Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

BBQ Seafood Dinner | Kontiki The Federal Kuala Lumpur


Hari tu I berkesempatan ke Kontiki @ The Federal Kuala Lumpur untuk menikmati BBQ Dinner. Aduhh rindu betul nak makan seafood segar dan panas panas 



BBQ Seafood Dinner di Kontiki

Kontiki Restaurant dah dibuka untuk dine-in. Wahh setelah berbulan menunggu, akhirnya dapat juga makan dalam norma baharu. 


Kalau korang mencari tempat untuk bawa keluarga makan dan bersantai di hujung minggu, ha inilah tempatnya. Ambiance selesa, makanan sedap dan ada pelbagai pilihan semestinya dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga atau sahabat.




Kat sini korang boleh pilih apa saja makanan kegemaran seperti beef cut, lamb, sosej, BBQ chicken wings, lobster, tiger prawn, ketam dan banyak lagi. 

Konsep disini memang unik dan menarik. Korang bukan sahaja boleh menikmati makanan laut segar
tetapi ada juga gabungan Western, Malay dan Chinese. Ha menarik bukan?


Ada salad, Kerabu, Rojak Buah dan juga pasta. Pilih saja ikut citarasa masing masing.





Teringin sup? Ha wajib cuba their Cream of Cauliflower Soup, Cream of Pumpkin ataupun Cream of Mushroom. Aduh memang kegemaran ramai ni. 

Bagi penggemar dessert macam I, korang wajib cuba their signature dessert such as French pastry, puding mangga, Apple in Filo with Strawberry Coulis, Chocolate Éclair dan macam macam lagi. Uishh terliur pulak bila ingat balik.

Cara Hidangan Norma Baharu

Kalau sebut buffet, biasanya kita akan terbayang meja buffet dan kita sendiri akan berjalan mencari makanan, cedok sendiri dan sebagainya.

Tapi sempena new norm ni, Kontiki Team akan ‘membawa’ hidangan buffet ke tempat duduk anda. Ha menarik bukan? Sesuatu yang baru untuk I. Memang agak terkejut lah hari tu.





Team Kontiki akan menolak troli ke setiap meja dan kalau kita nak, just mintak je. Mereka akan cedokkan. Ha. Bagus konsep kan idea dan konsep mereka ni. 

SOP Di Restoran

Dalam mengamalkan norma baharu, jumlah meja dikurangkan bagi mengekalkan penjarakan sosial. Ha syok syok nak makan jangan lupa tentang SOP ye. 

Syabas diucapkan kepada team Kontiki Restaurant. Table set-up juga mengikut saranan Kementerian Kesihatan iaitu tidak kurang dari 1.5 metre.



So gais jangan lupa datang sendiri bagi merasa keenakan BBQ Seafood Dinner sambil ambil pengalaman buffet di norma baharu ni. 

Bawa keluarga dan teman teman habiskan waktu hujung minggu kat sini okay

Fridays & Saturdays, 6.30pm to 9.30pm
RM138 nett/ adult
RM69 nett/ senior citizen
RM49 nett/ child

Comments

  1. Terima kasih untuk review ni. Boleh saya pergi makan besar selepas pindah rumah untuk seminggu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu