Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

We Are Pho Everyone di Phostreet

Vietnamese Food, anyone?

Kalau sebut makanan Vietnam, mesti dah terbayang Beef Noodle yang famous tu, tak lupa juga Vietnam Spring Rolls yang jadi all time favourite kan. 

Ha sekarang ni kalau rindu makanan Vietnam, tak payah susah payah terbang ke sana. Korang boleh dapatkan authentic Vietnamese Food di Phostreet


Restoran ni ada 6 cawangan dan salah satunya di Mytown. Ha memang port lepak I sekeluarga lah. Suka ambiance restaurant ni yang sangat selesa. Paling penting child-friendly sebab ada baby-chair dan ruang yang selesa. Taklah risau anak-anak rimas.



Kat sini ada pelbagai menu lazat dari Vietnam dari noodles hinggalah ke street snacks. Aduh terliur tengok gambar gambar makanan ni

Pho Beef Combination
Pho Beef Combination atau dikenali sebagai Beef Noodles direneh selama 8 jam dan dihidangkan bersama rice noodles yang diimport dari Vietnam. Kalau korang tengok, isi memang tak kedekut. Puas makan. Dalam tu ada handmade beefball, beef slice, shank, tendon and tripe. 

Portion memang besarrrrr sangat. I sendiri makan tak habis. 


Roasted Lemongrass Chicken with Fragrance Rice
Bagi pencinta nasi, korang jangan risau sebab menu nasi ni pun sangat berbaloi untuk dicuba. Ayam tu sangat lembut dan juicy, diperap pulak dengan lemongrass sauce. Aduh bertambah lazat. 



Crispy Spring Roll
Ni first time I makan ni. Mula mula ingatkan keropok lekor. Punyalah sedap sampai tak cukup 1



Fresh Summer Roll with Prawn & Fresh Herbs
Yang ni rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Sapa tak tahu keenakan Popia Vietnam ni. Siap jadi trend 1 masa dulu. Cicah pulak dengan sos yang pekat likat. Aduh, cukup rasa


Beverages/ Dessert
From right: Vietnamese Coffee, Vietnamese Three Color Dessert (middle), Passion Fruit & Basil Mojito


Bagi pencinta kopi, korang wajib cuba sendiri kopi Vietnam ni. Pekat likat and betul betul kaw. Ha yang tengah tu pulak dessert special dari Vietnam iaitu Vietnamese Three Color Dessert. Sedap betul campuran sweet corn dan kekacang yang menambah rasa. Ala ala cendol kita tapi rasa dia unik. Korang kena cuba okay. 


Kempen 'We Are Pho Everyone' Sempena Kemerdekaan

 

Sempena 62 tahun Kemerdekaa, Phostreet mengadakan promosi best untuk para pelanggan. Korang boleh dapatkan Pho Beef Combination dengan hanya RM0.62++ cents dari 11.30am-1.30pm pada 8 Sept 2019. 

Bukan tu je tau, dari 9 Sept-16 Sept korang boleh enjoy RM6.20++ off dari harga asal. Murah jugak tu. Berbaloi ajak kawan-kawan dan keluarga datang. 

Rugi kalau tak grab offer ni. Size yang dihidangkan pun ialah actual portion. Besar okay portion tu. So jangan lupa ajak kawan kawan office , suami / isteri lepak sini okay.Jangan lupa share dengan yang lain, the more the merrier. 

Toodles, xoxo 

Comments

  1. Alamak.. promo dah habis ke.. mmg nampak restoran Ni cantik, kemas.. mama xpenah lagi makan Makanan mcm ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu