Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Kedai Barangan Pre-Loved | J-Hunt

Ada peminat barangan pre-loved atau bundle tak kat sini? 

Ha last week I shopping di J-Hunt tau. Kedai ni jual barangan pre-loved dari Japan. Memula I tak letak high expectation langsung. Nama pun masuk bundle kan. Sekali I spend masa separuh hari kat dalam tu. Memang gila betul



Pelbagai Barangan Dengan Harga Murah 

Dari pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak, barangan koleksi, soft toys, barangan rumah eh macam macam lah ada. Sumpah rambang mata. Tapi nak ambil semua tu memang tak boleh la sebab takde orang tolong angkat. hahaha. 

Korang tengok beg yang I pegang. Sebiji macam baru. Reka bentuk unik betul. Biasanya kalau design ni memang beratus. Tapi cuma RM 70 je gais. Menyesal tak ambil. I pergi letak kat rak balik, sekali bila patah balik,aik dah kena kebas. Cis

Jadi tips kalau nampak barangan berkenan di hati sila cepat cepat masuk bakul


Macam yang I cakap tadi, mulanya I tak letak high expectation. Tapi kualiti baju kat sini sangat memuaskan sesuailah dengan harga. Imagine I dapat baju yang memang elok tanpa cacat cela cuma RM 1. Yes gais. Paling murah kalau style macam tu boleh pergi sampai RM 100 kat luar. ni cuma RM 1 je, imagine berapa banyak I dah jimat.



Susunan kat sini sangatlah kemas. I memang jarang nak masuk bundle biasa ni sebab pening nak pilih baju. Tapi macam yang korang tengok , baju-baju di J-Hunt di susun sebaiknya mengikut warna dan jenis. T-shirt 1 tempat, dress 1 tempat lain. Takdelah pening kepala.


Top & bottom lelaki pun banyak gais. Dapat lah I grab 2 collar shirt, 1 baju sukan dan 1 sport short untuk laki. 


Si Lihin ni macam biasa serbu bahagian toys dulu. Harga murah, berkualiti dan berbaloi. Tapi I memanng tak dapat lah nak beli yang besau besau sebab tak drive kan. Next time okay sayang


Barangan Rare Sesuai Untuk Collector 

Bahagian ni sesuai untuk korang yang suka collect koleksi unik dan rare ni. Harga pun boleh tahan. Selain dolls, figurine dan soft toys ada juga koleksi kereta. Korang kena tengok video I bershopping . Baru dapat gambaran penuh.





Ha selain tu kat sini ada barangan seperti gitar, kamera digital pelbagai jenis dan koleksi jam tangan. 









I memang geram dengan kasut kasut kat sini. Murah plus lawa. Tapi gais korang tahu kan size kaki I ni payah nak cari kasut HAHAHA. so korang yang kaki size sedang sedang a.k.a medium tu boleh lah intai intai kasut favourite kat sini. 

Kalau muat memang I dah sambar dah heels tu. Pelengkap gaya ootd gais. 



Untuk Mak Mak macam I ni, tak sah lah kalau tak cari barangan rumah kan. Berkenan bahagian ni. Nanti next time datang nak terjah sini dulu. Koleksi cawan cantik, pinggan dan juga periuk. Semua dalam keadaan baik yang pasti murah. 


Ha korang nampak 2 bakul penuh tu?Kalau ikut kan banyak lagi I nak angkut tau. Eii geram . Seluar budak tu RM 1 je gais. 

Tak sabar nak balik, basuh lepas tu nak ootd banyak banyak. Cukuplah baju seminggu . HAHAHAH. 


muka happy sebab berjaya grab banyak barang murah di J-Hunt


Ha nampak tak berapa banyak bag I tu. Lenguh tangan I heret balik tau hahaha. Tapi apa pun memang puas hati sebab dapat barangan berkualiti dan berbaloi. Macam ni lah baru laki sayang sebab pandai berjimat. Eh? hahaha

Korang pun jangan lupa singgah di J-Hunt , Aeon Big Subang Jaya. Bawa bag/ woven bag sendiri ye gais. 



Jom tengok video ni.Ada part I unboxing barangan yang I beli sekali. Confirmed korang meleleh air liur tengok baju baju cantik yang I beli semua murah murah oi. 

Dah lepas ni sila laju laju ke J-Hunt ye. 



Facebook: J-Hunt 
Instgaram: J-Hunt 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu