Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor Untuk Rakyat Selangor

Korang pernah dengar tak tentang Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor?

Ha untung betul jadi anak Selangor kan, macam macam kemudahan ada. Baru-baru ni Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) menjadi salah sebuah hospital yang terpilih untuk memberi rawatan kepada ahli-ahli Skim Peduli Sihat Negeri Selangor.



Inisiatif  'Skim Rawatan Jantung' ialah di bawah program Peduli Sihat yang dikhususkan untuk golongan berpendapatan rendah (B40) bagi rakyat Selangor. Kumpulan berpendapatan keluarga dari RM 2,000 hingga RM 8,000 layak mendapatkan rawatan di CVSKL jika mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah program tersebut. 


Rawatan yang disebutkan juga merangkumi prosedur Koroner Arteri 'Bypass Grafting'(CABG) dan Prosedur Angioplasti Koronari 'Percutaneous Transluminal' (PTCA)

CVSKL menjangkakan dapat memberi rawatan pembedahan pintasan (bypass) untuk dua hingga tiga pesakit, manakala lima pesakit bagi rawatan coronary stenting setiap bulan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan lebih kurang 96 orang pesakit pada tahun 2020.  Harapan mereka agar usaha ini dapat meringankan beban hospital-hospital kerajaan sedia ada dalam memberi penjagaan dan rawatan kesihatan berkualiti untuk rakyat negeri Selangor.



Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor telah diperkenalkan pada 25 Feb 2018. Sejak ditubukan, hampir 1,000 pesakit menerima manfaat penjagaan kesihatan dan perubatan sehingga ke hari ni dengan kos lebih kurang RM 12 juta. Dijangkakan lebih ramai pesakit jantung dirawat tahun ini dengan unjuran kira-kira 500 pesakit dengan anggaran kos RM 5 juta. 

Menarik jugak. Lepas ni nak tolong semak kelayakan untuk Mak dan Abah lah. Plus memang dorang rakyat Selangor.

Korang pun jangan lupa semak ye. Ada kemudahan macam ni, bolehlah kita manfaatkan sepenuhnya. 

Comments

Post a Comment

Popular Posts