Nak Ubah Hidup Bersama Dr Azizan Osman


Tak ramai tahu I sebenarnya ada online business. Tapi I tak berapa focus sebab entah, rasa macam tak nampak future pun. Yelah , jual benda yang sama je macam orang lain. Ada ke orang nak beli? I pun tak promote sangat business I and tak ramai orang tahu. Awal awal dah nampak persepsi negative dan kurang yakin. 

Aura Luar Biasa Nak Ubah Hidup

So hari tu I berkesempatan join program Nak Ubah Hidup oleh Dr Azizan Osman.Selalu dengar orang bercerita pasal Dr Azizan tapi tak pernah terfikir nak join.  I ni memang skeptikal tau. I rasa macam 'alaah program biasa, ceramah biasa ni'. Nampak tak negatif. Tapi I terkejut gila , belum masuk hall je dah nampak ramaiiiii sangat orang.


Dengar kata program ni dihadiri lebih  12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Fuh memang besar betul pengaruh Dr. Azizan Osman ni. 

Kalau korang tengok IG story I hari tu mesti boleh nampak betapa semangatnya diorang. And I yang berada kat situ memang boleh rasa satu aura yang lain macam . Fuhh. Meremang bulu roma bila dengar sorak peserta. Masing masing bersemangat dan paling penting tak lokek ilmu dengan orang baru macam I. 





Gagal Punca Beliau Bangkit

I rasa terinspirasi dengan setiap kata-kata Dr. Azizan. Mungkin sebab dia pun bermula dari bawah. Dari hanya menjual sabun dan kelapa dan beberapa kali gagal dalam business

 Beliau sendiri pernah gagal dan berhadapan dengan hutang beratus ribu hingga menyebabkan beliau terpaksa menggadaikan rumah ibunya. Jadi atas sebab pengalaman pahit tu yang membuatkan beliau bertekad mahu berjaya dan akan membantu seberapa ramai anak bangsa. 

Siapa sangka disebalik kejayaan beliau, rupanya dia bermula dengan penuh susah payah. Saat beliau jatuh, takde sapa pun yang hulurkan bantuan. Sebab tu lah sekarang beliau bersungguh-sungguh nak guide orang lain untuk berjaya. 



Sangat terinpirasi kan?  Inilah baru dikatakan 'Gagal Sekali Tak Semestinya Gagal Selamanya' . I lagi suka dengar kisah macam ni daripada yang tiba-tiba kat atas. 

Kami juga berpeluang tengok sendiri kejayaan anak-anak didik Dr. Azizan Osman. Ada yang meniaga jeruk buah, bantal, servis roadtax dan mereka berjaya mendapat keuntungan puluhan ribu. Ada yang sampai ratusan ribu. 

Tiba-tiba rasa kecewa dengan diri sendiri. I cepat sangat give up. Bagus juga masuk program macam ni, at least I ada kesedaran untuk perbaiki business I. I ni selalu pandang orang yang dah berjaya je, follow cerita kesenangan dan kemewahan dorang, tak pernah pulak I korek kisah disebaliknya. Tak pernah tau tentang jatuh bangun dorang ni. 

Antara anak didik Dr Azizan Osman yang telah berjaya ialah Rempah Mak Siti, Sabella, Bantal Hotel DAG, Noor Arfa Batik,Jamumall dan banyak lagi. 

Ha see, semua nama nama besar dan memang dikenali. 




Menariknya, program ini diadakan sehari sebelum hari Kemerdekaan. Para peserta sama -sama menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. Esoknya pula, kami bersama mengaminkan doa Awal Tahun dan bacaan Ratib sebagai tanda kesyukuran.

Memang tepat dengan konsep prograam Nak Ubah Hidup. Semua peserta datang dengan matlamat masing-masing; iaitu memerdekakan diri dari hutang dan berhijrah dari kehidupan ala kadar kepada 10 kali ganda lebih hebat dan luar biasa. 

Program kali ini menerima penyertaan terbesar. Kalau sebelum ni lebih kurang 10,000 kali ni lebih kurang 12,000. Maknanya semakin ramai memberi kepercayaan pada Dr.Azizan dan Team RichWorks untuk memberi panduan dan membimbing mereka  membina empayar sendiri. Ha I ada juga terserempak dengan beberapa selebriti tanah air seperti Hanez Suraya, Rafidah Ibrahim, Afiq Muiz dan Chef Zam.  Masing-masing bersemangat okayy. 

Bagi yang terlepas peluang nak join tahun ni, dont worry tahun depan ada lagi. Jom join ramai-ramai. Book slot sekarang okay supaya tak terlepas. Boleh klik link di bawah okay. See you next year







Comments

  1. Ramai giler yang join program ni. Betul la.. kalau sekecik mana business kita atau sebesar mana business yang kita ada, ilmu & guidance tetap kena ada. Next year boleh la join.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts