Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Ubat Gigi Dual-Action Untuk Masalah Gusi & Gigi Sensitif | Sensodyne Sensitivity & Gum

Korang ada tak masalah gigi sensitif? Masalah gusi? Or kedua duanya?

Sebenarnya gigi sensitif dan masalah gusi ni bukan benda pelik tau. Based on research 50% pesakit gigi sensitif juga mengalami tanda tanda masalah gusi. Kiranya 9 dari 10 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi. Fuh !



Gigi Sensitif Dan Masalah Gusi Normal Dalam Kalangan Rakyat Malaysia 

Antara puncanya ialah apabila gusi menyusut dan berlakunya gigi sensitif dan masalh gusi. Ini terjadi apabila dentin dalam gigi terdedah, liang halus di dalamnya juga terdedah dan mengakibatkan gigi sensitif.

44% pesakit gigi sensitif pula memilih untuk menukar tabiat memberus gigi. Ha memanglah kan kalau kita rasa pedih, ngilu kita akan cuba untuk tak berus kawasan tu. Tapi dalam tak sedar masalah lain pulak timbul. Lapisan plak muncul dan jika tidak ditangani akan mengakibatkan bengkak, mulut berbau dan masalah gusi lain. Sebab tu lah masalah ni perlukan rawatan awal so tak jadi makin teruk. 

Dua Masalah Dengan Satu Ubat Gigi

Baru-baru ini Sensodyne melancarkan ubat gigi double-action iaitu Sensodyne Sensitivity & Gum. Ianya terbukti secara klinikal untuk meredakan masalah gigi sensitif selain memperbaiki kesihatan gusi. 



Menarik kan? Ianya bertindak membina lapisan meliputi kawasan gigi sensitif untuk melindungi sensitiviti gigi selain menanggalkan bakteria plak yang akan megakibatkan masalah gusi bengkak dan pelbagai masalah gusi lain. 

Ubat gigi baharu ni boleh didapati di semua farmasi  dan pasar raya dengan harga RM 16.90 sekotak dan RM 10.90 untuk berus gigi





Roadshow Sensodyne X Guardian Pharmacy

Bersempena pelancaran jenama yang dipercayai ramai ni, Sensodyne juga menganjurkan roadshow dengan kerjasama Guardian di Blue Concourse, LG2, Sunway Pyramid. Best tau I sempat singgah hari tu. Ada macam macam aktiviti seperti mempelajari tentang gigi sensitif, pemeriksaan gigi percuma dan pelbagai ilmu lagi. 



Roadshow ni berlangsung dari 12 hingga 16 September 2019 dari 10 pagi hingga 10 malam. Cepat ajak ramai ramai okay. Bermanfaat untuk semua.

Pemeriksaan Gigi Percuma

Okay yang ni pun I baru tahu sebenarnya. So I nak share dengan korang. Sensodyne bekerjasama dengan Majlis Pergigian Malaysia untuk menjalankan Pemeriksaan Gigi Percuma di 815 klinik pergigian di seluruh negara. Wah menarik bukan?

Tujuan utama ialah untuk menggalakkan orang ramai memeriksa gigi dengan kerap agar gigi dan gusi sentiasa sihat serta untuk educate mereka tentang cara penjagaan gigi yang lebih baik.

Ha untuk maklumat lanjut korang boleh check out this website

www.sensodyne.com.my 


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu