Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Wajah Baru Minyak Pelincir Glide Lubricants

Kini terdapat pelbagai  jenis minyak pelincir kenderaan untuk kegunaan yang berbeza-beza di pasaran. Namun, pastikan anda memilih  minyak pelincir yang sesuai serta berkualiti tinggi bagi memastikan dapat memberikan perlindungan optima untuk enjin kereta anda! 

Baru-baru ini Syarikat Glide Technology Sdn Bhd telah melancarkan dua gred produk barunya iaitu MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.



Majlis pelancaran “ The New Glide” itu diadakan di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh CEO Glide Group iaitu Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad, CEO - Glide Technology Sdn Bhd.

Glide Technology Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat di bawah Glide Group. Syarikat ini ditubuhkan pada 16 Januari 2007, di mana ia memfokuskan pembuatan minyak pelincir di bawah jenama Glide Lubricants.

Di majlis pelancaran tersebut, Glide Technology Sdn Bhd turut memperkenalkan rekaan botol dan pelekat botol  baru untuk ke semua produk yang dikeluarkannya.



MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 adalah rangkaian terbaru bagi produk Glide Lubricant, di mana ia menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan
mengurangkan pelepasan.

MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 turut menyediakan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi
dengan lebih efisien. 

Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai
untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles (EEV)). Standard API: API SP/SN PLUS (RC)

Kesemua produk “berwajah baru” yang dilancarkan ini sudah hampir enam tahun menembusi pasaran Jepun. Bersandarkan pengalaman tersebut, Glide Technology Sdn Bhd telah menambah baik formula agar lebih sesuai dipasarkan di Malaysia.

Melalui kaji selidik serta saringan ujian selama tiga tahun, akhirnya  Glide Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan minyak pelincir berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan  maksima serta jangka hayat enjin kenderaan yang tahan lebih lama daripada biasa.

Di samping itu, ia juga akan menjimatkan penggunaan bahan api serta dengan campuran tambahan
‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi ‘Molybdenum’ untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien.
Untuk dua gred yang baru dilancarkan ini Glide Technology Sdn Bhd menumpukan  kepada
pengguna kenderaan baru yang memerlukan performan kenderaan yang terbaik dan kenderaan yang tidak lagi menghantar ke pusat servis yang ditetapkan.

Harga pasaran untuk produk MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS adalah RM190.00 dan MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS adalah  RM170.00.

Bagi yang ingin mendapatkan produk yang baru dilancarkan ini boleh menghubungi pengedar-pengedar sah 
Glide  di seluruh Malaysia atau hubungi talian khidmat pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu