Syawal Pertama | Personal

Holaa

Korang Raya mana this year? I macam biasa memang rutin setiap tahun; Raya pertama pagi ada kat Ampang, Tengahari tu gerak Sg Buloh pulak. Lepas tu ikut lah my MIL beraya my husband side.

Aktiviti kami tiap tahun memang macam tu je. Maklumlah kami memang tinggal dengan parents I. 

So kira adil lah kan, dapat jengah both side.




Sampai Sg Buloh ni kami beraya sekejap. Salam salam dengan ipar duai terus  MIL ajak pergi Ijok, rumah sedara kat situ. 




Menyampah tau bebudak ni kalau naik kereta mula lah nak lentok lah apa lah. Cuba kalau kat rumah, takdenya nak duduk diam. Pelik betul kan? Anak korang pun macam ni ke?

Agaknya sebab kete bergerak berendoi endoi tambah dengan ekon pulak tu syok je tidur


Okay dah sampai rumah Tok Yai. Atok ni kira pangkat bapak sedara Ocin lah. dia lah yang jaga Ocin waktu kecik tu kira agak rapat jugak. 

Rumah kampung ni besar besar ye tak. seronok je nak berlari lari . Takde risau terhantuk sana sini

 




Si Ocin dok melayan anak anak main filter IG. iolls tak berkenan betul hahahah. ala yang jadi kucing la anjing lah. 


I rasa Gegirl dah copy I habis dah. Tapi ada je yang curious kononnya

"Gegirl ni ikut muka sapa ek?"

hahaha memang lah benda remeh, tapi kalau 18 rumah tanya macam tu, pedih ulu hati jugak lah weh. 


One with my MIL. 




Payah tau tak bila kids pakai kasut. Kejap nak bukak kejap nak pakai. Grr. ada jugak tahun depan aku belikan selipar Jepun je kang. 

Si Gegirl rajin pulak nak melayan adik dia. 


 Seonok jadi budak. Kerja depa makan , minum , lari. Lepas tu repeat benda yang sama di setiap rumah


 Ha see syok kan rumah besar boleh buat 2,3 ruang tamu. hahaha. Jadi takdelah menganggu makcik makcik nak bercerita, kakak abang dan bergurau senda dan adik adik nak berlarian. GTew lah


 Geng senior boleh borak di sini


Comel puilak tengok gambar ni. Ash keseorangan. Kesian dia termenung. Ayah tu tau nak menyakat dia aje


Next kami ke Tanjung Karang. I kurang dengar, yang I dengar nak pergi sawah padi. Rupanya nak pergi rumah sedara hahaha

Mula mula I macam jadah apa MIL aku ni nak ke sawah padi raya pertama ni. kahkah

Jem weh jem lahabau. Maybe sebab situ kan area kampung. Ramai orang guna jalan tu. and jalan yang sama boleh tembus Teluk Intan rasanya. Tu lah banyak kete. 

Petrol dah la kelip kelip. Maklumlah Ocin tu naik motor ke kete ke memang malas nak benti benti isi minyak ni. Haih. Nasib lah dalam jem jem tu sempat jugak sampai petrol pump. Kalau tak, haru


Tau tak kat sini jumpa lah 1 kepek ni , Jenis kepek modern la ada salutan cheese ke apa entah. Kira rasa mcm cikedis gtew. So anak I bertambah weh sampai 3 balang. Ish segan Mommy!!! dorang je ngadap balang tu

-___-




Okay tu je lah cerita Raya kami. Lepas je rumah ni kami terus balik. Tak dan lama lama aih. Kang 10 balang jadinya. 


Toodles, xoxo 

4 comments:

  1. Meriah luar biasa Syawal ni pada kanak-kanak...hehehe..

    ReplyDelete
  2. Meriah raya, ziarah saudara-mara...kuih sedap mmg ralit makan..hihi..kalau mak akk, dari jauh bagi pandangan laser..haha..

    ReplyDelete
  3. Kalau tak sangkut jem..tak sah! HAHA~ Selamat Hari Raya Cici and family.

    ReplyDelete