masing masing. Tak makan katanya. Mommy bagi duit belanja korang buat apa haaaa😪




✅ Homemade Patty
✅ Juicy
✅ Bun Lembut
✅ Fresh Vegies
✅ Decent Amount of Sauce



Suasana Cafe Relax

Dalam cafe ni tenang je. Paling cantik kalau ambil seat sebelah tingkap sambil tengok air hujan. Mesti syok kan. Ni lah baru namanya healing.

Tapi Raline duduk di baby chair. Kesian pula meja rendah nanti hahaha





Benda yang I rasa tak best ialah kena order dan ambil di kaunter. Aduh nyampahnya. Patutnya harga macam tu makanan di hantar ke meja. Kan? I tak kisah service charge mahal janji hantar makanan ke meja. 

Kat sini pun amalkan konsep kemas sendiri. Tapi ada je yang makan tak kemas tadi.

Konsep ala ala IKEA or MCD lah kan (eh tapi MCD staff akan hantar ke meja)


So kalau korang nak melawat saudara mara atau kawan kawan di KPJ Damansara bolehlah makan makan di sini




* I Google tadi cafe ni ada juga di Prince Court Medical Centre. Memang buka kat private hospital lah kot eh. Harap nanti buka di KPJ Damansara 2 juga. Sana cuma ada DOME, Starbucks and Subway je hari tu

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu