Beli Makanan Di Vending Machine Hospital Ampang | Random

Hari tu Abah dirujuk ke Hospital Ampang disebabkan jari dia. tersepit pintu, tapi doctor klinik cakap better rujuk hospital sebab nampak teruk. Bukan saja kuku tercabut, tapi isi isi terkeluar.So doctor takut ada tulang patah ke apa ke. 

Maka 12am I ke hospital lah. Anything for you, Abah!

Tapi tau lah masa menunggu sangat lama. Itu normal. Yang tak normal ialah saya lapau hahahah. Yelah waktu PKPP ni mana ada kedai 24 jam. Rumah dekat je less than 10 min tapi I takmau tinggalkan Abah. and I think Abah pun lapau :(

Ingat nak belikan hot drinks. I ingat lagi vending machine ni kat tepi labour room tu. Sekali tengok ehh ada jual food sekali


Yes, memang ada jual makanan. Konsepnya frozen, lepas tu kita panaskan. Ada disediakan oven 2 bijik. Pasal kebersihan, yakinlah guna tanpa was was ha gtew hehe

Kat situ juga ada disediakan garfu dan tissue. No pembaziran ye anak anak!

I beli kopi+ mee goreng untuk Abah. Abah tergelak je sebab ada part yang sejuk. Al maklumlah I tak reti guna microwave, saya guna suhu paling rendah. Takut wakk kalau letops hahaha.

Bab rasa, masin sikit katanya. Ala sikit je janji boleh telan.


Lepas Abah masuk dalam jumpa doc, I beli lasagna  untuk diri sendiri. RM8.50 kot. okay lah so so. macam beli kat kedai jugak. Alhamdulillah kenyang. 

ehemm.. lama tak makan tengah pagi buta macam ni. Bila mamak nak bukak 24 jam ni T_T

 

Comments

  1. Wah..bagus juga yela kekadang klu tunggu dkt hospital ini, org yg sakit x lapar, org yg menunggu ni yg lapar...:)

    ReplyDelete
  2. Oh bestnya ada jual makanan dekat vending machine. takdalah keluarga patient kebulur kan

    ReplyDelete

Post a Comment