Gigi Bongsu Pecah | Klinik Gigi DentaLove Bukit Indah Ampang

Uolls

I menderita sakit gigi almost 1 week. I syak gigi berlubang. I memang nampak gigi berlubang kat bawah, tapi sakit atas. Ehh confuse lah! 

Tapi I bukan nampak pun lubang kat atas. So anggaplah itu lubang baru. Ha gitchew 

Konsepnya selagi boleh tahan, aku nak tahan jeee hahahha. I makan panadol lah, ubat Hurix la, sapu clove oil la , kumur air garam lah

Tapi there’s one night. Memang tak tahan. Insaf terus. Sakit dia tahap tahap contraction, cuma ni ngilu lebihhh. Ehhh takleh terbayang lah 

Memang setiap 5 minit I akan kumur kumur. Sampai bawak besen, garam dan air sebotol dalam bilik. Punyalah tak tahan wehhh. 

Next day, ahh I kena pergi dentist. Ish kan bagus ada scandal dengan doc gigi. Takyah susah susah pergi klinik. Ehhh tiberr

Klinik ni memang ramai jugak orang. Maksudnya fully booked la. Nasib baik dapat jugak jumpa doc cuma kalau ada rawatan kena book slot lain lah. 



Doc baik lemah lembut. Ish lupa tanya nama. 

Dia check check tanya sakit mana? I cakap second last. Dia kata memang ada lubang tapi shallow je. Kena rawat lah tapi dia kata punca i sakit denyut ni sebab gigi hujung iaitu gigi bongsu i. Kalau rasa dengan lidah dah boleh tau gigi tu hancur 50%

Perghhh!!!

So dia cakap kena cabut. Dia akan bagi ubat / antibiotik hilang bengkak, lepas tu baru cabut

I dah gigil. “Cabut biasa kan doc?”

Dia senyum. “Kalau cabut biasa ada risiko gigi pecah. Jadi kita akan buat surgical extraction”

“Minor surgery?”

“Oh tak ni bukan minor surgery. Sikit je

😑

Tapi kaedah sama. Kena potong gusi SIKIT hahahha. I terus terang kat doc “i takuttttttt cabut gigi”

Doc senyum again. “Jangan risau. You rasa time cucuk bius je. Lepas tu cuma rasa macam tonyoh tonyoh je”

Gitcheww

Tapi doc tu memang lembut. Soothing betul jumpa dentist lemah lembut. Ha hapa ko ingat kids je perlukan doc lembut and pandai tackle patient? Besau panjang macam i pun perlukan doc macam ni yeee. 

I tengok kos untuk surgical extraction lebih kurang RM300-RM400

Duhhh. Takpela pengorbanan. Hurmm susah jugak sekarang takde tempat bergantung. Takpe, Cici kuat. 

(Mesti ada yang tanya, kalau takde duit kenapa tak buat kat tempat lebih murah? No no. I takleh doctor berkasar. Bab bab gigi ni i memang sensitive. Nak manja manja. Ha gitchew) 

Anyway ubat memang berkesan. Alhamdulillah . Tak sia sia RM80 iolls hahahha



So see what happen la next week. Yeahh 4/8 I ada hal TERPENTING dalam hidup i. Doakan i uolls. Iloveyouuuu

Comments

  1. saya kalau scalling ke cuci ke xpe lagi.. kalo cabut adoi seram yakamat..
    tak pernah lagi jugak.. tp ade doc cakap gigi bongsu menyerong..

    alamak !!

    ReplyDelete

Post a Comment