Buat Smoothie Mudah Dengan beko Vacuum Blender

 


Kat rumah ni memang suka minum air buah. Tak kisahlah juice ke ice blended ke smoothie ke. Tapi nak buat tu leceh, so selalu beli je.

Hari tu I survey beko Vacuum Blender. Tengok ramai bagi good review. So apa lagi, hari hari lah I buat smoothie. hahahaa

Campak Campak Je

Iye betul. I kan takde masa (dan malas) nak buat resepi renyah renyah ni. Tapi dengan beko Vacuum Blender, sangat mudah. Yang pasti menjimatkan masa. Maklumlah kebanyakkan dari kita mempunyai lifetsyle yang sentiasa sibuk. 



Apa yang membuatkan blender ni lain dari yang lain, ianya mempunyai teknologi vacuum untuk prevent antioksidan sekaligus menjaga nutrisi dan mengekalkan kesegaran dan warna buah yang cantik. Ha unik kan.

 Campak je semua bahan, tekan butang/ option yang dikehendaki lepas tu tinggalkan. Ianya akan behenti sendiri once dah siap. Ha so sambil tu boleh lah buat kerja lain, pergi sidai kain ke mop lantai ke. Eh senangnya. Anak-anak pun boleh buat gais. Jangan risau sebab ianya mempunyai fungsi safety lock. Jadi takde risau penutup blender terbukak dan sebagainya. 

Risau anak jatuhkan? Ehh no worries, ianya mempunyai pelapik getah / anti-slip di bahagian bawah. Jadi ianya tak mudah jatuh atau tergelincir. 


Saiz Besar Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Mula-mula tengok size blender ni I macam adoi besarnya mampu ke angkat. Sekali lahh takdelah berat mana. 

Ha kalau I yang lembik ni pun mampu angkat maksudnya taklah berat mana. Ye tak?

Dilengkapi dengan 6 bilah pengisar yang tahan karat, ianya mampu mengisar dengan lebih pantas dan halus. 

Blender ini mempunyai kapasiti 1.5 L Tritan jug. Ha memang besar gais. sesuai I nak buar air untuk sekeluarga. Antara option yang terdapat pada beko Vacuum Blender ni ialah

1.Smoothie
2. Ice
3. Sauce
4. Vacuum
5. Vacuum+Blend
6. Auto-Clean




Ye gais , ada fungsi Auto-Clean. I teruja jugak bila baca apa fungsi Auto-Clean tu. Selalunya memang susah nak cuci blender , takut tangan kita terkena bilah pisau tu. Tapi dengan fungsi Auto-Clean, korang hanya perlu masukkan air + dishwasher liquid, dan tekan butang Auto-Clean, tadaaa ianya akan mencuci sendiri secara automatik. Nanti dah selesa, korang bilas dengan air pipe. Ha senang kan. 




Jap I nak share resepi 

Resepi Apple Smoothie Mudah

1 Apple Bersaiz  Besar ( I guna 2 biji Apple jenis ni)
1/2 cawan susu
1/3 cup Vanilla/ Plain Yogurt
1 sudu teh Madu


Selamat Mencuba , gais. 

Toodles, xoxo


Comments

Post a Comment