CVSKL Dianugerahkan Sijil Akreditasi Oleh MSQH

Familiar dengan nama Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur ? Bagi yang tak tahu CVSKL merupakan hospital integrasi kepakaran dalam penjagaan komprehensif bagi pesakit kardiak dan vaskular.


Program Akreditasi Hospital oleh MSQH



Baru-baru ini CVSKL telah dianugerahkan sijil akreditasi oleh Malaysian Society for Quality Healthcare  (MSQH) bagi tempoh 4 tahun atas pencapaian membanggakan sepanjang penubuhannyaa.

Penganugeraahan akreditasi oleh MSQH ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan pihak CVSKL kerana ia membuktikan komitmen dan kualiti yang diberi sejajar dengan misi mereka-memberi pengalaman dan khidmat terbaik kepada setiap pesakit setiap masa.



Program Akreditasi Hospital oleh MSQH menyediakan cara efektif dimana organisasi kesihatan dapat menilai tahap pencapaian menurut standard kebangsaan.

Akreditasi ini memberi jaminaan kepada pesakit tempatan maahupun luar negara bahawa CVSKL mematuhi standard dunia perubataan terkini.


Tumpuan Pesakit Luar Negara

CVSKL yang baru menyambut ulangtahun ke 2 ni  juga menjadi tumpuan dari pesakit luar negara kerana kepakaran dan lokasi strategic yang terletak di KL Sentral. Matlamat MHTC untuk menjadikan Malaysia sebagai hub kardiologi dan menjangkakan lebih ramai bilangaan pesakit yang berkunjung



9% pesakit yang menerima rawatan di CVSKL tahun ini ialah dari luar negara. Bersempena Tahun Pelancongan Kesihatan 2020, CVSKL yakin bakal menerima 15% ketibaan pesakit luar negara dengan lebih separuh darinya dari Indonesia.




Tahniah diucapkan kepada Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur. Sempoga terus berjaya dengan memberi perkhidmatan cemerlang sekaligus menaikkan nama Malaysia dalam dunia perubatan.


Comments

Popular Posts