Saychiizu Malaysia | Roti Bakar Unicorn Cantik dan Sedap

Holla gais

Korang mesti pernah tengok roti viral ni kan. Biasalah typical Malaysian macam I, nampak tempat viral haruslah pergi. 

Actually dah berbulan jugak lah. I ni cukup bercinta nak ke Midvalley, tapi gagahi juga pergi seawal 10am++ sebab taknak bersesak. Time sampai around 10.30am memang takde orang lagi. Yeayy!!


Okay so kat sini korang boleh pilih ikut citarasa masing-masing. I memang dah aim 'Unicorn Fruit Toast' sebab colorful and Instagram-able gtew. Agak mahal berbanding yang lain, Tapi kang pilih warna lain tak nampak pulak waktu tarik, kahkah. 


Ada kombo jugak di mana korang boleh ambil 1 toast+ 1 cheese drink = RM 15 

So I pilih Peach. Kira yang atas tu cheese lah. ala ala Chizu di Sunway Pyramid tu . So sapa yang tiru sapa ni? hahaha

Tapi kan, I bayar RM 18 untuk set ni. But I dont bother ask why -__-

So total RM32+. For me I ambil single je. Share je lah air dengan Lihin. Anak gua tu pulak, aduh mulut mak nenek. Dia nak air Peach sebab warna cantik. Sekali sampai macam air kopi. Mati mati dia takmau minum sebab kaler macam tu. Sekali dah rasa

"eh eh betul lah Peach. Kenapa warna tak sama macam dalam gambar, Mommy"

kahakh, apa nak buat nak. For illustration purpose gtew


Betul lah cakap orang yang dah try. Rotinya kecik. Cheese dia, insya Allah mewah okay. Makan panas panas sodap

Kat situ takde tempat duduk. So gigih la I naik escalator dan ke tingkat atas. Ada bangku duduk depan Customer Service tu. Yeayy


Rasa memang sedap. Imagine milky cheese tu ada rasa buah sikit. Yumms. Berbaloi

Walau nampak kecik tapi jangan pandang sebelah mata okay. Mengenyangkan.

Si Lihin makan half je. Maybe sebab muak, dia habiskan air dulu. I cuba habiskan, tapi tak berjaya sebab sangat lah 'penuh'.


Makan benda ni agak selekeh dan oily. So korang please la bawa tissue banyak-banyak okay. Tak cukup tissue yang dia bagi. HAHAHA. 


Bagi yang berminat boleh cari kiosk ni di Level  LG (berhadapan KFC). Dia kiosk macam tu je takde tempat duduk pun

Toodles, xoxo 

Comments

  1. ohooo roti bakar hok ni orang dok share tu.. ada kat Mid jeke ? adoi bercinta nak pegi hahahaha.. tunggu jela bebila lajak sana..

    ReplyDelete
  2. Cantik kaler dia.. memang instagram- able lah.. hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts