World Sandwich Day Bersama Skippy


 Happy World Sandwich Day!!!

Ha tau tak sebenarnya 3 November setiap tahun ialah Hari Sandwich Sedunia. wah I baru tau sebenarnya. 

Sandwich Makanan Kegemaran Ramai

Kalau sebut sandwich mesti ramai terbayang dua lapisan roti dan diletakkan something di antaranya.Boleh jadi fillet ayam, sayuran, daging ataupun sekadar peanut butter. Boleh dikatakan sandwich ni antara makanan kegemaran ramai di serata dunia sebab senang disediakan dan menjimatkan masa

I sebagai Mak anak 3 dan juga isteri; sandwich ni antara hidangan on-the-go jugaklah. Ye lah kadang kadang kita nak cepat dan takde masa nak sediakan hidangan 'heavy' jadi sandwich la penyelamat. 

Skippy Peanut Butter :Packaging Baru



Kami anak beranak memang penggemar peanut butter.Kira memang wajib lah beli and of course brand Skippy jadi pilihan hati. I baru tahu ada packaging baru macam ni. Wah bertambah senang lahlagi lagi kalau nak bawa travel.Maklumlah , bawa budak kecik ni memang sentiasa kena ada bekal. Kalau macam ni, dalam kereta pun boleh sapu atas roti. 

Memang wajib ada untuk travel, staycation ataupun waktu bermalasan di rumah. Cuma squeeze je atas roti dan dah boleh makan. Anak-anak pun boleh berdikari buat sendiri, tak gitu?

Sebenarnya banyak cara penyediaan sandwich. Korang boleh gabungkan peanut butter kegemaran dengan buah-buahan seperti berries dan pisang.Yumms mesti sedap ni. Boleh juga letakkan sayuran segar seperti salad. 


Sambutan 'World Sandwich Day bersama Skippy'


Hari tu I berpeluang bersama-sama Skippy sempena meraikan Hari Sandwich Sedunia ni. Bertuah  betul rasanya dapat tengok sendiri Chef Leah dan Chef Jie Low sediakan sandwich menggunakan Skippy. Kreatif dan menarik tapi sangat mudah disediakan. 


Ha boleh lah jadi rujukan untuk lunch box suami ke office nanti 


Hidangan sandwich dari Chef Leah

Hidangan sandwich dari Chef Jie Low


Bukan tu je tau, kami juga berpeluang belajar buat sandwich menggunakan rice cracker. Like what?And surprisingly ianya sangat lah senang. Ditambah pulak Skippy Peanut Butter sebagai lapisan inti dan juga dihias dengan buah-buahan. Memang sangat menyelerakan. 

Balik tu berebut anak-anak nak makan. Okay takpe boleh dijadikan aktiviti cuti sekolah nanti ye anak-anak. Kita 'baking' sama-sama. hehehe. 


So gais, jangan lupa dapatkan peanut butter dalam packaging baru ni. Wajib ada di setiap rumah ye especially waktu school holiday ni. 

Comments

  1. maigod !! perut aff tetiba lapar. sedapnya !

    ReplyDelete
  2. Anak-anak saya juga suka brand ni.. sedap juga bila sapu biscuit keju

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts