Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Berbuka Di Rajawali Coffee House, Awana Genting

Pernah terfikir nak berbuka puasa di kelilingi awan? Pemandangan hijau pulak tu. aduhh seronoknyaa sambil jamu perut boleh jamu mata ye tak?

Hari tu I pergi berbuka di Rajawali Coffee House yang terletak di Awana Genting Highlands. Pelbagai masakan dari negeri negeri di Malaysia ada kat sini.
 
 
 
Konsep kat sini ala ala Kampung Style. Memang syok dapat berbuka suasana kampong kat sini. Juadah pulak ala ala masakan Mak kat rumah. aduh sedapnya
 


 
Di kios utama, korang boleh rasa sendiri keenakan lauk pauk seperti Gulai Lemak Daging Salai, Asam Pedas Ikan Pari, Rendang Tok, Patin Tempoyak, Pajeri Terung, Tempe dengan Ubi Kentang bersama Tauhu Jepun dan Cendawan.
 
Aiyoo banyak sangat lauk. Tak cukup space nak letak kat sini. Korang kena datang sendiri and rasa semua masakan kat sini. 




 

Antara yang unik kat sini, taraaa. Ha makan kat hotel tapi Teh Tarik bungkus ikat tepi uolls.. best kan? Ye la kita ni kalau bab makan memang nak selesa tapi suasana tu kalau boleh nak chill je macam lepak mamak. Takdelah terasa formal sangat gteww



Banyak sangat pilihan makanan kat sini.Antara tarikan utama kat sini ialah Kambing Bakar Australia dengan Sos Lada Hitam, Ikan Bakar dan seafood goring. Ha bagi yang rindu seafood goring di Terengganu tu boleh lah cuba aneka seafood di sini. Ada sotong celup tepung, ikan goring tepung dan macam macam lagi. 


Bagi peminat Nasi Kandar, ha kat sini ada pilihan Kari Kepala Ikan, Kambing Masala,Kari Sotong, Prathal Ayam dan Dalca Sayur.
 
Kambing dia memang thumbs up. sedap oi. 


 
Ni pun antara yang unik jugak. Lama tak jumpa Ais Krim Malaysia ni. Terus I sambar 3. yumms sedapp oi.
 



Sambil makan, para pengunjung akan dihiburkan dengan live band. Syahdu pulak dengar lagu raya. 


I suka ambience di sini yang luas dan selesa. Bagi sesiapa yang nak rasa outdoor boleh pilih duduk di luar. Selesa sangat dengan tiupan angina tu. 


Kurma kat sini semuanya diimport dari Iran, Turnisia dan Maghribi. Tengoklah, semuanya segar. Si Lihin tu memang favourite dia buah Kurma. Banyak macam tu dia makan sorang je.
 
I ni kan pencinta nasi. Nasi Beriyani dia, OMG memang tak cukup sepinggan weh. sedap sangat. Ha ada juga pilihan nasi lain seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu dan Nasi Putih. Pilih je mana korang nak. 






Buffet Ramadhan bermula dari 18 Mei hingga 13 Jun dan diikuti dengan Buffet Hari Raya Aidilfitri  pada 15 & 16 Jun.  Ha so boleh lah plan nak bawa keluarga bercuti di Awana Genting , ajak makan makan kat situ. Gantung kuali kejap je uolls.
 
 
RM 110/ adult
RM 55/ child  (below 12 years old/senior citizen)

 
Pls call 03 6436 9000/ 019 388 0390 for reservation


Comments

  1. Menarik la kat sini..nasib baik jauh nak kena naik kat awana tu..ambiance dia memang menarik..harga pun boleh tahan tapi worth it la dengan hidangan yang di tawarkan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu