Pernah terfikir nak berbuka puasa di kelilingi awan? Pemandangan hijau pulak tu. aduhh seronoknyaa sambil jamu perut boleh jamu mata ye tak?
Hari tu I pergi berbuka di Rajawali Coffee House yang terletak di Awana Genting Highlands. Pelbagai masakan dari negeri negeri di Malaysia ada kat sini.
Hari tu I pergi berbuka di Rajawali Coffee House yang terletak di Awana Genting Highlands. Pelbagai masakan dari negeri negeri di Malaysia ada kat sini.
Konsep kat sini ala ala Kampung Style. Memang syok dapat berbuka suasana kampong kat sini. Juadah pulak ala ala masakan Mak kat rumah. aduh sedapnya
Di kios utama, korang boleh rasa sendiri keenakan lauk pauk seperti Gulai Lemak Daging Salai, Asam Pedas Ikan Pari, Rendang Tok, Patin Tempoyak, Pajeri Terung, Tempe dengan Ubi Kentang bersama Tauhu Jepun dan Cendawan.
Aiyoo banyak sangat lauk. Tak cukup space nak letak kat sini. Korang kena datang sendiri and rasa semua masakan kat sini.
Antara yang unik kat sini, taraaa. Ha makan kat hotel tapi Teh Tarik bungkus ikat tepi uolls.. best kan? Ye la kita ni kalau bab makan memang nak selesa tapi suasana tu kalau boleh nak chill je macam lepak mamak. Takdelah terasa formal sangat gteww

Banyak sangat pilihan makanan kat sini.Antara tarikan utama kat sini ialah Kambing Bakar Australia dengan Sos Lada Hitam, Ikan Bakar dan seafood goring. Ha bagi yang rindu seafood goring di Terengganu tu boleh lah cuba aneka seafood di sini. Ada sotong celup tepung, ikan goring tepung dan macam macam lagi.
Bagi peminat Nasi Kandar, ha kat sini ada pilihan Kari Kepala Ikan, Kambing Masala,Kari Sotong, Prathal Ayam dan Dalca Sayur.
Kambing dia memang thumbs up. sedap oi.
Ni pun antara yang unik jugak. Lama tak jumpa Ais Krim Malaysia ni. Terus I sambar 3. yumms sedapp oi.
Sambil makan, para pengunjung akan dihiburkan dengan live band. Syahdu pulak dengar lagu raya.
I suka ambience di sini yang luas dan selesa. Bagi sesiapa yang nak rasa outdoor boleh pilih duduk di luar. Selesa sangat dengan tiupan angina tu.
Kurma kat sini semuanya diimport dari Iran, Turnisia dan Maghribi. Tengoklah, semuanya segar. Si Lihin tu memang favourite dia buah Kurma. Banyak macam tu dia makan sorang je.
I ni kan pencinta nasi. Nasi Beriyani dia, OMG memang tak cukup sepinggan weh. sedap sangat. Ha ada juga pilihan nasi lain seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu dan Nasi Putih. Pilih je mana korang nak.


Buffet Ramadhan bermula dari 18 Mei hingga 13 Jun dan diikuti dengan Buffet Hari Raya Aidilfitri pada 15 & 16 Jun. Ha so boleh lah plan nak bawa keluarga bercuti di Awana Genting , ajak makan makan kat situ. Gantung kuali kejap je uolls.
RM 110/ adult
RM 55/ child (below 12 years old/senior citizen)
Pls call 03 6436 9000/ 019 388 0390 for reservation
Menarik la kat sini..nasib baik jauh nak kena naik kat awana tu..ambiance dia memang menarik..harga pun boleh tahan tapi worth it la dengan hidangan yang di tawarkan..
ReplyDelete