Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

BERSIAP SEDIA UNTUK RAYA DARI KESELESAAN RUMAH ANDA

BERSIAP SEDIA UNTUK RAYA DARI KESELESAAN RUMAH ANDA



 – Ingin dapatkan tawaran Raya terbaik? Raya Bersama Shopee mempunyai segalanya. Berlangsung dari sekarang hingga 26 Mei 2020, kempen ini menawarkan tawaran hebat untuk keperluan harian, peralatan rumah, baju Raya dan banyak lagi untuk persiapan Raya anda. Lebih baik lagi, anda boleh bersiap-sedia untuk Raya dari keselesaan rumah anda:
● Dapatkan lebih melalui wang Ringgit anda dengan pelbagai barang keperluan harian dari serendah RM10dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM19;
● Nikmati lebih banyak penjimatan dengan diskaun hingga 80%, tawaran RM1 untuk produk-produk kegemaran dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM10 dari 12 tengah malam hingga 2 pagi semasa Pesta Jualan Raya pada 14 dan 15 Mei;
● Rindukan bazar Ramadan? Layari Selangor E-Bazar Raya untuk dapatkan juadah Raya kegemaran anda dan lain-lain. Walaupun anda tidak dapat menikmati bau kepak ayam bakar atau murtabak kambing, e-bazar ini harus dikunjungi. 
● Dapatkan ayam, daging lembu, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kubis, mangga, tembikai serta cili, dan makanan laut segar beku seperti Kembong, Tongkol, dan Selar dari segmen hasil segar dan beku Shopee tanpa meninggalkan rumah.
● Skuad Selebriti Shopee mengalu-alukan ahli terbaharunya, Neelofa! Kunjungi kedai rasmi Naelofar untuk Koleksi Raya 2020. Dapatkan inspirasi dan ketahui trend terkini untuk tampil bergaya Raya ini dari Style by Shopee.
● Kadangkala, persiapan untuk Raya agak memenatkan. Perlukan satu lokasi utama untuk mendapatkan segala keperluan Raya? Ciri terbaharu Shopee, Salam by Shopee, mempunyai koleksi produk terbaharu dari pelbagai kategori seperti peralatan solat, produk kosmetik mesra wuduk dan fesyen muslimah di Koleksi Terkini; hidangan Raya lazat serta ramuan masakan di Resipi Raya; jenama dan produk yang disahkan halal hanya di Pilihan Halal; peringatan masuknya waktu solat melalui fungsi Azan dan juga baucar hebat di Baucar Terhad yang memberikan tawaran lebih hebat. 
Walaupun tahun ini sambutan Raya agak berlainan, Shopee tetap membawakan hiburan dan kegembiraan Hari Raya kepada anda untuk dinikmati bersama seisi keluarga di rumah:
● Shopee Live: Tontoni kandungan menarik yang direka khas buat pengguna seperti program makanan, sesi senaman oleh pakar kecergasan, dan ulasan produk serta kandungan lain yang berkaitan dengan penonton Muslim termasuk kelas membaca Al-Quran.
● Shopee Games: Hafal pergerakan tarian di Joget Shopee; tangkap kuih-muih di Shopee Tangkap dan berseronok dengan permainan kegemaran ramai Goyang Shopee, Shopee Throw, Lucky Raya dan One or Not untuk memenangi syiling Shopee, baucar dan juga televisyen 43 inci.
● Duit Raya: Meskipun keadaan kini menyukarkan kita untuk memberikan Duit Raya kepada ahli keluarga tersayang, Shopee telah mencipta cara yang seronok, selamat dan mudah untuk pengguna memberikan e-Duit Raya melalui e-dompet ShopeePay.

Walaupun aktiviti kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara atau rakan kurang digalakkan, berikan kejutan kepada ahli keluarga atau rakan anda dengan mengirimkan hadiah Raya kepada mereka. Koleksi Tradisi Muhibbah Eid Signature Market mengandungi produk sihat seperti kurma Mariami dan Healthy Nut Mix yang sesuai dijadikan hadiah istimewa; ia boleh didapati dengan harga eksklusif di Shopee dari 14 hingga 18 Mei.
Lindungi diri anda dengan pelan insurans oleh Great Eastern Takaful di Shopee. HospeeFamily ialah pelan perlindungan 3 bulan yang memberikan manfaat bagi kemasukan hospital disebabkan oleh penyakit atau kecederaan dan sejumlah manfaat kematian akibat kemalangan sebagai penumpang di dalam kenderaan persendirian atau awam. Manfaat yang sama turut diberikan kepada hingga 2 orang ahli keluarga terdekat. 
Kempen Raya Bersama Shopee disokong oleh jenama kegemaran rakyat Malaysia - Nestle, Nestle Nutrition, P&G, Unilever, Enfagrow, Friso Gold, Pediasure, Vinda, L’Oreal, Wipro Unza, Mentholatum, Beiersdorf, Elianware, Mr DIY, Photobook Malaysia, Arctic Hunter, realme, Black Shark, Skechers, Bagstation, Voir, Carlo Rino dan Lim Tayar.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu