Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais!

Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ

I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan 

So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor. 


Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa. 



Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je. 

Kat sini please lah bawak pen. Siap kena bebel lagi sebab dah besar besar tapi tak bawa pen. Hahaha mana I tau kena isi isi ni. 

Lepas isi, kami kena berpecah lah ke tempat masing masing. Macam I, Sesi 1 maknanya kena buat RPK dulu. adoi. Time ni lah I lupa rupa tali sawat macam mana hgahahaa

Takdelah lama menunggu tapi sebab nervous kan. Dia punya peluh lain macam. But dont worry, takde lah bahang ke apa ke. Sampai turn I, macam biasa lah explain itu ini. Tapi officer tu dengar ke tak I pun taktahu hahah. Lantaklah kan janji lulus. Alhamdulillah that part. 

Segan sikit part ni dia suruh check bonet. Tapi I tak tahu nak bukak bonet Axia macam mana. LOL. Ngamuk cikgu I kalau tau, buka bonet pun susah hahaha

So next tunggu turn naik bukit. Bila dia dah sebut nombor dia akan assign la kereta mana 1 kita kena guna. Kereta I dapat depan sekali. Everything okay sampai lah officer atas bukit panggil untuk naik

"auto, naik sekarang"

Pap!! takleh turunkan brake. Lol. Kelakar tak tapi memang woi I tak dapat gerakkan handbrake tu. Kan kena tarik sikit ke atas lepas tu picit baru turun ke bawah tapi sumpah memang tak boleh. Penat orang kat atas tu jerit I masih terkial kial. Last last ada officer dari Imkeda yang incharge tu, dia tanya kenapa ? I cakap lah takleh turunkan brake. Dia kata

"La , pakai 2 tangan dek. Kudrat tu kudrat"

-__-

Okay nasib baik. 

Next buat Ramp. Okay macam biasa. Lepas Ramp tu dia akan jerit parking mana kita akan pergi. Kan ada 6 petak parking tapi untuk Auto pakai petak 1 & 5 je. 

To be honest I banyak pakai 1. Plus sambil duduk di pondok menunggu tadi I dok aim petak 1 je. Kira konfiden lah ni. Sekali dia suruh I pergi petak 5. LOL 

JPJ bertugas duduk kat pondok. Ada 2 orang and dorang monitor petak 4,5,6. Kira kita tunggu arahan baru bergerak lah. 

I yakin dah pulas ikut step sebaiknya tapi entah macam mana, gedebuk! Langgar divider weh

Officer tu pun suruh I tarik handbrake, and turun dari kereta. Lepas tu dia suruh tengok belakang. 

"Macam mana awak boleh langgar divider? Tengok cermin tak?"

"Tengok, Encik"

"Hurmm ni mesti awak tengok cermin kanan je. Cermin kiri and cermin belakang tak tengok"

I sengih je lah. Betul jugak tu. Dia pun dah boleh agak kat mana silap I. 

I kena naik ke pondok dia untuk sign surat. Surat I gagal lah hahaha. Sambil tu sempat borak

"Awak kerja apa?"

"Saya tak kerja , Encik"

"Ish awak ni. Dah lah tak kerja, gagal pulak tu"

-___-

"Alaa Encik, jangan lah cakap macam tu. Apa kena mengena pulakk"

"Ha ye lah sebab awak gagal lah saya cakap. Kalau awak lulus, saya tak cakap"

LOL. Tergelak gelak I. walaupun muka macam garang, sekali jerit suara kemain lantang tapi bab borak okay lah kan. Cuma kesalahan I dah memang mandatori, I pun pasrah lah

Next I kena menapak ke pondok sebelah sana untuk Ujian Jalan Raya. Pergh!!!

Ujian Jalan Raya

Sambil menunggu turn, banyak lah gelagat. Ada yang keluar kereta dengan senyuman, ada yang muka takde perasaan. Perasaan I? adoi dah gedebak gedebuk. Dok pikir nak RSM lagi

Ada sorang ni kesian betul. Kereta dia betul betul kat tepi divider so maknanya dia nak belok kanan dia kena amek side sikit lah. Maybe nervous ke apa main tekan minyak dengan lajunya, sebelah tayar naik atas divider. Serta merta officer tu suruh tukar tempat duduk. 

I pulak yang sedih. Orang tengah nervous , macam macam boleh jadi weh. Tapi tu lah, on the other side, membahayakan orang lain pulak. 

Sampai turn I. Jeng Jeng Jeng. 

Masuk masuk kereta I bagi salam. Lepas tu blur jap nak buat apa -__-. Terus I cover and mintak izin buat RSM

"saya buat RSM dulu ye encik"

Dengar dia jawab "emm" So I assume boleh lah kan

I pun dok lah bebel. Tapi tu lah rasa macam lupa betulkan cermin belah sana. HAHAHAH. 

Lepas tu I dah tak tahu nak belek apa, I mintak izin jalan. 

"saya start jalan ye"

Again, dengar dia "ermm"

sambil nak mula gerak I tanya lah 

"Nak ikut jalan mana ye Encik"

Dia kata "awak jalan dulu, nanti saya bagitahu"

I pun mulalah jalan dengan penuh kesopanan, time tu lah ada orang jalan terkedek atas bukit tu la apa lah.

Paling penting, time berhenti simpang korang WAJIB tarik handbrake and berhenti. Kalau boleh jangan lah sekejap sangat. Tengok kiri kanan kiri puas puas walaupun ko tau jalan jalan kosong. MANDATORI weh. Kena yang okay, dia warning lah. Kalau tak, memang failed terus. Padahal kesalahan kecik and ikut logic je kan. HAHAHA maklumlah kita tengah exam mana boleh ikut logic

Apa pun I berjaya bawa balik kereta. Maksudnya I LULUS jalan raya. Alhamdulillah syukur sangat. Cuma kena repeat si Litar la ni. adoi. 


Balik tu I memang nak terus bayar je tau. geram hahaha. Tapi kena sediakan document pulak. So the next day, I datang office Saza Bukit Indah tu and bayar RM 180 berserta copy IC & Lesen . Nak suruh akak tu book kan date repeat JPJ. Tak silap I next ialah bulan 9.

I pun tak tahu I akan publish entry ni bila =p HAHAHAH

Anyway, kalau korang nak ambil lesen area Ampang try sekolah yang I pergi ni. Cikgu sporting je. Boleh ketawa bersama gitew sampai lupa nak bagi signal, nak tengok cermin lepas tu kena tegur LOL. Nasib tegur pun lemah lembut.  Tu lah yang penting kan. I ni jenis takleh kena marah nanti I menangis.

KAHKAHKAH.

Sekolah Memandu Saza

Office: 012 - 703 7345
Cikgu Fizzi : 012 - 709 7345

Korang boleh call/ whatsapp nombor tu. 1 tu no office, another 1 nombor cikgu yang ajar I terus. Lagi cepat kot contact dia. Anyway, ni bukan paid review tau HAHAHAH so any question refer kat depa je.

Okay dah I nak pergi tengok youtube Cara Cara Parking. LOL.

Toodles, xoxo 

Comments

  1. Takpe mommu, cuba lagi...dont give up k

    ReplyDelete
  2. takpe sis. bole cuba lagi. goodluckk okayy

    ReplyDelete
  3. Hai, jumpa balik blog ni. Haha.
    Dedebar baca sampai habis sebab tahu macam mana debarannya nak ambik test ni. Apapun, good luck tau utk ujian seterusnya.

    ReplyDelete
  4. Tak apa Cici.. cuba lagi Kak Sue pun dua tiga kali gagal parking, sedih betul.. kereta yang guna untuk test tu semua stok keras kejang.. hahaha.. dah lah manual.. stress kejap..

    ReplyDelete
  5. Betul ke tahun nii klau gagal litar dh takyah repeat..repeat jlan raya jr

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish tak pernah dengar pulak.

      kalau ye bagus jugak ye. hahaha. tapi actually litar memang lagi susah dari jalan

      Delete
  6. Kalau tak lulus dlm litar,maknanya tak boleh test atas jalanraya la.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je , takde masalah pun. Kalau sebaliknya pun boleh.

      kiranya masa repeat nanti , cuma perlu repeat yang kita gagal je

      Delete

Post a Comment

Popular Posts